Bila-bila Saja Mati Itu Ada

Kematian adalah sesuatu yang kita takutkan. Takutkan mati adalah suatu perkara yang baik. Kerna dengan mengingati mati akan memperteguhkan kedudukan untuk terus berada di jalanNya, insyaAllah.

Dari kecil aku diajar untuk memberi salam dan mensedekahkan al-fatihah setiap kali melalui tanah perkuburan. Dan sehingga kini aku amalkan. Mungkin ada di ketikanya pernah aku alpa untuk berbuat sedemikian. Mungkin kelupaan itu satu ujian dariNya.

Al-fatihah untuk semua yang telah pergi meninggalkan kita. Moga-moga dengan begini akan ada generasi seterusnya yang turut mendoakan kesejahteraan kita di sana.

Baru-baru ini berlaku satu kematian. A friend of mine who is beautiful at heart, kehilangan bapa saudaranya yang pergi menyahut seruan Ilahi.

Al-Fatihah.

Dan hari ini, 4th July--genap enam tahun pemergian mak.

3 comments:

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

al-fatihah juga

-aTie- said...

mati itu pasti..hidup belum tentu...Al-Fatihah untuk mak anda :)

Khaizarien @ atie Blog

Ries Lee said...

al-Fatehah untuk bapa saudara beliau.
dan, al-Fatehah juga untuk ibu kamu.
moga mereka aman di SANA.