mengira dan terus saja

pejam celik pejam celik. kau sudah dewasa. dah kenal abc. dah pandai tendang remote control tv dengan ibu jari kaki saja. dah pandai menjawab bila parent tegur apa2. dah pandai bermain ayat romantis dengan jantina berlawanan. dah pandai makan nasi bujang bila duit poket kering sudah. dah pandai buat macam2 perkara yang jika direnung kembali ke zaman silam waktu kau berhingusan belum sedar pun yang kau ada akal itu; unexpected- or should i say unplanned?

kehidupan bukan sesenang berkata2 indah. ataupun bercaci makian. life is more than that. it's what you most portray yourself as what you believe and have regards in. hidup pun jangan sekadar kau bernafas dan punya nyawa saja. hidup itu sendiri perlu ada nilai. jangan pula bila mana suatu hari itu kau sudah putus nafas- berederetan manusia hanya tahu menambah cacian selaku hadiah untuk menghantar kau ke liang lahad. mahu?

jika disebut tentang konteks pencarian identiti diri, semua orang akan cakap yeah2, i'm still looking and trying to be thoughtful at time being. walhal sudah terang2 kita itu datang dariNya dan akan pulang kepadaNya. entah apa asalan lagi yang perlu dikorek cari bagai nak rak. semuanya sebab kita malas nak menerima dan cuba menerapkan kepercayaan itu sendiri dalam2. semacam sukar sebab masing2 menduga diri sendiri.

semua orang punya rasa. punya jiwa yang kita pelihara dan belai setiap masa dengan urutan kasih dan sayang. ada masanya we feel so upsidedown sampaikan jadi putus harap untuk berterus dalam agenda hidup yang sedia terbentang. maka apabila meruntuhnya sesuatu genggaman kepercayaan itu, apa saja yang kau cuba kejarkan seperti hancur sudah tiada harapan untuk pulih dibeli ganti baru lagi. kononnya.

tarik nafas hembus nafas. fuhh2-

6 comments:

jo said...

put a smile on your face, make the world a better place..










walaupun kadang-kadang aku rasa hidup ni betul-betul payah..

i'msosupernotcool said...

yeah..
keep breathing..
coz u'll nver noe when ur time is..

Hann Haidar said...

entri ni buat aku berfikir panjang

Luna said...

susah nak percaya. susah.

Anonymous said...

heloo.

1st time terjah blog kamu.

nice words btw.

teruskan membiru~

Anonymous said...

heloo.

1st time terjah blog kamu.

nice words btw.

teruskan membiru~