Wonder woman who give blood for free

Ya, aku rasa aku kini memang betul dah bawa title wanita, a wonder woman.

28 Mac 2012, aku berjaya menderma 450ml darah ke Tabung Darah HRPZ Kota Bharu. Parking di pekarangan stadium yang sesak dengan manusia berpusu-pusu sibuk mencari parking, jalan kaki, berniaga, bersembang, menyemak dan sebagainya.

Ramainya budak lepasan SPM. Career fair or something tak silap aku, booth banyak amat di bawah terik mentari.

Untungnya datang derma kali ini kerana Abang turut serta. Jadi otak aku tak perlu dibebankan dengan pencarian tapak parking kereta yang sungguh melelahkan. Ini kerana dari stadium ke unit Tabung Darah, agaknya mencecah 1km juga berjalan kaki. Ini menjadikan penderma budiman seperti kami terpaksa berehat 10minit sebelum pemeriksaan darah dan nadi dilaksanakan.

Pendermaan kali ini, mencatat rekod 4kali dalam buku merah comel kesayangan aku.

Perkara kau perlu tahu pasal menderma ialah, kalau berat kau atas 45kg baru layak menderma. Berat aku ialah ehem, rahsia wanita. Jika berat dalam lingkungan 50kg, mungkin hanya 350ml darah aku diambil. Purata darah seorang dewasa ialah 4-5liter.

Jadi jangan bimbang, tak mati punya.

The good side of it, kau gain pahala kerana menjadi penderma budiman. Dan as what we usually said over and over again, hidup ni ada karma. Mungkin harini kau baik derma kat orang, hari esok bila diperlukan, atau sedara mara, atau ahli keluarga terdekat, atau kekasih hati perlukan darah untuk operatian contohnya, moga tabung darah yang ada cukup untuk menampung tanpa susah.

Kalau kau orang nak tahu, as weird as it may sound, aku dan Abang sebenarnya berlumba siapa punya buku penuh dulu. Dan dia dengan kesihatan sempurnanya serta masa yang flexible di rumah dari tahun lepas dah cecah 8kali dalam buku merah tak berapa comel beliau. Dan target dia tahun ni nak buat 5kali, which may sound nonsense to the fact that kau perlukan tempoh selang 3bulan untuk sekali derma, a total of 4kali maksima setahun.

Katanya doktor/pegawai bertugas kata, it is okay untuk menderma juga walaupun belum cukup tarikh sebetul, dalam lebih kurang 2minggu sebelum. Kelmarin masih ada 10hari sebelum cecah 3bulan dari pendermaan beliau awal tahun itu hari.

Aahh, dengki.

Sebagai wanita, anda tidak boleh menderma darah sewaktu atau sebelum kedatangan haid. Dikhuatiri kekurangan darah dan menggangu kitaran hormon barangkali. This is just my assumption^^

Paling bagus pasal menjadi penderma is that, kau dapat perkhidmatan percuma di hospital kerajaan. Contoh kau perlu jumpa pakar untuk fisiologi, setiap kali jumpa kena caj 5MYR, but due to the fact that you are a wonderman/woman, kau akan dicop pada kad as kes percuma. Abang dapat yang ini.

Tak lupa juga dapat makan telur separuh masak percuma sebanyak mungkin. Kalau agak tak berapa sedap rebusannya, minta nurse buat yang baru dengan muka comel. Dan diberi jamu air milo panas, which semalam aku dapat extra manis. Manis yang boleh buat aku stress nak memaksa diri minum.

Oke kawan-kawan, moga dengan ini lebih ramai nak menderma macam saya, a super wonder woman.

Sekian.

2 comments:

Hann Haidar said...

kalau tak tau darah sendiri jenis apa, boleh derma tak?

Pisey said...

dabelh
Dia cucuk cek la nanti! Dah nama pun hospital punya orang.