In the name of manners

Jarang untuk menjumpai mereka yang cukup manners serta akhlak budi pekerti lengkap dengan hanya darah keturunan. Contohnya kalau berdarah bangsawan tak semestinya berkelakuan seperti bangsawan. Yang berperangai binatang pun macam jualan lambak bersidai sepah di sini sana.

Manners adalah perkara yang kena belajar sendiri. Pakai akal yang Tuhan bagi molek-molek. Jangan hanya tahu nak ikut kemahuan/perasaan sendiri saja orang lain tak boleh pakai. Pesen tak boleh terima teguran pun ramai. Tolong la. Pandai-pandai lah hidup. Jangan sampai hidup orang lain pun disepah bersama.

Aku dah malas nak hurai pasal common sense. Sebab yang tak reti guna bilik air pun tak boleh nak bilang dengan jari untuk floor aku saja contohnya. Entah reti basuh sendiri punya ke tak.

Ibarat kau bawa kereta. Kau dah memang handal gila dah. Tapi ada manusia lain yang perangai bawa jenis macam mabuk/gila. Pesen tak reti hormat orang lain. Pesen tak reti disiplin jalan raya. Mati juga kau walaupun berhemah macam mana pun.

Sekian.

Randoms

Hidup yang bolak-balik/tunggang-langgang/turun-naik/rebah tersembam begini mengajar aku tentang banyak perkara. Manusia contohnya memerlukan masalah untuk mendewasakan diri. Banyak masalah. Lagi banyak yang menimpa dan dia jatuh pula ditimpa-timpa lagi bagus. Baru menjadi manusia. Tapi tak juga. Kalau dah yang kebal bebal memang tak kemana. Pesen malas nak guna akal ni buat gua angry juga kadang-kadang. Sampai tahap mendengus hnsff%$# pun ada. Tapi tak apa, gua penyabar.

Selalunya lah (Commonly), selagi tak jatuh bertimpa-timpa dia akan hanyut macam bot kertas yang dibuat bila waktu hujan. Mengikut saja flow yang ada hingga ke jalan buntu. Mungkin juga destinasi pun tak sempat nak tuju. Kuyup di pertengahan simpang. Pesen tak ada planning dan strategi baik punya. Bagi banyak alasan pula nak beli gps padahal tak reti nak usaha cari dan hafal jalan.

Buatlah kapal selam awal-awal. Takpun berenang sendiri. Pakai baju renang siap-siap lengkap dengan goggle dengan kemahiran berenang tahap juara dunia. Ilmu harus dicari gali sampai dalam-dalam. Bukan pandai gali minyak saja. Atau jadi orang minyak. Atau buat minyak jadi-jadi.

Kalau lambat mandi pagi lepastu badan berminyak sampai ke tengah hari tu tak apa. Sekali sekala atau berkala-kala pun tak apa.

Sebab hidup ni jangan risau sangat. Rileks pun kena juga. Babai. Esok nak kena present microc pada encik yang tak berapa nak rileks. Harap-harap dia rileks lah. Takut weh!

Serius aku sebenarnya tak dapat nak rileks bila fikir microc. Maunya dia cakap 'jumpa saya sem depan' boleh mati tak bangun-bangun.

Aku baru sedar aku banyak perasaan amarah

Jadi kalau aku membebel dan meracau sikit sekali sekala kat sini tolong maafkan. The hectic is killing me. Beng beng, mati. Lepastu hidup balik. Lepastu mati. Mati. Mati. Dan hidup balik. Leceh.

Oh, anda pula bagaimana?
"I would ask you to remember only this one thing," said Badger. "The stories people tell have a way of taking care of them. If stories come to you, care for them. And learn to give them away where they are needed. Sometimes a person needs a story more than food to stay alive. That is why we put these stories in each other's memory. This is how people care for themselves. One day you will be good story-tellers. Never forget these obligations." -Barry Lopez

Crow and Weasel
North Point Press
1990

Sedang dalam deep thinking

Perasaan keparat aku dapat rasa ialah bila sepanjang hari duk mencarut dalam hati pun rasa nak mencarut lagi sampai ke esok dan esoknya. Fakap gila. Dan lagi dan lagi. Mencarut mungkin sebenarnya rasa puas sikit buang anger. Tapi then rasa nak mati cepat sebab perangai macam bodoh. Padahal aku ni pandai. Cilaka.

Heh, tak leh blah ayat. Kah kah kah. Oke, aku sedang gila. Keluarga, jangan risau. Aku masih yang manja comel-comel.

Jangan serius sangat.
Lord (Allah swt),
I want to be content with your perfect measurements. Don't make me too rich or too poor in anything; if either would lead me away from you. May I be grateful for your perfect fit for me.
Amin.

For Doa' is the most powerful weapon we own

Semua antara kita adalah pemimpi. Memasang angan dan berharap untuk mencapai apa yang dia mahu. Dan aku percaya, Tuhan akan memeluk setiapnya. Lambat itu ujian. Tiada itu bermakna ada yang lebih baik untukmu. Jadi, jangan kau berhenti. Walau sesaat cuma, jangan. Tolong jangan. Sebab Dia tak pernah tinggalkan kau.

Ada hati kau nak tinggalkan Dia.
Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya:
Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu dariMu.

Singapore

Pada 14/10 dan 15/10 insyaAllah aku akan kelihatan berlegar-legar di fine city. Kononnya lawatan industri. Tapi ada juga lah aktiviti bersosial yang disusun atur. Bukan nak menggalakan gejala sosial, tapi nak suruh membeli-belah dengan seronok.

Berkisah pasal fine city. Ada dua maksud. Satunya kota yang baik untuk didiami. Satu lagi kota yang mengenakan denda terhadap salahlaku disiplin.

Harap-harap cukuplah duit yang aku bawa. Setakat nak makan nasi+tempe goreng tu mampu sangat lah. Dulu makcik tu caj aku $1 je sambil gelak-gelak.

Doakan kami dua bas selamat.

Aku sedang hilang

Tolong cari aku. Konpem tak jumpa kalau tak bawa mocha ice-blended kaw2, 2ketul ayam kepsi hotnspicy bahagian thigh masa duk cari aku tu.

Oke?

Sibuk menyelenggara hidup

Aku sudah letih nak kejar makna hidup. Mungkin sampai bila pun takkan dapat maksud yang sebetulnya. Hidup itu subjektif.

Jiwa aku rusuh.

Dalam setiap nafas yang aku tarik hembus aku terfikir tentang kejadian-kejadian lalu. Juga kejadian-kejadian seterusnya. Dan tentulah kejadian-kejadian yang sedang berlaku. Ah, malas nak sambung.

Aku lelah berfikir. Jadi aku tidur. Sebelum tidur, aku berharap untuk mendapat mimpi-mimpi yang indah. Mimpi-mimpi yang bisa buatkan aku lapang dan kosong. Tapi tak ada.

Sakit banyak singgah. Hormon pula tak stabil lagi. Makan loya. Tak makan loya. Lapar tapi tak boleh makan. Tak lapar tapi nak makan banyak (yang ni je normal)

Sedang halus.

Penat.

Kanvas putih tidak lagi seputih warna putih

Aku ambil berus lukisan. Aku calitkan warna putih dari palet. Aku ambil kanvas putih dan letakkan tegak sedikit condong di hadapan aku. Aku gerakkan berus lukisan tadi mengenai kanvas putih di hadapan aku. Aku lukiskan wajah kau. Lenggok tubuh kau.

Aku ambil berus lukisan. Aku calitkan warna putih dari palet. Aku ambil kanvas putih dan letakkan tegak sedikit condong di hadapan aku. Aku gerakkan berus lukisan tadi mengenai kanvas putih di hadapan aku. Aku lukiskan rambut untuk lukisan terdahulu. Aku buatkan corak baju kegemaran kau.

Aku ambil berus lukisan. Aku calitkan warna putih dari palet. Aku ambil kanvas putih dan letakkan tegak sedikit condong di hadapan aku. Aku gerakkan berus lukisan tadi mengenai kanvas putih di hadapan aku. Aku lukiskan kau mengenakan seluar kegemaran kau.

Aku ambil berus lukisan. Aku calitkan warna putih dari palet. Aku ambil kanvas putih dan letakkan tegak sedikit condong di hadapan aku. Aku gerakkan berus lukisan tadi mengenai kanvas putih di hadapan aku. Seraya ia bersentuh, tangan aku terhenti.

Realitinya ingatan sudah kabur. Jadi digunakan warna putih pada putih. Tidak hitam untuk terlalu kelihatan. Kerana aku khuatir kalau-kalau lukisan yang aku siapkan nanti diludah kotor oleh mereka-mereka yang tidak mengerti.

Kau terlalu suci pada jiwa aku.

Padahal sebenarnya aku sudah banyak lupa. Ingatan pada kau cuma tinggal cebis-cebis yang hampir habis dibawa angin. Jadi aku takut.

Aku rindu kamu ibu.
Bukan mudah nak gunakan segala jiwa dalam apa yang dilakukan. Hasil yang kau dapat mungkin cuma lelah dan penat. Mereka akan cuma pandang dan berlalu. Tak semua akan kagum dan gembira dengan keberadaan kau.

Pandai-pandai la jaga diri.

It does hurt badly to fit in somebody else shoes. You know; when the feet doesn't fit in

It is not easy to keep living like you don't have a care for the world. Because deep inside you know who you are. I keep testing my belief on certain things around. But the question is still left hanging without an answer even. Sigh. Having my role playing not so well in learning to be a good student had also get me on my nerve. Felt useless for being such a friend who could do nothing to settle some misunderstanding occurred. Involving many. Here saying shit and there saying crap. But hey, should I care about the world more than enough when no one is even looking and tell me that everything's gonna be fine for today, yesterday and the day after? Darn. That's pretty much me. Too much thinking. Lots of sleep. Like a bunch of pretty combination for my lack of ability to settle down when I stressed out. Fuck. Even the word seem too-not-weighty anymore. Well, I-too-am a sinner. Too-too.

Guess I need to take my caffeine dose for the day now. The mind is very much out of focus already. Heh. Don't take this seriously. This just came out of nowhere. Like right now; trying to be a moron.

A super one. Ha. There I sounded like somebody else.
Kudos.

Tiba-tiba jadi banyak nak taip

Mendung. Aku suka sangat la kalau keadaan cuaca macam nampak mendung nak hujan. Aku suka hujan. Tapi tak hujan pun. Frust. Tapi kalau bila malam sebelumnya semua seluar jeans kau dah campak masuk dalam mesin basuh untuk proses berenang berhimpit beramai-ramai dengan teknologi fazilogik. Waktu siang tu mula la otak bergeliga fikir nak pakai seluar apa kalau ada orang ajak keluar lepak mana-mana. Bila lagi nak pakai bajukurung comel-comel ayu pergi lepak maple ke mana-mana. Ye dak?

Tapi tu kisah semalam. Sampai gua terpaksa sarung seluar leviii yang angkat dari uptown jalan rekoreko yang target nak pakai awal tahun depan. Tak pasal-pasal bawa aura uptown bila gua berjalan ke sana ke mari kat frinjan14 semalam.

Status hari ini: Masih penuh penyesalan tak belek-belek baju yang dijual murah-murah semalam awal-awal. Ni dak. Hujan berpenuh himpit bawah khemah baru nak usha malu-malu tersipu. Tup2 diorang dah kemas-kemas sebab hujan lebat sangat. Dan oh. Tak sempat layan asboon puas-puas. Terlewat sikit. Nasib azreelazhar kasi gua punya detak jantung laju semacam. Time tu hujan dah renyai-renyai.

Hari ni buat kerja gila segan pergi openhouse kat bandarseriputra pakai shirt and jeans. Kes bidanterjun sebab lepak rumah geng yang duduk rumah sewa semalam sebab hostel kan ada curfew jam1130. Biasala. Budak-budak sekolah ni kena kasi disiplin. Kalau berkeras nak masuk juga ada yang mengamuk cakap pijak kepala tak reti nak hormat dengan muka ketat. Kalau masuk lambat kena caj limapuluhriyal. Tapi kalau kau pegang jawatan lain la nak melepak sampai ke 3pagi pun takpa pakgad senyum angkat kening je.

Malam ni aku nak jumpa budak-budak yang sudah up. Dah setahun aku tunggu nak jumpa diorang. Nanti aku cerita balik. Assalamualaikum semua. Cau.

Ayah cakap #dua

Ayah cakap, kalau hubungan dengan Tuhan pun kita tak jaga, macam mana Tuhan nak jaga kita.

Jom sembahyang subuh. Lepas tu boleh ambil feel hirup udara segar-segar dari tingkat tinggi. Pehh. Memang mari. Lepas tu tidur. Memang kelawar.

Kaki berbulu: Aku busy. Busy dengan kerja. Pekerjaan aku: menjadi student berjaya. Cool kan? Baru dapat gaji je ni.