Kenapa bukan universitiku syurgaku? Sebab universiti kadangnya rasa macam neraka. Oh, oke. Tarik balik.
Perasan atau tak. Kita mengomel itu ini. Kalau yang mengomel itu aku, aku mengomel comel-comel sajalah. Comel itu aku; kau harus faham yang ini. Kita jeritkan macam-macam. Tak tahu bersyukur dengan apa ada sangat. Cakap di mulut alhamdulillah tapi dalam hati kau agak-agak lah, intuisi kau menyatakan yakin tak?
Perasan atau tak. Kecil-kecil cili padi dulu mak bapak kita suap nasi, suap bubur, suap lauk, basuh berak, bagi susu, beli baju, pakaikan baju, beli mainan, main mainan sama-sama, bila demam bawa ke klinik, bagi makan ubat, bagi makan pizahat-kepsi-mekdonel-anw, bagi wang saku, buat itu ini dan bla bla bla. Gamaknya semualah tuntutan dan permintaan kau-kau tertunai. Termakbul dengan rezeki Dia bagi.
Perasan atau tak. Besar-besar ni pun duk tak lokek meminta lagi. Nak itu nak ini. Mak bapak kasi lagi. Bebel-bebel sikit pun dia kasi. Yang kau duk bebel-bebel manjang jugak tu kenapa? Aku hempuk jugak dengan periuk ni.
Pandai-pandailah bila pulang ke rumah rajin-rajin sapu sampah ke. Berbual-bual kosong ke. Tak ada topik pun senyum dan sengeh saja depan mak bapak tu. Tak ke sejuk hatinya. Apa yang dia suruh segerakan buat. Yang dia tak suruh, tapi kalau perkara itu baik, buat banyak-banyak juga. Pahala yang kau boleh dapat di rumahku syurgaku ni banyak. Kena pandai-pandai cari gali kumpul banyak-banyak.
Mak bapak pun satu hal juga. Kadangnya anak dah sehabis baik. Tapi kalau ada yang dia menatang bagai minyak yang penuh, ada yang dianaktirikan, entah apa-apa juga perangainya. Dosa pahala tak kenal umur. Semua Tuhan suruh malaikat masuk buku kira-kira. Bila nak imbang akaun, timbang itu ini jangan baru nak menyesal dan segan bila amalan dan sedekah serta doa anak yang dianaktirikan itu jugak yang membantu sejukkan kubur.
Dan mak bapak juga, janganlah kalau anak itu delay sikit buat kerja, mulalah nak memaki hamun itu ini. Menggunakan sepenuh tenaga untuk menjerit all the B-words lah yang paling common dalam masyarakat kita. Meh aku nak cakap. Kau tu yang bodoh. Ada ke patut panggil zuriat sendiri begitu. Manalah tahu dia sakit ke, pening ke, baru lepas mengaji quran ke, lambat sebab solat khusyuk ke, letih menelaah pelajaran ke. Anak masuk syurga, mak bapak masuk neraka.
Sebabnya membesarkan zuriat itu dengan ajaran-ajaran yang baik positif itu satu tanggungjawab yang besar. Tak ke sejuknya hati contohnya bila dengar zuriat sendiri membaca kitab suci mukjizat teragung dengan kelancaran tajwid yang sebetulnya. Pehh. Rasa macam dunia kita yang punya. Ewaaah!
Kita ini manusia. Cuma dipinjam Tuhan sekejap saja waktu untuk berusaha berbakti untukNya. Kita ini sama saja pada mataNya. Pangkat, umur, gelaran itu semuanya dunia. Apa yang perlu difahamkan di sini, just because you are the parents, doesn't guarantee that you're always right. And vice versa. Cuma amalan yang menjadi ukur beza setiap dari kita di akhirat sana. Sepandai-pandai kau gebang itu ini, ke kubur juga bila mati.
Entri ini tiada perkaitan dengan yang masih berhidup ataupun yang telah lama bersemadi di liang lahad. Sekadar kefikiran yang terbit untuk peringatan kau dan aku.
Wallahualam.