Silence isn't always golden

Aku suka layankan jiwa-jiwa parasit yang ada dengan perkara remeh. Supaya aku sedar keberadaan yang tak mungkin akan mendekati paras sempurna ini akan senantiasa menjadi bayang-bayang hidup yang tak akan henti berlari. Jikapun lelah mendatang, akan aku berhenti meneguk air sebotol dua dan meneruskan larian ini.

Aku tak mahu ditangkap dalam ruang-ruang yang menjerat. Aku tak mahu dilihat dangkal; dan aku tahu kepandaian itu sebenarnya juga subjektif. Tiada ketetapan selain apa yang Tuhan katakan. Lain-lain hanyalah bagai suatu pameran olok-olok yang bila-bila masa saja akan musnah.

Aku seorang pembenci. Aku benci akan kekecewaan. Kecewa adalah suatu perasaan yang boleh membunuh ketenangan yang aku cuba suburkan dari benih paling molek di tanah yang subur hijau ini. Yang kini pada mata kasarnya sudah gersang; kekeringan. Secara halusnya tak ramai yang dapat melihat. Manusia kadangkala/selalu suka menerbitkan perasaan yang celaka terlebih dahulu sebelum mula menggunakan akal sebaiknya.

Aku juga berpunya dan melontar kata carutan. Hati sudah bukan macam baru keluar dari perut ibu yang mengandung sembilan bulan. Tompok-tompok kecil ada kemungkinannya sudah bercantum menjadi lautan dakwat hitam. Percubaan demi percubaan untuk membaik-pulih sistem-sistem yang tergendala dilihat sebagai suatu agenda yang benar amat susah. Sangat. Dan orang kata cinta itu bisa mengubatkan segalanya.

Aku hidup bagaikan hanya roh di awangan. Aku bosan dengan penantian. Setiap detik yang berlalu aku isikan dengan oksigen percuma yang terdapat dalam udara. Tangan aku masih terhayun kosong. Cuma adakalanya aku genggam balang kaca lutsinar itu kuat-kuat sambil cuba menangkap bintang di jendela yang terbuka pada malam hari.

Mungkin aku sengaja berpura-pura seperti seorang manusia tipikal yang lain supaya tidak dipandang terlalu janggal. Tapi aku tak perlukan anggukan atau gelengan manusia-manusia yang tak pernah cuba nak tenggelam dalam perasaan sendiri; yang tidak pernah erti apa-apa untuk memberi kata laluan rahsia dan lampu hijau sebesar tv plasma untuk aku meneruskan larian yang berpenghujungkan/berpenamat mati ini.

Wang adalah suatu faktor yang menggigit dalam sebuah kehidupan melainkan kau punya gaji ber-angka lima secara bulanan dengan hanya memetik jari. Jika-jika hanya diluangkan masa untuk berfikir tentang duit. Masing-masing punya obsesi sendiri, punya kepercayaan sendiri. Dan aku berlalu dari situ setelah berjam-jam melelehkan airmata yang membebankan. Sedikit lega. Tetapi yang tersisa ini masih berat untuk diangkut hanya aku.

Sekali fikir aku rasa macam orang bodoh. Tapi berkali-kali fikir rasa beruntung pula untuk masih berpeluang menghirup oksigen manja-manja macam ni. Walau mungkin ada masanya atau kesekian kalinya atau setiap masanya dikorbankan saja hati yang sudah sompek ini untuk menanggung sakit manusia lain, aku tidak dapat memberi alasan untuk menjawab pertanyaan mengapa perlu begitu.

Tida apa yang perlu dikisah jika-jika rintih aku tak ada yang mendengar. Sebatian hidup seperti ini bukan benda asing. Aku selalu skeptis belakangan ini. Dan aku dapati karakter ini bagai memberi nafas baru dalam diri yang terasa semakin hilang dan mendap ini.

Heh. Macam mengada-ngada pula aku rasa bila catat contengkan ayat-ayat sebegini.

Chill. Aku penat. Aum aum.

2 comments:

Anne M. said...

haih~0

hans said...

yups
aku suka perenggan pasal wang berangka 5 tu
nice


P/S : Sebab Pinggang Gua Tergeliat Jadi Hari Nih Gua Jawab Soalan Jer Lah