Kuantan

Besok aku dan tiga lagi gadis akan ke sana dari bandar baru bangi berkenderaankan sebuah kancil turbo bagi memenuhi jemputan teman lelaki salah seorang gadis merangkap driver dek adanya kenduri perkahwinan kakaknya.

Semua geng sangap nak makan gulai kenduri.

Akan bermalam di mana-mana yang sudi dan pulang esoknya. Moga berkesempatan untuk bertempik meraung meninggalkan kesan tapak kaki comel-comel di Teluk Cempedak.

Belakangan ini, terlalu banyak fikir pasal mati. Heh. Doakan perjalanan kami selamat-selamat saja.

Sekian.

9 comments:

reverie said...

Roadtrip!! Have fun.

enuLwanie said...

best tu!

ingat mati tu bagus.
bykkan amal ibadah.

siggplus said...

belikan aku kopok losong kg peramu

Anonymous said...

adek, tgk email kjulie dulu kay before gi kuantan. urget! and jgn lupa makan kopok lekor!

sis julie

Anne M. said...

have fun!

hans said...

wah
macam best plak makan gulai kenduri skrg
laparnyaaaaaaa

Perjalanan Semalam Ialah Hari Makan Sedunia

Robot Baik said...

ingat mati?
otw nak ke sana akan sesat
sebab jumpa jalan mati kot?
think positively...
take care...

Ries Lee said...

kuantan, family aku kat sana.
kirim salam kat orang kuantan ya!
dan, jangan fikir bukan2..
terjumpa jalan mati jer tu..
jangan lupa bwak GPS..

ilya syafeena khalil said...

hehe. ingat mati tu bagus tau cik pisang. :)