Mellow pagi hari

Kita ini terdiri dari jiwa-jiwa kabut yang terperangkap dalam persekitaran yang menggugat. Tapi sefakap mana pun perkara/mereka, sebenarnya kita tidak punya hak untuk menghakimi setiapnya. Nafas yang semakin tercungap-cungap dalam menghadapi hari-hari baru masih mampu membekalkan oksigen dengan cukup ke seluruh anggota tubuh aku. Syukur.

Pagi ni hujan. Buat pertama kali setelah kesekian kali aku bangun untuk bersubuh dengan hujan. Hujan itu rahmat (bila dah beberapa hari asyik berpanas tak senang duduk rasa nak buang baju), tahu? Dan ia buat aku lebih bersemangat untuk bukan menyorok bawah selimut.

Kalau dulu aku cuma boleh cakap 'aku kenal beberapa orang yang masih terumbang-ambing tak tahu macam mana nak hidup dengan baik'. Sekarang aku dengan nada yakin dan tegas boleh jeritkan pada semua 'semua orang masih tak tahu nak sit-back-and-relax untuk enjoy apa terbentang' tanpa menyusahkan orang-orang yang berada di samping mereka.

Sebenarnya waktu paling seronok untuk aku layan diri ialah selepas subuh. Persekitaran yang aman dan tenang. Lagi-lagi bila kau boleh layan dengar bunyi rintik-rintik hujan yang menyapa zink. Berada di beranda dan menghirup bau hujan di pagi hari adalah suatu kepuasan yang aku tak boleh dapatkan di tempat lain waktu ini.

Banyak benda nak tulis, tapi dah janji dengan beberapa besties nak pergi menyerang mekdonel sampai bankrup dengan kupon-kupon dan hari yang berbaki sehari lagi.

Sekian, selamat.