Untuk Hidup; Aku Sudah Lemah

Sebenarnya terlalu banyak kata-kata yang terbuku, tapi aku cuba letakkan emosi/perasaan itu jauh-jauh. Ada masanya kita akan cuba berlari dari realiti. Seperti cuba untuk hanya hidup di alam mimpi. Tidak, aku tak mahu mati. Masih terlalu banyak sisa berbaki yang aku perlu gagah teruskan. Aku belum pergi Rome misalnya.

Kalau nak ulas pasal hidup, heh. Dah terlalu banyak aku mengomel pasal ni. Tapi macam apa kau tahu, hidup itu hidup. Kalau nak hidup kau kena hidup, jangan matikan diri dan buangkan diri dalam tong sampah. Sekali-sekala nak menyelam dalam lautan yang dalam. Cium dasar kendian bangun ambil nafas kembali pun tak apa. Jangan buat selalu-selalu, nanti mati betul-betul.

Suapan jiwa adalah perkara yang penting. Kalau makan nasi boleh bikin kau kenyang di perut, tapi kau masih rasa kosong kosong kosong, itu maknanya kau dah ketinggalan sesuatu. Mungkin kau malas nak akui, tapi kalau ditinggalkan begitu saja parah akibatnya. Contohnya membaca bait-bait isi Al-Quran sebab Tuhan itu ada.

Memandang dunia sekarang buat aku sakit hati. Sakit hati sebab aku masih orang-orang kerdil yang suaranya tidak didengari umum. Nak memberontak pun bukan ada orang nak palingkan muka pandang bagi perhatian untuk kesekian kali. Ibarat hanya seperti kucing-kucing jalanan yang tidak mengganggu. Atau macam angin yang tidak berbau. Kau pandang dan terima saja, tapi kau tak ambil pusing pun.

Dulu aku pernah sematkan. Aku nak jadi manusia yang mampu menyentuh hati semua orang. Tapi kadang-kadang hati aku sendiri pun aku rasa jauh. Terbawa-bawa tak ada pegangan. Ada hati nak berimpian bagai, pfft. Tapi harapan tetap harapan. Kalau dah tercapai itu sudah jadi pencapaian.

Ada sesuatu yang jauh, tapi aku mahu. Sangat susah nak kejar, sebab aku tak mampu. Tapi tapi tapi, semuanya ada tapi. Kita hidup dalam kebarangkalian. Dengan kebarangkalian-kebarangkalian inilah kau terus cuba untuk percaya pada yang kurang pasti untuk hidup. Sebelum kau terus melangkah pada yang kurang pasti, pegangkan kemas-kemas apa yang pasti terlebih dahulu.

Akal adalah objek untuk menganalisis baik buruk bergantung kepada kemampuan kau. Semakin banyak ilmu yang diserap, maka semakin berpengalaman lah kau jadinya. Jangan hanya bergaram dan bergula dalam makanan. Buka mata dan rasailah sekeliling kau. Tak semestinya diam itu setuju. Tak semestinya protes itu membantah.

Oke. Aku dah lapar. Hidup kena bersederhana juga. Harus makan kalau tekak dah mula rasa mual-mual dan perut sudah merajuk. Lupa makan pagi rupanya.

Bye.

8 comments:

Amal said...

ini ke entri yg kau hold tu?

ehm. tak boleh nak ckp byk sebab aku setuju semua yang kau cakap.

p is an g said...

amalina.
haha, tak. yang aku hold mmg kena hold. jadi banyak gila dalam draf sbb otak aku nak sembur tapi jiwa aku tahan2. so jadi bnyk gila separuh jalan merapu.

ni bebelan bangun pagi lapa2.

Anne M. said...

terbaik bai!

fndrocka said...

ah...mai pen rai

jo said...

kalu rasa nak lepas, ko lepaskan je...duduk dalam draf je, bernanah pulak blog ko nanti...

p is an g said...

anneM.
:'

PurplePolaris said...

waaaa..bahasa puitis giler.i went through, n what i understand here is, bila u cakap sakit hati sbb org tak pandang u.

common mate, life is a journey.and ur destination i think is still too far from the eyes.

just keep pushing on orait.someday ull get them paid=)


pss//sory kalau apa yg i coment ni tak tele dgn ur entry..i x pandai bunga2 puits2 suma neh..huhuhu;-)

p is an g said...

purple.
haha.bukan bab tak pandang.bab tak ambil pusing.oh,it's not just about me.i wrote them secara langsung saja.heheh.tak semestinya berkisar tentang satu/seorang.

;)tak perlu puitis n bunga2 pun untuk hidup.