day 1 - saturday

jam 11.30am dah tercangak kat midvalley. makan2 at k'ep'si bersama 4rakan lain, A B C D. 2jantina lain - A B, 2jantina sama - C D. tutup mata masuk butik2 kedai2 teman kawan2 membeli-belah. 130pm tonton legion dengan wajah bengis sebab ada orang bodoh belakang aku duk goyang2 kaki langgar kerusi aku.

terkumat-kamit aku baca jampi serapah sepanjang proses kaki manusia tersebut mengaktifkan vibration. secara positif, aku anggap pundi dia penuh saja; malas nak ambil pusing. tamat cerita, solat zuhur. kendian, berlagak poket penuh lepak di secret recipe ber5 lagi. B jumpa kakak angkat dia. kali ini E, juga jantina berlawanan datang join sama. aku dan E order air. A C D makan kek.

tropicana smooties sedap ouh; sebab ada pisang kot - bajet minat sangat makan diri. setelah mencuci mata dari atas menonton peragaan baju2 di stage center court, aku meringankan kaki berselipar jepun hijau ke converse. terpikat dengan seorang kacak berkulit offwhite berumur 189. next time datang aku nak couple dengan dia; confirmed.

then round masuk the kebun sebab jurujual situ cakap ada converse kat dalam kebun. melampau2. takda pun weh. awek cun yang si A mahu tak ada yang ketinggian seperti ciri yang diidamkan. end up, si B yang dapat awek baju biru - peh. kami bersolat asar dan meriangkan diri dalam jusco level bawah.

solat maghrib. purchase mineralwater sebagai pelincir nak naik keretapi, sandwich dan sebagainya. syukur tak ramai musuh untuk diperang semasa nak masuk keretapi. cuma ada beberapa kerat anasir luar yang mengetuai gerabak aku tu dengan hilai tawa tentang perkara yang tidak lucu pun secara agresif.

bangang; aku dahla tak berapa nak tinggi lenguh2 nak capai tali pemegang atas tu nak balancekan. boleh pula dia duk gelak2 main langgar2 aku. nasib siku aku ni tajam dalam diam; padan muka. geng bangsa diorang turun kat bandar tasik selatan. aku menghela nafas lega, 'fiuhh', bunyinya.

di stesen ukm, kawan2 aku yang lagi 3orang pergi bersama pagi itu pulang dengan teksi. basis keladak datang ambil aku. cewah, artis u! haha. ber4, 2jantina berlawanan dan 1orang jantina spesis aku makan2 sampai perut aku terburai di chopdanstik serdang. pulang2 saja tiada suami menyambut aku dengan gaya hip2 hooray di bendul pintu. bendul betul.

ingatkan proses lahap aku tamat di serdang itu saja. terlangkah kanan seribu batu, kakak senior bilik aku masak udang rebus peh gila menggiurkan. aku pergi mandi time budak2 ni duk serang. setel mandi tengok2 ditinggalkan banyak ekor pula untuk aku makan. tertekan tahu tak? makan dengan sopan sampai C komen cakap comel gila cara aku makan satu2 perlahan2. heh, aku tahu itu fakta.

tidur kekenyangan tak sedarkan diri.

kaki kebas2: laporan day 2 - sunday will be updated soon.

11 comments:

.siv. said...

weh.
legion best?
esok pegi mid jum!!!!

bias® said...

jurnal ke?

~0~ said...

erk...

sabariah said...

pisey..nak g mid!!!

oranglidi said...

wahh

Cik Biol said...

bestnyaaa jln2

acap said...

legion..haha.bes kan?

penaberkala said...

legion tok tgk lg,best ko?
klu spy next door lawok gak

penaberkala said...

legion tok tgk lg,best ko?
klu spy next door lawok gak

i'msosupernotcool said...

wah.. bile episod tuh..

i'msosupernotcool said...

eh.. bile episod two?

ha baru betol..
aduh..