mahu senyum nampak gigi

tangan ni terhayun kosong
kiri kanan dua2 kosong
mahu dikepal rasa kosong
dibuka luas tampak kosong

aku mahu cinta
sentuh genggam sebaik boleh
usapkan cinta ke satu badan
oleskan cinta di setiap hentian

kepala pusing
otak pening2
jalan terhuyung hayang
bagai mabuk kepayang

mabukkan cinta
dahagakan cinta

bisa aku cinta seorang dia seperti mana lagi
untuk bertaut tidak lepas walau lelah sesekali
berhenti mencari nafas dalam senyum nampak gigi

mungkin suatu hari nanti; ya2, nanti2.

kaki sendal pintu bagi angin masuk laju2: lama weh tak taip puisi ikut baris2 kat blog.rasa kelakar nak gelak terguling2, siapa nak join?

heh.terlepas nak update konon2 14th feb itu hari.kira ni lah update dia.oh,pengumuman sekali lagi.kalau2 kakak aku tak jadi ambil aku di lcct ini tengah malam,datanglah temankan aku di mekdonel bersengkang mata hingga ke pagi ya.

kalau ada orang nak tanya kenapa ambil tiket lewat malam, aku nak jawab dan jerit kuat2,

'SEBAB MURAHLAH!apa ingat aku cop duit?'

kaki terbelit wayar: buat muka gangster selet taik hidung di pagi jumaat.

11 comments:

jo said...

selet taik hidung bawah meja mekdonel ye? tak senonoh la anak dara ni!

~0~ said...

mekdonald lcct mahal...hahahha

enuLwanie said...

hello je kat aku nnt.

♥ciK-t0ge ♥ said...

HaHaHa...
xtk0t ke aLek Lwat mLm??

told la hejauw said...

lame ko xupdate weyh...

siggplus said...

lama betul gua tak singgah sini

chokio_nia said...

jom lepak mcd nati..hoho

Razman said...

kenapa ambik tiket lewat malam?

hans said...

kenapa ambik tiket lewat2 malam?
hahahaha

nuyu farhan said...

prosperity burggggggeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrr :D

syazana said...

puisiiiiiiiiii

^.^