Diam

dia tak telan.
dia luah.
dan yang paling sakit.
adalah bila.
dia telan apa yang telah diluahkan.

biar dimatikan rupa wajah
dia tahu,
dia sedang mengorak lagi setapak
yang di benci orang2
yang dipandang dengki orang2
yang akan dicaci maki orang2

lurus.
kata mereka.
tapi,
bukan salah dia!
dia terlalu daif dengan sekelilingnya.
terlalu putih dengan setiap satu pandangnya.
terlalu naive.

bukan salah dia.

ajarkan setiap satu sudut di setiap pelosok ini
ajarkan satu satu biar terang tak dilindung awan kelabu

biar yang kelam di tenggelamkan sepi.
biar yang timbul tak berduri lagi.

maka adanya kata
perjalanan itu sendiri satu pengajaran






diam.

Perca jiwa seorang penjiwa yang dicedok dari sini.

Aku lebih suka cakap 'otak saya sakit';

daripada cakap 'saya sakit otak'.

Bohonglah kalau cakap aku tak pernah hidup susah. Bohong juga untuk cakap aku tak pernah hidup senang. Aku terlalu terbiasa dengan kesenangan lah yang bila sekarang ni dah jadi susah sikit pun dah kelam kabut. Bila begini mulalah macam tak sedar diri nakkan mak kembali.

Kalut melalut.

Tuhan, genggam aku baik-baik.

Selamat nisfu syaaban.

Kuantan

Besok aku dan tiga lagi gadis akan ke sana dari bandar baru bangi berkenderaankan sebuah kancil turbo bagi memenuhi jemputan teman lelaki salah seorang gadis merangkap driver dek adanya kenduri perkahwinan kakaknya.

Semua geng sangap nak makan gulai kenduri.

Akan bermalam di mana-mana yang sudi dan pulang esoknya. Moga berkesempatan untuk bertempik meraung meninggalkan kesan tapak kaki comel-comel di Teluk Cempedak.

Belakangan ini, terlalu banyak fikir pasal mati. Heh. Doakan perjalanan kami selamat-selamat saja.

Sekian.

Silence isn't always golden

Aku suka layankan jiwa-jiwa parasit yang ada dengan perkara remeh. Supaya aku sedar keberadaan yang tak mungkin akan mendekati paras sempurna ini akan senantiasa menjadi bayang-bayang hidup yang tak akan henti berlari. Jikapun lelah mendatang, akan aku berhenti meneguk air sebotol dua dan meneruskan larian ini.

Aku tak mahu ditangkap dalam ruang-ruang yang menjerat. Aku tak mahu dilihat dangkal; dan aku tahu kepandaian itu sebenarnya juga subjektif. Tiada ketetapan selain apa yang Tuhan katakan. Lain-lain hanyalah bagai suatu pameran olok-olok yang bila-bila masa saja akan musnah.

Aku seorang pembenci. Aku benci akan kekecewaan. Kecewa adalah suatu perasaan yang boleh membunuh ketenangan yang aku cuba suburkan dari benih paling molek di tanah yang subur hijau ini. Yang kini pada mata kasarnya sudah gersang; kekeringan. Secara halusnya tak ramai yang dapat melihat. Manusia kadangkala/selalu suka menerbitkan perasaan yang celaka terlebih dahulu sebelum mula menggunakan akal sebaiknya.

Aku juga berpunya dan melontar kata carutan. Hati sudah bukan macam baru keluar dari perut ibu yang mengandung sembilan bulan. Tompok-tompok kecil ada kemungkinannya sudah bercantum menjadi lautan dakwat hitam. Percubaan demi percubaan untuk membaik-pulih sistem-sistem yang tergendala dilihat sebagai suatu agenda yang benar amat susah. Sangat. Dan orang kata cinta itu bisa mengubatkan segalanya.

Aku hidup bagaikan hanya roh di awangan. Aku bosan dengan penantian. Setiap detik yang berlalu aku isikan dengan oksigen percuma yang terdapat dalam udara. Tangan aku masih terhayun kosong. Cuma adakalanya aku genggam balang kaca lutsinar itu kuat-kuat sambil cuba menangkap bintang di jendela yang terbuka pada malam hari.

Mungkin aku sengaja berpura-pura seperti seorang manusia tipikal yang lain supaya tidak dipandang terlalu janggal. Tapi aku tak perlukan anggukan atau gelengan manusia-manusia yang tak pernah cuba nak tenggelam dalam perasaan sendiri; yang tidak pernah erti apa-apa untuk memberi kata laluan rahsia dan lampu hijau sebesar tv plasma untuk aku meneruskan larian yang berpenghujungkan/berpenamat mati ini.

Wang adalah suatu faktor yang menggigit dalam sebuah kehidupan melainkan kau punya gaji ber-angka lima secara bulanan dengan hanya memetik jari. Jika-jika hanya diluangkan masa untuk berfikir tentang duit. Masing-masing punya obsesi sendiri, punya kepercayaan sendiri. Dan aku berlalu dari situ setelah berjam-jam melelehkan airmata yang membebankan. Sedikit lega. Tetapi yang tersisa ini masih berat untuk diangkut hanya aku.

Sekali fikir aku rasa macam orang bodoh. Tapi berkali-kali fikir rasa beruntung pula untuk masih berpeluang menghirup oksigen manja-manja macam ni. Walau mungkin ada masanya atau kesekian kalinya atau setiap masanya dikorbankan saja hati yang sudah sompek ini untuk menanggung sakit manusia lain, aku tidak dapat memberi alasan untuk menjawab pertanyaan mengapa perlu begitu.

Tida apa yang perlu dikisah jika-jika rintih aku tak ada yang mendengar. Sebatian hidup seperti ini bukan benda asing. Aku selalu skeptis belakangan ini. Dan aku dapati karakter ini bagai memberi nafas baru dalam diri yang terasa semakin hilang dan mendap ini.

Heh. Macam mengada-ngada pula aku rasa bila catat contengkan ayat-ayat sebegini.

Chill. Aku penat. Aum aum.

Saya belum mahu mati

There's a lot more to accomplish.
To achieve.
To touch.
To reach.
To hug and feel.

I don't wanna die yet.

Saya benci gastrik. That's the hatred left in me.
Lain-lain semua cinta.

Perut, sila bertenang. Otak, jangan hilang fokus. Muka, jangan berkerut sangat. Tenang-tenang saja. Fuhh. Bila tamat cuti dua bulan dan masuk ke arena pembelajaran kembali beginilah gayanya. Macam nak mati. Tapi taknak mati lagi.

Bye.

Aku juga pernah membilang satu sampai sepuluh

Dan aku jadi banyak cakap. Aku akan cakap banyak-banyak melalut dan merapu. Kemudian diam dan berfikir dua-tiga-jenak. Kemudian aku cakap banyak-banyak lagi. Sampai banyak tahap aku cakap sorang-sorang berfantasikan ada kawan yang mendengar dan mengangguk sama. Lepas tu aku akan diam pula banyak-banyak dan tenung sekeliling. Lepas tu mengeluh. Lepas tu jadi bangang.

Hee. See how trouble my writing looks nowadays? Macam pesen budak tak reti pakai otak dah. Berterabur semacam.

Dulu membilang pakai jari. Sekarang pun pakai jari lagi nak tekan kalkulator. Life is still the same. Kau masih dalam bot yang sama menyusuri denai yang sama. Cumanya it is up to you nak baikpulih cantikkan bot itu kasi sempurna atau nak biar saja berkulat berlubang dan kau tenggelam. Dan lemas lalu mati. Atau kalau ajal lambat lagi; adalah bot penyelamat datang angkut kau ke tebing.

Aku mahu dakap diri saja. Kalau berfikir banyak dan menjadi kurius boleh buat kau kurus; aku adalah super-non-ordinary. Tentu dah lama aku boleh jadi manusia terbang.

Aku pernah membilang satu dua tiga

Aku juga pernah mengeja abc dan alif ba ta.

Zaman kecil dulu 'everything seems so fine!' (dengan gaya protes suara terjerit-jerit angkat tangan naik atas). Senang nak perapkan otak dengan agenda-agenda baru. Nak sesuaikan diri dengan sekeliling yang walau asing macam-manapun akan jadi mudah. Sebab mungkin tahap kesucian diri sangatlah tinggi. Jadi tiada prasangka. Tiada perasaan negatif dan sebagainya.

Tapi kehidupan yang kekinian bisa melahirkan peristiwa/perasaan yang kerapnya terlalu sulit untuk saling diprediksi. Dan aku benci itu.

Benci aku subjektif. Hatred is also a good feeling. Dan aku mulakan aktiviti dengan membaling batu ke dalam kolam berisi air. Aku pandangkan riak-riak yang terwujud. Aku baling dan amati lagi sampai mati.

Terlalu banyak kekangan; dan aku tidak gemar begini.

Halangan adalah seperti sinonim dengan kekecewaan. Dan aku selaku manusia biasa-biasa; ordinari yang suka pasang angan dan harapan seperti mahu menggantung kelip-kelip di langit malam sampai siang-hujan-dan-pelangi-keluar contohnya; setentunya berasa tersangat gusar untuk bertembung mata dengan agenda-agenda sebegini.

Sesak.

Nigthwatcher (Pesen Berjaga Malam)

Belakangan ini aku susah nak fokus. Backbone alhamdulillah sihat je sebab mampu tidur dengan pelbagai gaya meniarap, menelentang, kuak lentang, gaya bebas dan sebagainya. Cuma lenguh-lenguh pada masanya. Kaki masih sedia menunjal pedal minyak setiap hari dalam cubaan membakar wang ringgit berupa petrol. Adrenalin ketika memandu masih tinggi dek belum sampai tahap kecekapan maksima lagi. Perut macam biasa lah pada tahap kemerapuannya yang sengal-sengal begitu. Contohnya setiap tidak lebih dari empat jam aku harus makan sesuatu yang boleh menjamin kenyang walau untuk sekejap.

Letih amat amat amat. Bau pagi waktu subuh sangat yummy. Mari kita tidur. Betapa sudah lalok dengan penangan sepapan petai semalam, aku eja 'night' pun dah salah. Petai, jangan buat saya benci awak boleh? Busuk-busuk awak pun sedap. Oke, merapu lagi sekali. Babai.

Life Is Still Not What I Thought It Was

Hate to have a thought on life. Because it goes on and on and on. Better to think on death. It is certain; just not gonna know when and how. Looking back, I see the childish me. Looking upfront, I try not to hope on things I am not capable of too much. But then it occurred to me that if I stop on taking chances to do things I never thought of doing; then it will be such a waste.

And blah blah blah I goes on blabbering. It is a never-ending list thinking about the future ahead. About those you are not certain about. The ones you have to make-up yourself pretty well before heading into them. And again and again the list goes on.

I told myself deep--'just a little more time, a little more hopes to crash and you gonna be fine'

For now; I'll just be good and nice.


Oceans and skies.
Failures and tries.
Please find me.

Reasons and excuses.
Miracles and changes.

I'm still wishing for all my wishes to come true;
because you raised the dead in me.

Untuk Hidup; Aku Sudah Lemah

Sebenarnya terlalu banyak kata-kata yang terbuku, tapi aku cuba letakkan emosi/perasaan itu jauh-jauh. Ada masanya kita akan cuba berlari dari realiti. Seperti cuba untuk hanya hidup di alam mimpi. Tidak, aku tak mahu mati. Masih terlalu banyak sisa berbaki yang aku perlu gagah teruskan. Aku belum pergi Rome misalnya.

Kalau nak ulas pasal hidup, heh. Dah terlalu banyak aku mengomel pasal ni. Tapi macam apa kau tahu, hidup itu hidup. Kalau nak hidup kau kena hidup, jangan matikan diri dan buangkan diri dalam tong sampah. Sekali-sekala nak menyelam dalam lautan yang dalam. Cium dasar kendian bangun ambil nafas kembali pun tak apa. Jangan buat selalu-selalu, nanti mati betul-betul.

Suapan jiwa adalah perkara yang penting. Kalau makan nasi boleh bikin kau kenyang di perut, tapi kau masih rasa kosong kosong kosong, itu maknanya kau dah ketinggalan sesuatu. Mungkin kau malas nak akui, tapi kalau ditinggalkan begitu saja parah akibatnya. Contohnya membaca bait-bait isi Al-Quran sebab Tuhan itu ada.

Memandang dunia sekarang buat aku sakit hati. Sakit hati sebab aku masih orang-orang kerdil yang suaranya tidak didengari umum. Nak memberontak pun bukan ada orang nak palingkan muka pandang bagi perhatian untuk kesekian kali. Ibarat hanya seperti kucing-kucing jalanan yang tidak mengganggu. Atau macam angin yang tidak berbau. Kau pandang dan terima saja, tapi kau tak ambil pusing pun.

Dulu aku pernah sematkan. Aku nak jadi manusia yang mampu menyentuh hati semua orang. Tapi kadang-kadang hati aku sendiri pun aku rasa jauh. Terbawa-bawa tak ada pegangan. Ada hati nak berimpian bagai, pfft. Tapi harapan tetap harapan. Kalau dah tercapai itu sudah jadi pencapaian.

Ada sesuatu yang jauh, tapi aku mahu. Sangat susah nak kejar, sebab aku tak mampu. Tapi tapi tapi, semuanya ada tapi. Kita hidup dalam kebarangkalian. Dengan kebarangkalian-kebarangkalian inilah kau terus cuba untuk percaya pada yang kurang pasti untuk hidup. Sebelum kau terus melangkah pada yang kurang pasti, pegangkan kemas-kemas apa yang pasti terlebih dahulu.

Akal adalah objek untuk menganalisis baik buruk bergantung kepada kemampuan kau. Semakin banyak ilmu yang diserap, maka semakin berpengalaman lah kau jadinya. Jangan hanya bergaram dan bergula dalam makanan. Buka mata dan rasailah sekeliling kau. Tak semestinya diam itu setuju. Tak semestinya protes itu membantah.

Oke. Aku dah lapar. Hidup kena bersederhana juga. Harus makan kalau tekak dah mula rasa mual-mual dan perut sudah merajuk. Lupa makan pagi rupanya.

Bye.

Bila-bila Saja Mati Itu Ada

Kematian adalah sesuatu yang kita takutkan. Takutkan mati adalah suatu perkara yang baik. Kerna dengan mengingati mati akan memperteguhkan kedudukan untuk terus berada di jalanNya, insyaAllah.

Dari kecil aku diajar untuk memberi salam dan mensedekahkan al-fatihah setiap kali melalui tanah perkuburan. Dan sehingga kini aku amalkan. Mungkin ada di ketikanya pernah aku alpa untuk berbuat sedemikian. Mungkin kelupaan itu satu ujian dariNya.

Al-fatihah untuk semua yang telah pergi meninggalkan kita. Moga-moga dengan begini akan ada generasi seterusnya yang turut mendoakan kesejahteraan kita di sana.

Baru-baru ini berlaku satu kematian. A friend of mine who is beautiful at heart, kehilangan bapa saudaranya yang pergi menyahut seruan Ilahi.

Al-Fatihah.

Dan hari ini, 4th July--genap enam tahun pemergian mak.

Menjadi pegun adalah suatu hobi yang enak



Satu: Kaki aku, seluar polkadot, seekor kucing berbulu-putih-gebu: putri, selipar cap jepang.

Dua: Seluar polkadot dan putri si kucing berbulu-putih-gebu.

Tiga: Katil bertilam empuk, baju-bajan baru angkat dari ampaian, majalah atas karpet, beg troli hensem, air untuk diminum.

Lokasi: Rumah makchik|pakchik, Seri Kembangan.

Waktu: Saki-baki cuti semester hujung tahun 2009.

Tapi lagi enak bergumpal under the duvet dengan suhu rendah atas bantuan penghawa dingin yang menempek di dinding merah jambu pekat di malam hari.

Gnite world. Gnite romeo (if any). Juliet wants to sleep.

Today; 1st July is My Kakngah's Birthday

1st july 2004 was my 24th bday.. i was carrying Aisya inside me at 6.5mths.. it wasn't really a happy day, but i pretend to be cheerful..

that morning, since it was my birthday, i wanted to cook bubur kacang, as i never did that before. i asked mak to tell me the steps. while i was cooking, i saw mak wasn't looking usual. she was not as cheerful as the previous days.

i finished cooking my 1st bubur kacang ever. but i didn't taste it. i went back to be with mak. she was on steroid for 5 days already. but that morning, steroid wasn't working for her anymore. she started to frown, fighting back her headache.

i feed mak with nasi tumpang, a special breakfast you can find in Kelantan. she ate little. i knew she was not feeling well. she said she wanted to lie down. i was with her all the time.

during lunch, mak doesn't have the appetite to eat anything, eventhough she asked for ikan geli goreng cili. while we were having lunch. i heard mak vomitted. i ran to her and helped her. i started to cry but tried not to let her see me. i knew she was suffering from her headache. i asked her to eat something and she agreed. i fed her biskut cream krakers and nescafe O. that's all she could afford.

since streroid could not held anymore, i went to the hospital to ask for another meds. mak's doctor gave us morphin, much stronger drugs. she had it but her body could not tolerate. she vomitted again and again. when i was doing my Asar, i cried endlessly. my telekung was soaked. but i never showed my sad feeling to her. i dont want her to feel worse.

after isyak, she told me she couldn't hold the pain anymore. she wanted to go to the hospital so that doctor could do something. i couldn't hold my tears anymore. we called the ambulance and off she went to the hospital. she was admitted.

4th of July, at 4am, she passed away in her sleep. Allah loves her more. we can accept the fact. we are destined to have a very lovely, caring, superb mum, but just for a while.. we are still grateful, aren't we? because we still cherish our mum although she was no more with us.. and we will always talk about her, what she loved and what she liked to do..

al-fatihah to mak.. may you rest in peace, may we meet in heaven.. and you know mak, i never tasted my 1st bubur kacang, because it was so tasteless just like my feeling..

-----------------------------------------------------------------

Nota dari facebook beliau. In a sad tone she jotted them down recalling those moments with mom that day. But I believe she is indeed happy right at this very moment and onwards. Enjoying her new age-era ;) Cheers. Selamat Hari Kelahiran ke 30 kakak-ku Juliana MY. Longing to see you and ask for my pressies, haha.
-Adek.