Hai awak Kelantan sekarang banjir teruk

I want to believe I have passed my depression. Well, hopefully it is true. Keep to the point of this post.

Kat Pengkalan Chepa ni. Harap rumah tak naik air. Never had the experience thus we are still unprepared. Condolences to those affected. My aunt's house not more than 2km from here memang semua dah menetap di tingkat 2. Kalau rumah saya kena, saya tak ada tingkat 2 :(

Keep praying. As much as I want to get mad and point my fingers to whom I believe need to be more responsible to the matter, I blame myself more for being lazy. For not being able to do a thing, for being helpless.

Ni kalau banjir air masuk rumah ni memang menangis kalau tak dapat selamatkan segala buku yang ada. And other 'few' possessions of mine. Few lah sangat. Ya, banyak betul barang saya. I must be a hoarder.

Everyone, please stay safe. Moga yang perlu diselamatkan berjaya diselamatkan dengan selamat. Thank you to those helping. Memang kerahan tenaga bantuan dah banyak. Cuma bencana agak besar jadi mungkin ia tak mencukupi at this rate. Mungkin mangsa cuma mahu lebih banyak yang peduli.

Contohnya saya. Saya perlu lebih ramai yang peduli. Sebab media tak keluar liputan sangat macam hourly update, I don't even know what's going on anymore. Pahang, Terengganu, Kedah semua banjir. Except the updates on whatsapp and facebooks from friends and families. 

And this thing that is happening is scary.

Kemurungan

Ya, murung. Murung tahap tak boleh wujud perasaan kecewa sikitpun, boleh terus nangis teruk. 

I have defended and secured the heart too much for quite a long time. Perhaps year 2014 is made special for me to express out all those pain I have endured, so God gave me tests from time to time and let me cry wholeheartedly this time.

And in this case, though I have mentioned 'time' a few times, no. Time doesn't heal.

Ada perkara lain yang membebankan. Setiap kali diuji kecil, aku yang sedang penat tak mampu membendung perasaan tersebut elok. Masalah ini dari aku sendiri. Tak pernah salah orang sekeliling. Aku yang sepatutnya boleh kawal segala apa tentang diri sendiri.

And these days I hate myself for turning into this kind of being.

Current

Ada kekangan yang menarik aku ke belakang. Kadang-kadang bila datang semangat untuk ke depan itu lebih, aku cuma mampu statik dan bertahan di tempat sama. Jarang bermampu maju walau sedikit.

Masalah ini bukan salah sesiapa. Masalah aku sendiri. Masalah bila aku tidak dapat fokus untuk menyusun rancangan kehidupan yang ada dengan sempurna. Masalah bila aku takut untuk gagal. Masalah bila aku takut dengan perubahan. Masalah bila aku risau tak tentu pasal tentang banyak perkara.

*mencarut manja*

I need a shelter. I need a shelter from myself. I need a shelter from the demon inside me.

A master graduate of University of Manchester

Tak boleh nak describe perasaan relief aku tahap mana. Was scared to death sejak submit dissertation on September 1st itu hari. Kerja yang patut buat 3-4bulan aku siapkan pulun dalam 2minggu sebab baru decide nak tukar tajuk sikit and so on. Memang kerja gila waktu buat tak terasa. Lepas submit terus nak nangis risau takut berlaku plagiarism sebab masa kan suntuk so tak sempat double check and so on. 

Kids, jangan buat dissertation kelam kabut camni, naya. Aku takpa, aku power keh keh (dah dapat result berani la cakap).

Am now officially a MSc graduate with Merit. Aku punyalah doa nak lulus je, how God can be so kind to us when we were so forgetful of Him. Selalu, kan? Kan?

Semester 1 dapat Distinction.
Semester 2 dapat Merit.
Dissertation dapat Merit.

Average, Merit. Grateful, really. Sebab kalau cuma ikut usaha, I haven't been a very good student. Tapi dalam tempoh tu, I tried so hard to balance things I'm capable of doing. Like taking care of the housemates, the bestfriends, the classmates and every kind people I met in Manchester. I cook a lot. I eat. I sleep a lot. I juggle too many things at once in my head. I shut down a few times when those things go rough. All in all, I survived the year and would like to live there again if I got the chance. The environment was too awesome and wonderful. 

Kalau tanya seronok atau tak duk Manchie with all those fucked up moments I had, aku akan jawab sukaaaaaa. Ada buah hati (aku gelak senyum je untung-untung dapat nasi lebih) kat kedai nasi arab Al-Taiba yang comel akan tiap-tiap hari pandang keychain Eiffel Tower yang aku kasi kat dia. Putting it next to a KLCC structure a friend gave once, katanya. Harap kalau jadi pergi convo Julai tahun depan, it and the person will still be there in the restaurant. Juga owner kedai yang berkarisma itu. Okay ni rindu nasi arab sana sebenarnya. Amat amat.

To those who have finished your bachelor's degree lepastu rasa cam liat nak kerja atau kerja liat nak jumpa korang and you happened to have not the best but just a good grade would do for you to take a next step and apply to further your study (my degree cgpa was 3.21, technical field). Perhaps bukan nak belajar sangat pun but you have the desire to finish things you started, just do it. MARA biasa opening awal Mac. Apply university senang je. Some doesn't require an IELTS pun. I used my SPM gce-o English certificate for my application. But yeah, ada syaratnya lah gred berapa lepas. Paling akan menguji sebelum fly biasanya MARA sendiri sebab well, money kan matter. 

Satu je pesan, jangan tinggal Tuhan. Like I mentioned earlier, it's not how much you do in your study je. It's how you take care of everything especially God's business. I'm 25. I'm old. The family is older. I cried in my heart setiap kali tengok ayah, umi, aunties and everyone around I care about these days. Kita tak tahu bila nafas pinjam ni akan ditarik balik. Wallahualam.

Ask me. Kalau ada masa dan peluang I'll try my best to guide you. These days baru mula bernafas untuk apply kerja bersungguh semula. Doakan aku.

Anyway, this post was supposed to be a paragraph short. I just got carried away.

Tatata.

Depresi 4 November

Often we stumble upon things we don't understand. After a while, we realised of its importance. But by then it's not important anymore because it has already gone and went out of reach. Next thing you know you fell hard. Deeper than you've been imagining it before. This time, even endless supplies of dark black coffee couldn't fix it. Your heart became heavy. Your mind got restless. Your body was as exhausted as it can be. You call out for help but there's no answer. You can only cry and weep to sleep. 

The end.

Barely alive

Barely make it each day by day.

Help me will you?

What happened in September and October?

Lots.

Lepas submit dissertation on September 1st, aku tidur dan makan banyak. Lepastu proses pindah rumah angkut barang and so on.

Met few bitches I wish their parents disagree with their attitudes too. Else I don't know what else to say, perhaps ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. It was a mess really.

My head went upside down. Had trouble keeping myself well too. All in all grateful to have awesome lovely friends with me in Manchester to the last bit. 

Had my last euro trip to Paris, Amsterdam and Barcelona. Ran out of money. Broke and borrowed large sum of money for the first time and hopefully it will be the last as well. Already made the payment with the end of study allowance.

Gonna skipped most of the restless parts because it's killing me. 

Lepastu balik Mesia naik flight sorang. Sangat kalut because time was never kind masa tu. Banyak benda tak habis treasure lagi. Sad. But I believe I'll get the chances in the future. Will make it happen insyaAllah.

Barely alive trying to fit in the weather in Malaysia. Bukan nak kata dah jadi orang UK, aku memang tak serasi dengan cuaca panas dari dulu lagi. Something with silau and eye strain and I don't know what. So nak adapt from below ten degree to twenty plus memang haru. Demam seminggu stop dan demam balik a few times. 

Kerja belum dapat sebab kerja saya makan dan tidur masih. And yeah Clash of Clans.

By the way, I'm officially fat. I called myself garfield these days.

The end.


Life update

Been on hiatus for so long. Pardon me. Everything got stuck in between the food and the bed. Am a mess. Living a miserable life for my own self, but enjoying every moments I have with the families.

Lots of things happened. Felt a little bit left out. Feel like killing myself for sinning repeatedly.

Hold me God. Always.

Takut

Tak pernah rasa takut macam ni seumur hidup sejak kehilangan mak.

Doakan aku siap dissertation ni sempurna pada masanya. Panik, panik!

Current flow

Hati tak tenang.

Otak kurang waras.

Degup jantung tak kena.

Jiwa kacau betul.

Jaga aku ya Rab. Aku perlu fokus. Berikan aku sihat dan minda yang baik untuk menyiapkan dissertation dengan baik.

Lepastu nak balik tatap muka manusia-manusia kesayangan for good.

Dissertation

Tinggal tak sampai sebulan. 

Lepastu dah boleh melancong buat kali terakhir dari UK sebelum pulang ke bumi Malaysia.

Syazana sila menaip mulai sekarang!

Bismillah.

Tahun lepas dah tak dapat feel raya

Tahun ni sampai tak boleh nak describe perasaan sendiri.

Adek sebenarnya rindu mak. Kalau mak ada, kalau kalau kalau. Kalau mak ada adek boleh baring tidur kat atas riba mak sambil mak lipat kain depan tv.

I just realised something these few days. It's either aku kurang sabar dengan manusia sekeliling ataupun manusia sekeliling yang sudah kurang sabar dengan aku. Mungkin aku cepat merajuk sikit. Sebab kadang-kadang mungkin aku juga manusia yang perlu dimanja layankan. Jadi bila baru cakap sepatah tanpa niat menyakiti dan lain-lain, pihak lagi satu suruh bersabar dan sebagainya. It hurts. A lot. Bukan aku tak sabar. Sometimes it's just a mere question of innocent query. 

Toleran aku pun dah tak macam dulu. I mean, aku masih boleh tahan pendam simpan tapi aku cepat betul menangis. Pedih.

Sampaikan haritu aku minta kakak tanyakan pada abang sepupu yang ada ilmu. Ada hantu ke apa aku ni? Jiwa kacau betul. Dan people around macam lain macam dengan aku. Atau itu cuma mainan perasaan.

Because the last time ada orang hilang sabar dengan aku, waktu aku hanyut ada hantu, hampir runtuh hancur sebuah persahabatan.

Paling merisaukan ialah pasal dissertation writing aku. Tak berjalan. Tapi aku lebih risaukan keluarga nun di sana. 

Tuhan, jaga-lah kami.

Selamat hari raya guys. Tenang-tenang saja hendaknya.

Hari terakhir berpuasa

Seawal lepas Subuh waktu Malaysia notifications whatsapp menjulang tinggi. Nonstop conversations oleh adik-beradik aktif membicarakan topik hari raya.

Kali ni ada isu besar. Isu sensitif untuk golongan anak-anak dan golongan ibu bapa. Isu ini jadi sensitif kerana ada yang tidak sensitif awalnya jadi menyebabkan semua menjadi sensitif dan terasa hati. Begitu. Ah aku malas nak explain.

It's just that I feel bad that I am not home for raya. The siblings need me. They need a joker to ease the pain. Someone who would do just anything for them. They need their bibik to do the chores.

I need them too.

And tak rasa nak raya pun. Otak aku terlalu occupied dengan writing yang tak berjalan. Dan nak kemas barang-barang yang gila punya banyak ni. 

Hmm. Tiba-tiba rasa kalau dah kahwin ada suami yang baik lagi penyabar boleh mengadu cerita macam-macam.

Tatata saya mengantuk lagi pening sudah. Menjadi yang paling muda juga bagaikan sepit tersepit. Khuatir menghiris hati manusia-manusia aku sayang yang perlu dihormat lebih.

Kelam pengakhiran Ramadan

Tajuk entri ni sebenarnya dapat dari ayat komen pembaca blog as anonymous 2 years ago if I am not mistaken. Entri tentang Ramadan. Kata-katanya terkesan sampai sekarang.

Said that he's lost. Can't find the way back though he wanted to. Or perhaps it was a she.

Whoever you are, I hope you're doing fine. Because someway somehow I believe you're someone close to me hence it hurts that I am not able to help you well with your life's journey.

Sugar where are you?

Aku perlukan jiwa yang punya frekuensi sama untuk berbicara dengan mudah. Jadi cinta, di mana kamu waktu aku perlukan bahu untuk bersandar begini?

Pandang saja mata aku, kau patut sudah faham yang aku sedang rapuh.

Juga dalam kondisi paling sedih. Sedih dengan segalanya.

Aktivitas baru

Jogging dan berlari setiap petang yang tak hujan.

Bukan nak buat diet baru untuk kurus sangat. Aku cuma mahu mencapai sesuatu dan gembira dengan pencapaian itu yang bermula dari titik usaha sendiri keseluruhannya.

Cuma mahu mengalami dan menghargainya sendiri.

Untuk masa sekarang, aku mahu menjadi seorang pelari yang berdedikasi. 

Moga terbit usaha lain pula dari sini nanti.

Cepat menangis

Aku selalu doa. Supaya wajah tak nampak tua. Tapi Tuhan tua-kan pemahaman aku terhadap sekeliling. Supaya aku mudah faham situasi. Pantas bertindak mana perlu untuk menjaga kemaslahatan manusia-manusia yang aku suka. Keluarga dan rakan-rakan yang baik hati.

Tapi bila tersepit. Faham tahap mana-pun tetap aku tak mampu nak bantu uraikan segala apa yang terbelit. Segala resah yang menyesahkan hati.

Cuma mampu keluar memandang langit malam, pejam mata menikmati angin dingin dan tawakal tak ada mata-mata jahat yang memandang. Kerna di waktu begitu kalau-kalau datang manusia jahat cuba merompak, aku dalam keadaan paling lemah. Paling mudah pecah.

Sedang menangis dalam hati.

Dan sebenarnya salah-kah aku bila selalu saja bergenang air mata sejak kebelakangan ini? Menaip ini di sini turut menggangu nafas aku bila air mata mencerun laju membasahi pipi ke bantal tidur.

Tenang saja wahai dunia.

Lazying around sipping coffee

I find it hard to brain people with low common sense. Sometimes I wish I don't have a lot of common senses so that I wouldn't have to adapt with the unnecessaries all the time. Sometimes I think common sense is a matter of respect. Sometimes I think those with low ones are just pretty lazy to think about what it would be like to fit in someone else's shoes and so on. Sometimes I think too much like right now, yeah right now.

One more paper to go. Then finished with all the exams of my MSc. It's 140pm and tomorrow at 2pm I'll be sitting for the paper. Ha, haven't read any topics yet.

May God keep our heart at a safe place. Amin.

(W)hole

There will always be a space that you want to fill in your heart. The space ain't so big that you can put a cat in there. But you cannot just fill it with the everyday coffee or those perfect strangers who smiled back at you on your way to work, to classes or when you were just waiting for the bus after a hectic day.

It doesn't matter how many times you try to cover it, it will still be there.

Syukran

Regardless of who I am at the moment and some moments before, God gives me you.

Update

Jumaat ni mula paper exam final yang pertama. Belum menelaah. Padan muka kalau tak dapat jawab nanti.

Kehidupan sedang bermanja. Alhamdulillah. Punya watak-watak baik yang timbul bersama sekarang ini. Untuk punya kenalan yang punya hati lebih baik dari kamu, nikmat kali ini betul terima kasih pada Tuhan. Dan terima kasih untuk kawan-kawan yang baik hati tersebut. Kewujudan kamu-kamu membuahkan syukur yang panjang pada aku.

Ada banyak perkara yang aku fikir dalam sejak beberapa tempoh ini. Tapi sebab perut lapar, baik aku makan dulu. Till then, jaga diri kamu manusia-manusia yang punya hati.

Sekian.

Dalam-dalam

Beberapa ketika yang baru meninggalkan, aku sibuk menahan rindu yang tak kesampaian tanpa alasan yang meyakinkan. Hari-hari yang pergi bagaikan pergerakan arus mengalir yang tidak dapat ditebat. Jadi aku cuma mampu tenggelam bersama; sekali-sekala mendongak angkat kepala cuba melihat kejauhan kalau-kalau wujud bahagia di depan sana. Malam-malamku dipenuhi dengan hati dan minda yang sarat. Melelapkan mata di malam hari bagaikan suatu aktiviti yang paling sukar, diikuti dengan ritual bangun pagi. Sukar. Melihat sekeliling, aku percaya aku perlukan penguat yang kukuh untuk berpegang lama sepanjang menapak kehidupan yang ini. Keadaan sebegini sedikit sebanyak memakan isi dalam aku yang sekian lama sudah mula terhakis sendiri; sedikit demi sedikit. Gambar-gambar ibu dan ayah yang tergantung di dinding aku pandang lama. Mereka, dan manusia-manusia lain yang memainkan peranan utama dalam membentuk aku yang sekarang bukanlah semuanya sedang dalam keadaan paling sempurna seperti yang diimpi. Masing-masing masih punya beban yang perlu mereka pikul dalam menjalani hari. Masing-masing punya masalah sendiri. Sekali-sekala aku yang sendiri ini gigil cuba menggenggam situasi-situasi yang menggoyahkan. Empunya rusuk yang Tuhan janjikan belum memberi imbasan hati untuk aku lihat mudah. Sembunyi-sembunyi seperti ini dalam tempoh yang ini sebetulnya aku tak tipu -- memang menyesakkan dada. 

Rindu serindu rindunya

Kalau ditanya memang nak balik on the spot lah.
Nak balik sangat-sangat.

Apa jadah aku datang belajar negara sejuk ni entah. Nak membaca menelaah pun kemain payah nak cari titik fokus. Paling masyuk tidur dalam duvet je.

Rindu ayah.

Mere dil

Dah kenapa asyik berangan tak sudah ni?

Parah, parah. 

Pertama kali minat orang dikenali ramai sebegini rupa.

Kemain.

Jalan apa yang Tuhan cuba tunjuk sebenarnya?

Tapi hati aku memang mudah terpaut dengan manusia-manusia yang bila dilihat, nampak kesan sentuhan Tuhan pada dia.

Fasa ini akan berlalu. Tenanglah.

Fokus pelajaran!

Hati tak ada taman mana

Nampak sangat otak celaru. Entri banyak sekaligus.

Terapi ni sebenarnya. Terapi untuk punya sebab nak bangkit setiap pagi dengan alasan-alasan yang munasabah untuk menjalani kehidupan yang tak pasti.

Peh.

Tahun depan aku nak pastikan aku dah berjaya tulis buku dan main ukulele dengan baik. Apa salahnya bercita-cita, kan?

Kalau tak dapat kita pasang impian lain pula.

30 Mac, 2014

Zaman sekolah nun dahulu, bila selalu jadi top scorer aku rimas bila pakat duk sebut puji 24/7. Sebab aku bukan pandai semulajadi. Ada la usaha aku sikit-sikit. Cuma memang cara aku belajar orang tak nampak tekun mana. Nampak main-main. Last minute.

Sebab aku cool agaknya. Pesen tak reti tunjuk kalut. Dalam hati kata apa, dalam otak fikir apa Tuhan je tahu. Tapi sebenarnya sebelum mak pergi, aku rajin lah juga menelaah itu ini. Memori tu banyak aku sekat taknak ingat sangat. Taknak rindu terlebih. Taknak sedih. Tapi ingat kat mak tak buat sedih mana pun. Mak ialah kekuatan. Atau aku kurang menelaah sebab taknak fikir mak sangat? Sebab mak yang selalu suruh rajin belajar. Wallahualam.

Usaha nak pandang ke depan ni bukan benda mudah, bila ada pemberat terikat di kaki. Nak tengok lebih sikit, nak angkat kaki dah lelah semacam.

Kita ni sama je sebenarnya. Manusia, tetap hamba. Jangan duk perasan lebih sangat. Jangan juga fikir orang tu orang ni perasan lebih kita yang asyik mangsa yang kurang itu ini. Ayat makan dalam. Peringatan untuk aku juga. Kat sini tak cukup manusia yang kasihkan aku nak tegur macam-macam. Nampak aku ni kuat sangat ke apa sampai tak berani nak tembus? Aku fragile ni, fragile.

Hati mudah pecah dan mata mudah berkaca-kaca. Bai.

Ketaktahuan

Semester lepas punya result membuahkan syukur yang panjang. Sampai sekarang aku tak percaya kelip-kelip mata terkebil-kebil kalau duk fikir. Bukan rajin mana pun menelaah. Tapi kuasa Tuhan bila nak beri, Dia beri macam tu je. Syukran.

Kakak cakap sebab Dia dah uji macam-macam itu hari, ni dapat ganjaran kerana sabar. Point yang baik di situ, aku senyum je baca. Perasaan haritu manis lepas terbeban macam-macam.

Semester ni bertungkus-lumus sikit. Banyak hal berlaku kalau rujuk dari Januari aku tadi. Tak berkesudahan lagi. Aku belum ada bilik/rumah nak masuk untuk April ni. Tapi apa ada hal, kawan-kawan yang suka aku ramai. Haha. Aku pun suka diorang gak, thanks kaseh!

Perkara yang aku belajar duduk Manchester ni, Tuhan je tahu. Perkara yang aku lalai pun, cuma Dia yang tahu. Perkara yang aku usaha baik pun, tak ada manusia lain tahu.

Takut ni, takut. Takut tak dapat keputusan cemerlang akhir September nanti untuk membuahkan senyum yang panjang di bibir ayah. Jun nanti ayah dah nak masuk 65.

Moga Tuhan kekalkan bahagia keluarga sekarang untuk beberapa tempoh lagi.

Syukran for what we have at the mo.

Hati kurang hati-hati

Aku tahu, salah besar untuk berdendam ke apa. Aku pun jenis malas nak layan benda macam ni. Tapi ada beberapa spesis manusia ni, aku memang tak boleh dengar suara diorang bersembang gelak dan seumpama. Rasa macam fake. Jadi aku rasa sakit hati setiap kalinya. Penyakit ni datang dari aku sebenarnya, hati dah tak banyak putih macam dulu. Jadi, bukan salah mereka. 

Maaflah. Aku cuba sental hati aku balik. Dah liat semacam kotoran.

Tu je nak cakap

Duduk jauh sini banyak benda aku kena tahan diri daripada meluah. Risau buat orang lain terasa hati, sakit hati, sentap dan seumpama. Walaupun benda yang kita nak cakap tu untuk kebaikan diorang juga. Sebab kadang-kadang manusia ni payah untuk menerima teguran. Aku pun tak suka ditegur. Tapi aku suka bincang benda-benda serius macam ni. Sebab kita banyak khilaf. Saja nak jadi lebih manusia, lebih matang dan lebih faham.

Sebab bagi aku kalau asyik buat-buat tak endah dan buat-buat tak faham bila orang nak kongsi rasa, nak bagi nasihat kebaikan, hati orang yang nak hulur nasihat tadi yang tercalar.

Aku la tu.

Benda mudah kekadang manusia ambil ringan.
Benda berat pun sama, kan. Patutlah.

Penyucian dosa mungkin. Ada lah tu benda aku terlepas pandang orang tak suka.

Tu je nak cakap.

Aku sedang sedih sebenarnya

Tu je nak cakap. Macam tak keruan sikit.

Tuhan, mohon pegang aku.

25th on last month's 22nd

Dah bertahun blogging, ni kali pertama aku lupa nak post entri ulangtahun kelahiran sendiri. Nampaknya kehidupan yang sibuk benar-benar menelan ruang aku.

Kun faya kun

Lepas satu, satu lagi berita sedih.

Al-Fatihah untuk MH370.
Al-Fatihah untuk perempuan gagah, Ami Schaheera.

Takziah untuk keluarga dan rakan-rakan yang mengenali mereka.

Jiwa rasa girang sebelum otak gila buat coursework

Dah lama tak dapat tengok Fynn Jamal live. Dan sebelum ni kalau tengok pun, baru sekali aku approach nak ambil gambar bersama. Tu pun sebab kawan yang ikut sama nak sangat. Kalau tak sebelum-sebelum tu dan selepasnya, cukup cuma pandang dari jauh. Amaze sorang-sorang.

Aku pernah sebut, aku jenis gugup dan panik dengan benda yang aku suka. Jadi kalau manusia-manusia yang aku gilakan jiwa diorang ni ada depan mata, cuak lain macam.

Sebelum datang Manchester, buat hilang gugup aku dah approach kak Wani Ardy dan Rashidah Othman. Seram sejuk. Paling berdebar ajak nak bergambar dengan Firdaus Abdillah Hamzah, known as Pipiyapong. Yang ni kelakar sebab bukan aku je berdebar, tengok dia pun lain macam cuak sebab aku dengan kawan-kawan perempuan lain sama. Alang-alang terus heret abang Pyan Habib bergambar bersama, tak payah satu-satu.

Cuma nak cakap tadi dapat bergambar dengan abang Tri Hadzir, abang Nazali Noor penulis Ulu Yam di Liverpool, dengan kak Fynn Jamal dan Arjuna Bakti Fitri bin Abdullah. Juga ada Rudy Nastia, Taqi Nastia dan Izzat Hujan. Paling padu lebih sebab boleh jumpa Hedzy Hafidz, popular dengan nama AGCoco.

Jadi, kempunan sebab tak dapat nak jumpa Yuna di London hilang. Tahap gila aku lepas gian ambil gambar diorang semua walaupun tangan ketar. Serius, gigil.

Dalam ramai-ramai ni, aku bergambar 4kali dengan sorang je. Haha. Gatal kemain.

Oke, bai.

Bila senang

Kita mudah lupa Tuhan, kan?

Of surrounding that matters

Januari aku awalnya tenang, kendian kalut gusar di hujungnya.

Banyak perkara berlaku. Banyak jenis manusia aku terpaksa hadap. 

Kadang-kadang bila kita nak sangat jadi baik, fikir baik-baik, macam-macam pula jadi kat kita yang cuba baiki diri ni.

Menahan diri daripada bertindak menyakiti hati manusia-manusia yang menyakiti hati aku adalah perkara paling sukar. Walaupun cuma dengan niat teguran.

Walaupun begini cuma, aku juga boleh menjadi yang paling baik dan yang paling teruk dalam hidup kamu. Itu semua pilihan.

Kerana kita ini dijadikan Tuhan dengan akal yang sama untuk diasah.

Ramai manusia yang sudah berumur pun masih belum pandai bergaul dan hormatkan manusia sekeliling. Aku simpati. Ramai juga yang sedang dalam proses meningkat umur tidak cuba berubah untuk kebaikan diri dan sekeliling. Aku sedih.

Sedih kali ini sedih kedua paling teruk selepas satu pemergian. Hampir hancur, ke tahap mendengar perkara yang tiada kena mengena dengan aku pun boleh gugur air mata. 

Benda paling banyak aku minta kat Tuhan tak pernah segalanya tentang aku. Kebanyakannya mendahulukan orang lain terlebih dahulu, walaupun manusia-manusia itu tak pernah berhak untuk mendapatnya daripada aku.

Aku cuma mahu dunia yang tenang.

Kenapa perlu ditambah dosa-dosa yang disengajakan, dosa-dosa yang mampu dikawal walaupun dalam keadaan mental yang tidak rasional? Kenapa perlu menyakiti hati? 

Tidak cukupkah dosa-dosa yang tidak sengajakan, dosa-dosa yang tak mampu dikawal?

Tidak cukupkah keadaan diri yang sudah jelas belum sempurna, hingga kamu rasa perlu untuk melebarkan sayap cuba mempamer kuasa yang jelasnya kebodohan cuma.

Tidak sedarkah kamu yang manusia sekeliling juga mahu dihormat dan dilayan seperti kamu yang menginginkan benda yang serupa.

Hati-hati, jangan sampai hati kamu mati.

Berlaku baik-lah, Tuhan itu ada.

Moga Tuhan mengampunkan dosa dan khilaf kita-kita yang lalu.

Januari, 18

Mak. 

Selamat ulangtahun kelahiran.

You should be 62 today. And in 35days I'll be 25, and older.

I wish to be kind, like you. Always.

If only the world could sit with me patiently, 
and try to see with my heart.

Mother, you're so very precious.

I love you.

( ) 1

The other day I wish you were here.
I guess right now I just want to be there with you.

Angin yang bertiup membawa rasa yang lembut

Kadang-kadang, walaupun aku punya kerinduan yang melampau pada arwah mak, wujud satu rasa syukur dalam hati aku. Syukur Tuhan ajarkan aku erti kehilangan yang paling besar pada waktu itu, dan membentuk aku yang sekarang ni. Bukan nak kata aku bagus sangat. Cuma aku risau kalau-kalau mak masih ada, aku digolong anak derhaka, lupa diri dan sebagainya. Ataupun adik-beradik aku semua berpecah belah. Ayah tak sayang kami semua, dan aku merempat tak tentu hala. 

Semalam seorang teman baik dari sekolah rendah membuka tirai perasaannya yang terkilan dengan darah daging sendiri. Hubungan adik beradik yang tidak berada di paras pemikiran sama, yang payah nak capai persetujuan baik, yang lebih pentingkan diri sendiri lebih dari segalanya. Diceritakan juga bagaimana terharunya dia dengan sikap baik hati kenalan ayahnya yang sanggup membantu dalam pelbagai segi. Katanya dia sudah lali, tidak dipendam rasa hati yang berat pun. Cuma sedih.

Hubungan sesama manusia itu, kelihatan se-tak-kisah-mana-pun aku, aku titikberatkan sunguh-sungguh. Macam tahun lepas, tempoh Januari aku penuh dengan kisah sedih hati yang diheret bawa dari tahun sebelumnya. 

Tuhan itu Maha Tahu. Selaku hamba, kita punya pilihan sendiri atas tindakan yang kita laksanakan. 

Dah 2014;

Setapak demi setapak. Langkah aku lemah. Aku rasa buat pertama kali sejak beberapa tahun aku tak sediakan entri ataupun draf cuma untuk pengakhiran tahun lepas dan menyambut tahun baru yang ini.

Kehidupan sedang mendatar. Hampir menjunam, tapi aku tahankan kuat tak mahu jatuh.

Terlalu banyak perkara yang berselirat di balik kelopak mata yang cuba melelapkan diri lewat malam-malam lepas, perkara-perkara yang menjadi angin sejuk ke hulu dan ke hilir, perkara ringan yang memberat, perkara berat yang diambil ringan, perkara-perkara tentang resah hati, juga perkara tentang mati yang mendekat.

Kalau dikumpulkan rajuk aku pada dunia, terlalu banyak untuk diambil peduli. Kalau nak bandingkan dengan kasih sayang Tuhan pula, tak terkumpul banyaknya.

Selaku manusia, selaku hamba kita ini sangat kerdil. Setiap detik dan ketika sekarang mampu buat aku menangis tak henti. 

Aku rindu manusia-manusia jauh. Aku rindu memori yang telah pergi. Aku rindukan rakan-rakan dan teman mesra yang setia untuk ada di setiap jatuh dan naik aku. Dan jarak tak pernah putuskan ikatan itu jadi terima kasih Tuhan.

Kadangnya fikiran suka terbang jauh. Jauh dan tak punya navigasi yang baik, boleh buatkan aku sesat terlupa tujuan asal penerbangan tadi.

Malam semalam aku lihat foto-foto di laman sosial kakak, gambar semasa keluarga menghantar aku di KLIA. Satunya dengan ayat, "Ayah pesan suruh adik bawa balik master, bukan monster".

Senyum.

Sick, and sick-ness

When you were not feeling so well, it sucks to look around and find out that the surrounding and you were not even familiar with each other yet. 

It sucks big time you just want to cuddle yourself and weep at night; playing the beautiful memories inside your head over and over again. 

The memories you hope to keep till the day you die. Of course when pain seems so near and keep banging on your head countless time death feels so much nearer as well. 

But no, you do not wish to die with thousands of missions to be accomplished.