i call her mak

kalau dulu2 rasa susah sikit senang je. jerit panggil nama mak kuat2. mak datanglah pujuk. mak buatkan air milo ke. air susu panas sebelum tidur ke. atau apa2 lah janji kalau aku belek buku nak rajin membaca tiba2 akan ada saja habuan makanan dan minuman temankan di sisi. yang mungkin penyebab aku mula gastrik bila masuk sekolah berasrama penuh. tak cukup makan la tu, heh.

atau kalau2 tak siap homework, bangun tengah2 malam walaupun sebenarnya dah nyenyak tidur kes kepenatan main kejar2 dan lumba basikal bagai nak rak dengan budak2 lelaki sebab memang tak ada rakan sebaya perempuan berdekatan waktu itu. kacau mak duk tidur. heret mak sama2 stay up. padahal baru darjah satu. gila takut cikgu2 sekolah aku sngat garang amat pada aku masa tu. kalau sekarang jumpa semula mungkin boleh sengeh2 tunjuk gigi bongsu terakhir baru tumbuh barangkali.

ataupun kadang2 tu walaupun bukan ada di rumah dengan mak. jerit juga nangis sebut nama mak kuat2 tekap muka ke bantal dalam asrama bila rindu2 atau dalam keadaan susah. macam a miracle cure or something yang memang does the wonder. and dem how it works all the time. jerit panggil mak macam a chant yang buat magik tanpa sedar untuk redakan gelisah aku.

sekarang rasa susah sikit jadi macam rasa susah banyak. rasa nak tarik2 rambut, garu2 kepala, tepuk dahi, terajang perut, cubit lengan, pijak2 kaki dan lompat atas kati tak nak bangun2. bila susah hati aku banyak tidur. ini sindrom yang memang tak dapat dibuang apa lagi. dah sebati macam entah apa2. aku bukan spesis susah hati boleh makan chocolate banyak2. aku spesis susah hati aku akan mengantuk macam boleh pengsan tiba2 sebab malas nak fikir.

the harder it is bila how funny to say yang aku selalu je rasa mak masih ada. masih boleh nak picit2 keypad phone dan dial nombor telefon mak nak say hello how and are you. kononnya bertenang lah bila macam tiba2 kena jolt elektrik yang mak lama dah tak ada. padahal dalam tekak tu jadi kering macam pepasir di gurun sahara (bajet pernah sentuh). macam kena paksa telan pasir sampai masuk ke usus tak boleh muntah balik. then kena paksa lagi untuk senyum macam kambing sampai hidung tu kadang2 gatal2 nak berhingus tiba2.

like right now. adek miss you mak. gila lah. taip yang tu pun mata dah berair. nasi goreng tadi terlebih bawang agaknya. mungkin sisa bawang kat sudu tu kena kat tangan aku lalu kena kat mata aku. biasalah. kejap2 mesti la rasa nak genyeh2 mata kan kot2 ada terlekat tahi mata ke apa2. dah nama baru bangun dari tidur. oh, kenapa tidur banyak? soalan ditanya tanpa henti.


dear mom,
i'm gonna bloom alright ;)

-adek who got to be 21 on 22nd february 2010 bermonolog konon boleh sedapkan hati bajet diri dah mature enough to live well and on and on.

ah.

14 comments:

syafawani said...

pasti mak kamu bangga ada kamu..hehe

jo said...

doakan yang terbaik untuk mak...selamat hari tua!

sharamli said...

alfatihah untuk arwah mak..
epi befday dear :)

♥ciK-t0ge ♥ said...

sY syG iBu sy

plain jane said...

nasib kamu masih jauh lebih baik dari aku.

hepi besday my dearest pisey.

terus berdiri kuat di atas kaki sendiri.

Daffodil D said...

kenangan memang kadang2 boleh buat airmata mengalir tapi dek kenangan tu lah kite hidup sampai skrg. cheers.

ps : daha besar budak sorang ni yek. :") tahniah makcik!

~0~ said...

ibu...the only one

abdullahkadir said...

doa anak yg soleh tu penting kak.

hepi besday.

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

cool ko beb,wish u all d best n pray 4 ur mom,she'll be fine to noe that u always miss her even she's not around anymore....ko cool beb,en tandas tabik ko

.millalara. said...

kenangan itu selamanya indah.. bertabah ok..

selamat pertambahan umur ya :)

Ah Fatt said...

oh adik. sampai bila2 ko tetap anak mak

hehe

anak mak said...

hepi besdaaaaaaay

SUXX said...

hepi birthday anak mak

i'msosupernotcool said...

selamat ulg tahun kelahiran..