Bau ketiak

Cerita ni takda kaitan dengan ketiak sesiapa, melainkan benar terlibat seperti yang akan diberitahu tentang dalam karangan di bawah.

Awal Mac haritu, pergi pasaraya dengan Along. Pusing sana pusing sini, belek sana belek sini. Beli krim moisturiser yang dah habis sejak Disember 2011. Ya. Memang 3bulan berlalu tanpa pembelian dan pemakaian apa-apa produk di wajah. Duk pakai saja yang mana ada. Sebab selalunya pesen rasa nak beli, beli.

Bagi kawan yang hidup sebelah menyebelah bergesel dengan aku, mesti sangat tahu aku bukan gegirl. Aku juga bukan boboiy. Aku golongan tengah. Oke tu dah bunyi lain macam.

Malam sebelum tidur kalau rajin aku cuma akan tempek bedak sejuk halus mulus yang tuk sedara di Kuala Kedah buat. Aku tak pakai yang di kedai sebab taktahu kenapa beberapa kali cubaan pakai rasa tak sedap berbanding yang temurun ni. Jadinya setiap kali ada yang bertandang ke sana, akan dipesan sebotol bedak sejuk halus mulus tadi.

Berbalik pada cerita tadi, Along duk cari deodorant untuk hubby dia. Oleh kerana aku punya deo pun dah habis untuk di spray, aku pun menyibuk sama test hidu yang itu ini dan cek harga. Aku target memang nak beli Nivea Energy Fresh macam biasa, tapi sebab duk main hidu yang maskulin punya sekali, tup tup dah genggam yang Men kat tangan sebab lebih murah so nak test pakai.

Along pula nak yang roll on saja. Penglihatan tajam walaupun mata rabun silau aku ni tertangkap promosi beli deo roll on percuma pencuci muka. Jadi ya aku paksa minta Along beli yang itu since bau pun oke.

Balik rumah atas katil ada Nivea Cool Kick deo for Men, Nivea Deep Clean facial foam for Men. Facial foam tak pakai lagi. Apa rasa entah.

Yang paling funny bila Abang dapat tahu pasal coolkick dia yell 'Hey sama dengan saya!'.

So, siapa lagi kat sini bau ketiak semaskulin aku?

Keh keh. Boboiy tak I?

4 comments:

klohv said...

hahaha...a'ah ek,baru terfikir apa jadi kalau guna deodoren lelaki,mesti bau 'brother2' sgt kan...

but i think nivea ni agak lembut juga bau dia,so takdelah se'dashing' mana kalau kita pakai pon...

btw,sy mmg pengguna deodoran nivea..walaupun xdelah special sgt,tp malas nak jenguk2 jenama lain...

Pisey said...

Haha. Kan? Nivea oke je sebenarnya. Mungkin next nak try AXE for Men.

Hann Haidar said...

dulu aku pakai deo for men jugak, nice baunya :)

lelaki pun ramai pakai perfume gegirl :)

Pisey said...

Boboiy kan I bebeh?

Ehem.

Tak sabar nak try cleanser ni plak.