Kalau boleh

Kalau boleh, aku nak penuhkan dunia dengan cuma rasa-rasa cinta. Kasih sayang. Kalau boleh aku nak semua faham yang tahap sensitiviti setiap individu itu berbeza. Kalau boleh aku mahu setiap dari kita saling memahami, dan saling menghormati agar salahfaham telagahkata tak berlaku lagi. Kalau boleh aku nak sangat sentuh hati setiap dari kamu-kamu di sini, dengan ayat-ayat yang aku termampu olah supaya resah gelisah dalam kehidupan seharian kamu, dapat aku ringankan sedikit bila kamu faham tentang situasi sebenar kehidupan yang suka sangat main gigit-gigit.

Kalau boleh aku nak sangat setiap kalau boleh ni termakbul dan betul-betul jadi. Kalau bukan seratus peratus pun, kalau boleh sikit pun takpa.

Asal ada kalau boleh yang tidak lagi cuma berkalau-kalau.

Agar semuanya jadi boleh. Semua boleh. Tinggal boleh saja, tak lagi cuma berkalau-kalau.

Kalau boleh-lah,-

3 comments:

busuk said...

:)

nak tutti frutti! ;p

sharamli said...

ye b0leh! j0m sama2 kita...

Pisey said...

busuk
Eceh, demand!
(:

maksu
Jom lah, jom jom!! -,-