mengira dan terus saja

pejam celik pejam celik. kau sudah dewasa. dah kenal abc. dah pandai tendang remote control tv dengan ibu jari kaki saja. dah pandai menjawab bila parent tegur apa2. dah pandai bermain ayat romantis dengan jantina berlawanan. dah pandai makan nasi bujang bila duit poket kering sudah. dah pandai buat macam2 perkara yang jika direnung kembali ke zaman silam waktu kau berhingusan belum sedar pun yang kau ada akal itu; unexpected- or should i say unplanned?

kehidupan bukan sesenang berkata2 indah. ataupun bercaci makian. life is more than that. it's what you most portray yourself as what you believe and have regards in. hidup pun jangan sekadar kau bernafas dan punya nyawa saja. hidup itu sendiri perlu ada nilai. jangan pula bila mana suatu hari itu kau sudah putus nafas- berederetan manusia hanya tahu menambah cacian selaku hadiah untuk menghantar kau ke liang lahad. mahu?

jika disebut tentang konteks pencarian identiti diri, semua orang akan cakap yeah2, i'm still looking and trying to be thoughtful at time being. walhal sudah terang2 kita itu datang dariNya dan akan pulang kepadaNya. entah apa asalan lagi yang perlu dikorek cari bagai nak rak. semuanya sebab kita malas nak menerima dan cuba menerapkan kepercayaan itu sendiri dalam2. semacam sukar sebab masing2 menduga diri sendiri.

semua orang punya rasa. punya jiwa yang kita pelihara dan belai setiap masa dengan urutan kasih dan sayang. ada masanya we feel so upsidedown sampaikan jadi putus harap untuk berterus dalam agenda hidup yang sedia terbentang. maka apabila meruntuhnya sesuatu genggaman kepercayaan itu, apa saja yang kau cuba kejarkan seperti hancur sudah tiada harapan untuk pulih dibeli ganti baru lagi. kononnya.

tarik nafas hembus nafas. fuhh2-

kekangan bukan kangkangan

aku bukan lagi budak biasa2. kadang2 rasa macam diri ni ada superpower. heh. contohnya terkadang boleh tahan pandang dinding dan siling lama2 sebelum tidur sampai tembus. atau berpura2 khusyuk menghadap lecturer sedang2 potpet2 di depan tapi otak menerawang jauh ke alam lain. jika ini kuasa luarbiasa superhuman. maka aku percaya kita semua ada kuasa itu.

belakangan ini aku rasa daya menulis aku semacam sedikit berkurang. i bet the life i'm holding onto semacam terlalu real yang membuatkan aku seperti punya terlalu banyak alasan untuk bermonolog bagai di ruang yang aku pamerkan di sini. or maybe too many things should also be left untold to the whole world. bukan cuba berbicara tentang kondisi ruang privasi itu; cumalah merasakan begitu. ah, ayat melalut sudah.

tiba2 tak tahu nak ulas apa berkaitan tajuk. it's like there is a whole big thing i was about to explode and rambles on each and every single thing happened; on things i felt on and all but then it just fade and gone. dem. kekangan ialah halangan. jadi ia bukan kangkangan yang mana mungkin ialah menjarakkan kedua belah kaki anda. mungkin ada kekangan untuk buat kangkangan bilamana tidak cukup stretchable lentok itu. heh.

atau ini krisis bila umur cecah 21? ah. aku rindu nak ngadap naruto semua episod tapi kekangannya ialah tiada laptop sendiri lagi. sebab jika2 ada laptop sendiri nanti dengan diablo lapuk tu pun aku install nak tatap. tu dah jadi kekangan baru. tiada kangkangan related di sini. tu pasal tajuk macam tu.

just get living everyone,
sekian.

kemalasan melanda

aku malas. malas nak buat apa2 saja. aku nak tidur pun malas. makan pun malas. ah, perlu buat apa ya? bosan weh. jadi bini orang best? ada macam makan nasi ke apa2 ke. heh. tapi hidup bukan macam makan nasi je.

benci aku test berderet2 pula nak kena hadap starting minggu ni. sampai la aku ketemu final at the end of april maybe. baru je melepasi pagar mechanic of machine. kira2 semua aku target 100peratus betul. yang teori kalau semua salah pun memang 100peratus gak kesalahan dia.

ahad ni aku akan test satu math IV (sepatutnya ini semester sit for math III tapi kononnya kesilapan teknikal kelas jadi clashed dengan CAD'CNC jadi kena drop ambil math lain). pada hari isnin pula ada test satu digital system. peh. minggu lepas tu ada test professional communication II (atau nama ringkas dia english) and the list goes on.

btw. besok maulidur rasul. aku dan rakan2 baru plan nak pergi karok rocknroll ini malam. tapi mungkin tak jadi bagi menghormati hari kebesaran itu. akan baca yassin dan kitab al-quran dan berselawat bersungguh-sungguh beramai2 mungkin. dan besok, aku akan mengenakan jubah berwarna hitam jika2 ada orang jemput aku tengok wayang dan sebagainya.

baru cun dan boleh jerit aww2!!

siapa2 rasa banyak duit nak jadi cun dan sopan; klik sini. tapi aku tak jual jubah hitam macam yang aku punya untuk pakai esok tu la.

mana boleh sama beb- ♥ <- - love2 gitu,

lancapan minda

'siapa nak pegang tangan aku ni?', jerit hati kecil beliau.

buat novel macam best, tapi gila macam tak sesuai gua nak mengadap laptop 24/7 berpensel berbukunota ke sana ke mari mencatat idea2 yang terjun dari pokok dan menyorok di balik pintu dan sebagainya.

laptop pun tak ada.

ciss, tak cool langsung jumpa duaribusepuluh pokai begini.
umur pun dah duapuluhsatu.

'gua malu tahu tak?', jerit sampai terkeluar anak tekak.

tapi tak ada dedigula pun tak apa. kaya dengan bahasa.
dan turut berbudi;

heh.

kaki cakap: perasan bagus tu bagus juga.

i call her mak

kalau dulu2 rasa susah sikit senang je. jerit panggil nama mak kuat2. mak datanglah pujuk. mak buatkan air milo ke. air susu panas sebelum tidur ke. atau apa2 lah janji kalau aku belek buku nak rajin membaca tiba2 akan ada saja habuan makanan dan minuman temankan di sisi. yang mungkin penyebab aku mula gastrik bila masuk sekolah berasrama penuh. tak cukup makan la tu, heh.

atau kalau2 tak siap homework, bangun tengah2 malam walaupun sebenarnya dah nyenyak tidur kes kepenatan main kejar2 dan lumba basikal bagai nak rak dengan budak2 lelaki sebab memang tak ada rakan sebaya perempuan berdekatan waktu itu. kacau mak duk tidur. heret mak sama2 stay up. padahal baru darjah satu. gila takut cikgu2 sekolah aku sngat garang amat pada aku masa tu. kalau sekarang jumpa semula mungkin boleh sengeh2 tunjuk gigi bongsu terakhir baru tumbuh barangkali.

ataupun kadang2 tu walaupun bukan ada di rumah dengan mak. jerit juga nangis sebut nama mak kuat2 tekap muka ke bantal dalam asrama bila rindu2 atau dalam keadaan susah. macam a miracle cure or something yang memang does the wonder. and dem how it works all the time. jerit panggil mak macam a chant yang buat magik tanpa sedar untuk redakan gelisah aku.

sekarang rasa susah sikit jadi macam rasa susah banyak. rasa nak tarik2 rambut, garu2 kepala, tepuk dahi, terajang perut, cubit lengan, pijak2 kaki dan lompat atas kati tak nak bangun2. bila susah hati aku banyak tidur. ini sindrom yang memang tak dapat dibuang apa lagi. dah sebati macam entah apa2. aku bukan spesis susah hati boleh makan chocolate banyak2. aku spesis susah hati aku akan mengantuk macam boleh pengsan tiba2 sebab malas nak fikir.

the harder it is bila how funny to say yang aku selalu je rasa mak masih ada. masih boleh nak picit2 keypad phone dan dial nombor telefon mak nak say hello how and are you. kononnya bertenang lah bila macam tiba2 kena jolt elektrik yang mak lama dah tak ada. padahal dalam tekak tu jadi kering macam pepasir di gurun sahara (bajet pernah sentuh). macam kena paksa telan pasir sampai masuk ke usus tak boleh muntah balik. then kena paksa lagi untuk senyum macam kambing sampai hidung tu kadang2 gatal2 nak berhingus tiba2.

like right now. adek miss you mak. gila lah. taip yang tu pun mata dah berair. nasi goreng tadi terlebih bawang agaknya. mungkin sisa bawang kat sudu tu kena kat tangan aku lalu kena kat mata aku. biasalah. kejap2 mesti la rasa nak genyeh2 mata kan kot2 ada terlekat tahi mata ke apa2. dah nama baru bangun dari tidur. oh, kenapa tidur banyak? soalan ditanya tanpa henti.


dear mom,
i'm gonna bloom alright ;)

-adek who got to be 21 on 22nd february 2010 bermonolog konon boleh sedapkan hati bajet diri dah mature enough to live well and on and on.

ah.

kamon la bebeh-

jam empat empat puluh lapan petang;

URGENT! Airasia Flight AK5295 from KOTA BHARU(KBR) to KLIA(LCCT) on 19FEB10 is now RETIME to 12:45AM(0045HRS).Sorry for the inconvenience caused.

jam lapan lapan minit malam;

URGENT! Airasia Flight AK5295 from KOTA BHARU(KBR) to KLIA(LCCT) on 19FEB09 is now RETIME to 01:05AM(0105HRS).Sorry for the inconvenience caused.

agak2 ada mesej lain menyusul tak? gua dah rasa nak humban semula semua baju2 gua yang baru borong dalam cuti satu beg besar tu atas katil ni.kalau tiba2 airasia punya FA cari gua lambat ke apa2, gua nak mesej kat dia;

I love you lah AIRASIA. You have to wait for me lah dear. i will arrive safely on board by the time you are going to close the door. No worry please. Sorry for the inconvenience caused.

boleh? oh. perhatikan error di mesej kedua yang urgent sangat tu. februari 2009? siapa2 ada mesin masa tolong kasi gua cepat!

kaki usap perut: gua perasan perut makin comel cuti kali ni.ada siapa2 nak mengorat?

mahu senyum nampak gigi

tangan ni terhayun kosong
kiri kanan dua2 kosong
mahu dikepal rasa kosong
dibuka luas tampak kosong

aku mahu cinta
sentuh genggam sebaik boleh
usapkan cinta ke satu badan
oleskan cinta di setiap hentian

kepala pusing
otak pening2
jalan terhuyung hayang
bagai mabuk kepayang

mabukkan cinta
dahagakan cinta

bisa aku cinta seorang dia seperti mana lagi
untuk bertaut tidak lepas walau lelah sesekali
berhenti mencari nafas dalam senyum nampak gigi

mungkin suatu hari nanti; ya2, nanti2.

kaki sendal pintu bagi angin masuk laju2: lama weh tak taip puisi ikut baris2 kat blog.rasa kelakar nak gelak terguling2, siapa nak join?

heh.terlepas nak update konon2 14th feb itu hari.kira ni lah update dia.oh,pengumuman sekali lagi.kalau2 kakak aku tak jadi ambil aku di lcct ini tengah malam,datanglah temankan aku di mekdonel bersengkang mata hingga ke pagi ya.

kalau ada orang nak tanya kenapa ambil tiket lewat malam, aku nak jawab dan jerit kuat2,

'SEBAB MURAHLAH!apa ingat aku cop duit?'

kaki terbelit wayar: buat muka gangster selet taik hidung di pagi jumaat.

pengumuman-

oh, btw. aku pulang ke negeri tumpah darah bertolak malam ni naik kereta tumpang jiran sebelah rumah. kira guy next door lah. i mean, guys-sebab 3orang. haha. juga bersama kakak aku. doakan keselematan kami semua terjamin di samping jalan raya yang tidak terlalu membingitkan keadaaan.

nak packing ni. satu beg galas cukup lah. buat apa banyak2. bujang lagi. keep it simple orang kita bukan aku kata. tapi serius tak tahu nak sumbat apa. sumbat nota2 ilmiah kasi tepu dan tumpat nak test lepas cuti raya cina sajalah kot. mana tahu tiba2 semua test markah 110%. mahunya dekan offer aku jadi lecturer. tapi aku takmahu pun aku cakap kat dekan tu dah.

aku nak solat ni. solat zuhur. malas nak pergi lecture math. sebab aku sangat rajin. sekali sekala bagi can kat orang lain sama nak jadi rajin bagus apa. jap lagi aku mungkin menampakkan wajah2 tak keruan seperti blur macam mana nak pergi ke taman melati selaku tempat berkumpul untuk bertolak dari situ.

wassalam.

kau ingat senang ke?

kau ingat senang ke
senang ke nak bermandi lelah
nak perah keringat bagai
nak jadi keras macam samurai

kau ingat senang ke
senang ke nak berhempas pulas
bukan macam main pulas perut
apa ingat aku suka jadi tali barut

kau ingat senang ke
senang ke nak jadi seorang aku
apa ingat seorang aku ni macam seorang kau
bukannya semudah menyedut tembakau

kau ingat senang ke
senang ke nak taip semua ni
aku dah lapar ni woi
kau takpelah semedang boroi

kau ingat senang ke
senang ke jadi seorang pelajar
rules sini sana macam penjara
letih aku fikir macam mana nak panjat menara

kau ingat senang ke
senang ke nak balas jasa parent
bukan macam main lontar guli
yang ni kena kerja keras dan bergaji

kau ingat senang ke
nak update blog dalam keadaan malas2
dahla laptop tak ada pinjam kawan punya
rasa cam bangang pun ada


pfft-

cukup2 saja-

sehari2 aku bangun dari tidur di subuh waktu secara paksa bermalas2 setelah bertungkus lumus cuba tidurkan diri di sebelah malam; kononnya. padahal sekali lentok terus lena. macam ada penyakit harus tidur sebanyak mungkin jangan bazirkan walau sesaat.

aku katakan pada diri dan sematkan bersungguh2;
'ini semua pilihan'.

aku maksudkan pada diri untuk membuka mata menyeluk poket harapan supaya mendapat perkara2 indah berderetan menanti selepasnya. memanjang harap untuk terus berharap. boleh dikatakan aku pernah berputus harap untuk berhidup terus itu. dan ia sangat dem.

betapa seronoknya masih punya asa untuk menghirup udara yang percuma ini sampai sekembang2 lubang hidung itu. macam kenyang lepas makan nasi. tapi hidup ni bukan macam makan nasi saja.

ada juga pilihan2 lain seperti spageti, laksa, megi dan sebagainya. smoothies, milkshake, iceblended dan kopi ais kaw2 pun ada. sekarang aku musim berjimat. makan total air tak boleh lebih rm4 sekali makan. oke la kot. nak cover duit aku hilang tempoh hari dan tunaikan wishlist aku yang banyak padahal ini tahun penjimatan aku.

jadi, untuk makan tengah hari aku makan total rm3 saja, air suam free. sebelah malam order nasi bujang rm2 dengan teh o ais rm1. lagi singgit kalau2 mengidam nak makan sweets dan junkfood setelah dikumpul2.

sekian.

im a spiderman.

setiap yang berlaku ada hikmahnya. dan putaran yang senantiasa bergerak pada landasan untuk kau alami secara bergilir2. JT kata what goes around comes around. AK kata itu karma. aku cakap ini hidup. hidup yang Tuhan sudah sediakan untuk aku, kau, mereka dan dia.

jika dibelek kembali lembaran2 lama yang aku tutup pakukan sudah, akan dilihat suatu kondisi di mana aku pernah ada di situ tertunduk lemah tak terbangun dari baringan lesu di jalanan; berwatak picis keseorangan - sunyi. bunyi2 sepi saja yang menemani aku siang dan malam. dengan sedikit sebanyak titis hujan yang dianggap refreshment untuk seorang aku; yang air matanya murah macam pelacur kelas bawahan.

atau untuk menjejak kaki merasai butir2 pasir halus di pantai. be it any pantai - aku kepingin sentiasa. to embrace the moment is more than what i'm asking for. or perhaps, untuk dipeluk dalam diam dan diberitahu yang everything will be ok. heh.

seorang aku boleh jadi seorang optimis. ataupun pesimis. seorang positif. ataupun negatif. seorang yang talkative. ataupun pendiam. seorang yang aktif. ataupun pasif. i could be anyone yang kau mahukan. yang manusia2 lain boleh tuding jari dan berbangga untuk punya kawan seperti aku. aku boleh.

tapi di dalam ini - deep inside; jiwa aku, hati aku, minda aku. bagai dirogol persepsi murahan senantiasa. dan aku malu untuk itu. malu sebab tidak mampu menjaga diri sendiri, walhal i am a damn good in telling people everything is gonna be ok. which is just konon at times-

kekosongan yang belum diisi? mungkin. but what i know for sure right at this very moment; untuk punya kepastian dalam memilih jalan hidup aku. kalaupun tidak dapat memilih, sekonyong2nya mampu untuk berfikir waras walau sejenak dari cebis yang ada. untuk bangun dari tidur walaupun mendapat nightmare dalam mimpi sebelumnya dengan senyuman comel dan berkata diri;

'ini semua pilihan - you choose'
with great power comes great responsibility-