wishing upon the stars

i wish i could be like a robot. bila bateri habis sudah, mati. caj balik, hidup dan bertenaga. tak ada perasaan. tak perlu main kayu tiga untuk tampak lebih berguna. dah terang2 tak ada malu apa nak berbogel sini sana. main raba2 pun cool2 saja tak perlu fikir dosa pahala. akal pun tak ada untuk bertanggungjawab fikir baik buruk dunia.

amacam?
tak2, ni bukan azam tahun baru gua. tak rock langsung.

kelantanese kata,
"tok rok doh ambo kalu lagu ni la caro dio"

dah ramai duk sambut ucap selamat datang duaribusepuluh dan lambai pada duaribusembilan. malas aku nak ulas banyak. rasa sama je? tapi duaribusembilan yang aku kenal ini, aku takkan mahu tukar dengan mana2 duaribuakandatang yang lain.

let it be it.
mungkin kena tunggu lagi 53hari aku cukup duapuluhsatu tahun mungkin.

banyak betul kemungkinan mungkin; ceh.

hagh!
tuanya.

kakak aku marah bila aku cakap masa harijadi ke duapuluh aku,
"waa,adek sudah tua!"
"habis awak nak cakap saya sangat tua lah?"

kaki basuh baju: otak macam makin kotor ni apa kes? lontar masuk mesin basuh baru tahu.

-

macam mana aku boleh selalu lupa yang aku auto-post certain2 entri dan kemudian comel2 terkejut buka blog sendiri?

ni malas berteknologi sangat ni.
nasib belum pakai berihitam, telefonsaya dan sebagainya.

tapi aku rasa penyebabnya ialah otak karat cuti lama2.
padahal sebelum cuti pun dah selalu macam gini.

11januari2010 dah nak mula sesi pembelajaran; padat otak aku macam ni.

kaki pening2:
entri ni pun auto-post juga, sepatut 1pagi 31disember,
tapi dah keluar terus ni apa cerita?

courage story

mencari keberanian dalam diri sendiri adalah antara benda2 susah yang cikgu tak ajarkan di sekolah dalam silibus pembelajaran. samada kau tahu kau di jalan yang benar mahupun tidak pun, kadang2 akan ada masanya untuk kau rasa takut2 untuk bertemu strangers sebagai kawan baru contohnya.

kalau tanya aku, banyak benda aku takut boleh berdetak jantung rebah ke lantai. seperti menanti giliran untuk dipanggil ke kaunter bank. kalau buat novel, aku boleh karangkan ayat;

"peluh2 jantan mula kelihatan di wajah comel beliau. degupan jantung kian pantas. kadar turun naik dadanya begitu jelas sekali membuktikan debaran yang ditanggung. matanya melilau ke segenap sudut ruang berpenghawa dingin itu. kemudian ditala ke skrin digital yang memaparkan nombor giliran seterusnya setelah bunyi nada TING kedengaran"

heh. bila menghadap sesuatu yang tak pasti. macam juga bila kau ke sana ke mari. we don't just greet every single person we met along the way. kadang2 bila kau senyum orang tak balas senyum tapi masam muncung mencuka pandang semacam pun kau dah tergugat sendiri. ada nasi terlekat kat dahi kau ke? atau bila kau tegur orang bagi compliment tapi end up tak dapat reply yang diharapkan.

tapi at least kau berani dude!

macam gaya aku lepas drive. masih ada sisa berbaki bagi vibration dekat jantung aku. tangan pun terketar2 macam masuk iceworld. siapa suruh lama sangat tinggalkan stereng tu? bila dah terlebih berani kereta pula tak ada. heheh. mengada.

ironinya; aku pun tak tahu apa maksud ironi. berani cuba guna! haha.

"saya budak baru belajar,
kalau salah jangan kejar"

wah. berbakat juga aku ni.

out of the blue,

gua tak jadi minta singgit sorang. sekupang pun jadi la.

"boleh?"
(nada paling lunak seantero dunia)

hari tu gua gelak besar bila tonton the nanny di hallmark. tahan perut comel kaw2. kalau tonton raja lawak di prima gua sekadar senyum nipis segaris saja (pinjam ayat novel).

siri di mana si fran dan maxwell berada di hospital kerana fran mengandung dan mahu cek itu kandungan yang fran kandungkan (ayat macam karma berulang2). kepada cikgu bm, sila jangan rotan saya.

nurse: lihat, ada empat kaki!
fran: haih, jenuh la saya nak kejar kalau dia lari (mengeluh geleng2 comel)
nurse: tak. maknanya awak ada bayi kembar lah sayang oiii. (oii ditekankan).

maxwell: ibu jari dia ke tu? (muka tertanya2 penuh tanda soal)
nurse: tak2. bukan.
maxwell: oh, memang anak lelaki saya. ehem2. (sengeh2)

nurse: yang sorang lagi agak chubby juga.
fran: betul ke? (nada tak percaya mata besar2) waahh. (senyum sorang2) memang (nada ditekankan macam oii tadi) anak perempuan saya.

dah selesai sesi scan. si fran duk termenung sorang2. ni klimaks aku gelak sebenarnya. dia duk bayangkan anak2 dia dalam kandungan dah besar. campur dengan anak maxwell tiga orang. total lima.

fran cakap, "apa la saya nak buat dengan lima orang anak ni?"

televisyen siarkan kugiran enam orang yang fran sebagai penyanyi, anak2 dia main instruments dan join sama menyanyi. yang bayi kembar dua orang tu sorang main drum, sorang piano tak silap aku. semua pakai baju merah. lama pula tu dia papar yang ni. sakit betul aku gelak lama2. nak tukar siaran tak mampu sebab memang nak tengok.

kah3

oke. kalau tak faham pun tak apa. just tolong hargai effort aku terjemah siap untuk lu orang baca tu. faham maksud effort? ingat senang?

ceh; letih la buat lawak orang tak faham.

brain functions

setiap hari celik2 mata saja otak kau dah melayang laju2 tinggalkan jasad yang masih duduk bermalasan di katil. bukan sengaja untuk kau memproses data segala, tapi sudah di luar kawalan untuk menghalang minda berlari ke sana ke mari. lelah bukan? kekadang dalam bermimpi pun ligat ianya berputar bagai menyelesaikan persamaan matematik dan kimia. nasib saja tidak dibawa bersama kalkulator ke alam itu.

aku penat.

muallaf - yasmin ahmad (arwah)

kaki gesek biola usang; mendayu2 bunyi dia.

cerita muallaf ringkas tapi padat dan sekejap cuma;
dan memang bila tepat2 satu jam setengah dah stop tu aku macam;

"eh?", terpinga2 comel.
tapi cukup untuk aku.

senyum comel2. tarik nafas, hembus. ambil feel, aha.

hall kosong je pada hari tayangan pertama.
heh.

"caro apo aku!", pisey gedebe bersuara.

live for the moment to the fullest

i will not waste a second of my time to regret of what i am now - measzy

jangan fikir berat2. ini entri ringan2 sebab aku lapar. lepas jumaat baru boleh makan join saudara mara sebelah pakcik aku dari johor. tak ada pertalian darah la kira ni. ehem2. segan yang amat aku.

kita semua berhidup atas dasar apa yang kita pegangkan. yang kita percaya. the steps you left behind, might not even got a clue on what the steps ahead. the reason; i believe in every precious moments in your life, you change. changes yang mendewasakan mungkin.

tarik nafas sekarang, tak dalam pun takpa setakat sejengkal dua. hembus sampai lubang hidung membesar sedikit, jangan banyak; tak comel.

kenapa manusia suka berharap pada manusia lain? walaupun pada sesuatu yang tidak pasti ke mana arah tuju perjalanan itu. we just do. why do we have to think of the unthinkable kan? just live for the present. and put a little plan in your mind for the future.

today changed me. or should i say, yesterday changed me? or the day before yesterday. two days before yesterday, last week, last fortnight and the list goes on. or i might also say, tomorrow will change me. also the day and day after that.

kalau changes untuk something better, kenapa perlu regret. dulu ada jual satu aiskrim ni kat koop sekolah aku. abang tu datang nak beli aiskrim senyum2 je. aku tahu aku sweet. aku panggil aiskrim tu aiskrim senyum2.

senyum2 jom!

ulasan tentang blogger cun tapi senget

dah tahu kan siapa?
tak payah bagitahu lah.

em.
nak kena label sorang cun sorang senget?
atau sorang senget sorang cun.

aku tak boleh link disebabkan sekuriti keselamatan orang hebat.

sorang tinggi sikit, sorang rendah sikit.
(tetap aku paling pendek. dem)
sorang terlebih cakap, sorang banyak cakap juga.

kalau sua makanan kat depan dorang ni,
sentuh sikit2 je,
sebab duk potpet2,
tapi then lu orang akan heart attack tengok cokelat korang pun habis sama.

oh,
jangan buat lawak ngan diorang;
nanti gastrik macam aku.
(padahal sebab sebulan tak makan ubat)

tapi yang untungnya tak payah susah2 pergi buat rawatan face lift,
pipi tegang sendiri.

nasib aku sakit2,
kalau tak diorang tutup muka dengar aku gelak cam setan.

em;
babai.

kaki goyang2: yang ni boleh? dah panjang sikit la tu.
perut buat2 comel: sakit. hormon la tu.
otak sengal2: buat2 pening nak mengidam makan masam2.

klu: diorang ada komen kat entri cucuk2 langit tu.
ala, yang cun tapi senget tu.

gaya cucuk2 langit

jumpa blogger cun tapi senget 2 orang!!
rahsia.

kaki menggelupur: diorang suruh update.

to be or not to be - william shakespeare

kecil2 dulu kalau orang tanya nak jadi apa, aku jawab nak jadi doktor, jurutera dan saintis. terutamanya waktu darjah lima dan enam; bila si guru menyuruh mengisi kolum2 cita2 pilihan dalam buku rekod sekolah.

mula tingkatan satu di sekolah berasrama penuh, otak hanya fikir main, main, main. aku bukan spesis budak yang akan homesick di malam hari dan sebagainya. apa perlu, setiap minggu dapat makan sedap2 berpiknik bagai dan stok makanan atas loker tak pernah habis.

di situ aku sangat aktif. walaupun masih belum menunjukkan diri sebagai seorang yang banyak cakap, tapi orang senang cam aku. senior2 cakap, 'ala, budak yang paling suka senyum tu'. comel bukan? ya, ya. aku tahu.

yang aku musykil ialah waktu itu, tika itu, aku sibuk dengan pelbagai aktiviti yang jika diberi pilihan waktu sekarang, sentuh dengan hujung kaki pun aku tak mahu. jawatan sini sana.

segala benda aku ada nama aku. contohnya nama di kedudukan sepuluh teratas setiap kali ujian selaras atau peperiksaan akhir semester. ya, ya. hebat bukan? awal2 pagi selepas subuh di hujung minggu aku sudah bersiap sedia comel2 di meja kelas menyiapkan tugasan apa2 yang perlu.

tapi tak bertahan di sepanjang pengajian di situ pun. ini tak penting, teruskan baca. jangan berhenti di tengah jalan; nanti kena langgar.

satu saja aku paling benci; buat nota sejarah. aku tiru rakan sebaya atau salin sebijik2 dari buku teks. serius tak tipu aku salin setiap ayat yang tertera di situ. kemudian buat ombak2 dengan pensel warna dan pen2 glitter pinjam dengan kawan. sampai sekarang aku tak reti dan malas nak belajar buat nota.

"ini pilihan saya!", nada macam dalam iklan.

dan kalau tak silap aku ada saja ketikanya aku bercita2 mahu jadi seorang penyanyi kecil2 comel dahulu. dan aku rasa situasi sewaktu kecil itu berulang lagi kerana sekarang pun aku semakin comel dan baik sopan.

aku tak dapat keluarkan lirik2 dari flybaits - mengapa perpisahan yang kau pinta dari otak sebenarnya. tiba2 jadi karangan entri sepanjang ini pula. kalau nak sedapkan ayat aku ni, aku nak je sebut 'celaka!'. tapi sebab aku sopan lagi comel, aku cool2 saja.

fuhh2; cau. (sing a love song - tak nak tiru encik cool, fu fu)

possibilities of making choices

dari pemerhatian aku menjelajah dunia blog, aku lihat, aku baca, aku jumpa ramai manusia satu spesis macam aku dalam mencari pengertian hidup. dengan cara masing2 , ia mungkin kelihatan berbeza penyampaiannya, tapi sebab2 yang kita masih berterus untuk hidup, ialah mencari identiti masing2.

setentunya kita semua datang dariNya dan akan kembali kepadaNya.

cuma dalam situasi menghadapi pelbagai keadaan yang ditempuh hari2 itu yang menjadikan kita manusia di kalangan manusia. dunia sekarang bukan lagi macam zaman sebelum. bapa borek anak rintik, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya.

tak dinafikan, sebab2 seperti itu masih lagi boleh digunapakai. cuma aku rasa, ia lebih kepada kesedaran seseorang itu sendiri untuk memajukan diri atau sebaliknya. kau boleh pilih untuk hidup bersuka2 melepak saja sampai tua. kau boleh pilih untuk belajar rajin2 jadi doktor contohnya.

tapi ada juga yang graf hidupnya mendatar saja. atau yang meningkat empat puluh lima darjah. jika aku dijadikan sebagai contoh, kau semua boleh main rollercoaster yang penuh liku2 mencabar yang boleh menyebabkan lutut kau tercedera bergesel semasa melalui rentetan graf tersebut.

walaupun jika dulu kau bukan pelajar yang bagus di sekolah, tak mustahil kau boleh jadi pelajar terbaik anugerah dekan di universiti. ini normal. golongan yang bijak pandai di sekolah dahulu mungkin terlalu genius untuk berfikir apa yang lebih dimahu dalam hidupnya. kemungkinan seperti ini, pilihan yang menarik, itu yang mencorakkan hidup kita semua.

jika dulu anak2 diarah disusun atur saja jadual hidupnya, kini kita boleh lihat berapa ramai graduan yang memutuskan sendiri halatuju hidupnya usai menghadiahkan sijil ijazahnya kepada bapa dan ibu mereka. ah, macam dalam iklan di televisyen itu.

sepertimana jika kau pilih untuk berdiam diri atau bersuara. untuk mencarut sesuka hati atau berzikir sepanjang masa. memperbanyakkan dosa atau pahala. timbangtarakan apa yang kau mahu dalam hidup itu, dan buatlah pilihan dengan betul. kerana hidup kau bukan tentang kau saja putarannya. fahamkan dengan baik.

aku rasa, jika aku bukan di sini sekarang, mungkin aku terjerumus dalam lembah kekusutan yang melampau2. belum sempurna pemahaman hidup yang ada. sebab itu aku teruskan saja. masih banyak yang perlu dikorek dalam2.

heh; bajet bagus betul.
padahal macam orang gila duk cakap sorang2 dalam bilik.


"apa nak jadi?apa nak jadi?sampai sekarang tak kahwin lagi~"

kaki geli2: 22hb 1145am aku terbang ke kuala lumpur dengan sayap gergasi. siapa2 nak kasi tiket avatar dengan mualaf dipersilakan dengan hormatnya. kalau segan2 tutup muka.

it just take a while

ambil seketika dari masa kau. pejam mata rapat2. tapi sebelum itu, pastikan anda bukan sedang;

1-memandu kenderaan,
2-mengendali mesin berat,
3-mengusha awek di stesen bas,
4-mendail nombor di telefon,
5-makan nasi ayam,
6-menaip entri di blog,
7-skipping,
8-dll.

melainkan anda memang mahu tidur, sila teruskan aktiviti yang anda lakukan dan jangan endahkan apa yang tertera di sini. jika tidak, anda mungkin akan kehilangan nyawa, terpotong jari, awek lari, salah tekan 999, tercekik tulang ayam, syok sendiri, tersembam ke tanah.

kalau nak pertikai kenapa aku list down kan satu sampai tujuh sahaja, sila isi sendiri nombor lapan ke infiniti. apa ingat aku tak ada kerja lain ke?

sekian, gua nak tidur. jangan bising.

a question for everyone, raise your 'finger', no-no, not the middle one!

aku nak tanya kamu2 semua lah. yang tak mahu jawab pun tak apa. ini bukan paksaan. em, lupa la pula. kalau paksa2 tadi dah ingat. biasa la. amarah orang kata meluap2 brader cik kak semua. btw, think about the future and the present which is now. and why? eh, dah dua soalan.

siapa nak jadi terlebih kaya compared to now dalam masa 4-5 tahun dari sekarang dalam misi visi target dan sebagainya, sila angkat jari manis masing2 sekarang!

babai.

kaki menyorok: hajat nak tanya dragonball ada berapa biji? saja buat2 lupa takut kena lempang.

chris vadham - hanya nyanyian dalam sepi

Jangan kau hujani dengan pertanyaan
Kerna pasti akan mengecewakan
Fahamilah pengertianku ini
Setiap insan punya perasaan
Setiap cinta perlukan pengorbanan
Walau sekejam ini yang kulakukan
Sanggup berpisah demi kemanusiaan
Asal kau bahagia oh masa depan

( korus )
Cintailah dirinya kerna dia lebih sempurna
Apalah ada padaku, hanya nyanyian dalam sepi

Renungilah sejenak bintang nan antara
Belian dengan kaca mana lebih berharga
Pandangilah keatas keluargamu di sana
Turutkanlah kehendak mereka
Kerna ku sendiri menyanyi dalam sepi
Anggaplah diriku sepotong mimpi
Usah kau tangiskan pada perpisahan ini
Pergilah kepadanya selamat tinggal

kaki sengal2: sepi betul bila karok lagu ini petang tadi. hagh!

actually, gua karok ni petang khamis. salah tarikh publish. well, gua bukan kerja bahagian publishing bloggerdotcom pun. petang tadi gua sibuk menjahit sampai tertidur. ayu bukan? siapa nak tuju lagu hey si gadis yang manja tengteng tengteng, silakan.

creep - radiohead

When you were here before
Couldn't look you in the eye
You're just like an angel
Your skin makes me cry
You float like a feather
In a beautiful world

I wish I was special
You're so fucking special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here

I don't care if it hurts
I want to have control
I want a perfect body
I want a perfect soul
I want you to notice when I'm not around
You're so fucking special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell I'm doing here?
I don't belong here

She's running out again
She's running out
She runs runs runs
Whatever makes you happy
Whatever you want
You're so fucking special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here
I don't belong here

kaki berwajah hensem: gua pun tak percaya gua layan lagu ni. zaman lama ni. ala, yang gitu2 tu.

if only i could

kalau boleh. aku nak buat perubahan besar pada dunia ni. contohnya semua orang harus bayar wang kepada aku satu ringgit sehari. every and each living person. kalau yang belum bekerja dan bayi sebagainya, maka si golongan ibubapa dan penjaga lah yang bertanggungjawab melakukan pembayaran cash tersebut. tak kisah lah warganegara malaysia atau kerakyatan palsu atau apa2 lah. asalkan kau bernyawa. ha, gimme2.

oh, jangan risau. no need to datang jumpa aku hari2. aku pun malas jumpa korang selalu. bosan juga weh hidup macam tu. bank in saja cukup bulan. ala, macam gaji tu. atau sistem gaji macam mana? sistem banyak sekarang. online saja. kalau zaman2 awalan internet dulu orang kata dunia di hujung jari, cewah.

kah3

heh.
if only i could lah

duit oh duit; macam mana gua nak grab title shopaholic of the year macam ni?

filem pengorbanan oleh cik pisang comel

pengajaran filem terulung kali ini;
- kerjasama sesama manusia dalam satu tujuan
- berkorban apa saja. wang ringgit dan sebagainya untuk tujuan yang baik
- berseronok berpada2. mati itu pasti.

gua selaku tuan direktor mohon maaf kerana ada sedikit kesilapan teknikal dalam pembikinan trailer ini dan gua bukan kurang bajet nak kerahkan tenaga kerja edit semula, tetapi membazir masa itu tidak baik. why not kamu2 scroll sendiri dari bawah ke atas ikut susunan nombor. semua pandai2 bukan? aha. sekian dari pihak penaja.

9- lagak gaya hero pertama dan kedua di zaman muda-mudi. keh3. aku pun baru terfikir. sama pula baju hitam dan putih budak2 ini dan budak2 besar sikit di bawah ini. haha. oh, ini poster depan filem itu. jangan ketinggalan untuk menyaksikannya di alam imaginasi sendiri. masuk percuma.

8- tamat trailer filem ini. jejaka kacak bersinglet putih itu heronya. cepat kirim salam! yang di kiri berbaju hitam itu hero kedua. biasalah. macam filem korea. di sebelah kanan itu dua orang heroin sedang berdiskusi.


7- di saat2 azab nyawa beliau diambil. meliar berguling sakitnya mati. waktu ini rentetan filem view secara slow motion. dengan muzik latar yang bukan agak perlahan, tapi sangat2 perlahan. azan turut berkumandang.

6- ah. bagaimana bengis dan hebat pun beliau, tumbang juga akhirnya setelah berjaya menyondol beberapa manusia di tempat kejadian. seperti juga manusia sesama kita. setinggi manapun martabat kau, ke tanah jua akhirnya beb. bismillahirrahmanirrahim. semoga aman beliau di sana. (kat sini ada selingan bunyi2 tangisan anak2 dara berkain batik dengan makcik2 makan sireh)

5- cool seperti ini gayanya memerhatikan budak berseluar bunga2 itu di depan beliau yang sedang bercekak pinggang. mahu pinjam katanya. tapi budak itu jawab tak boleh dengan bangga. berani la macam tu. mentang2 beliau sudah kena ikat dikaki! huh. (sound efek seperti adegan buaya dan jerung kejar mangsa2 dalam cerita mat salleh tu)

4-ramai2 mahu kontrol macho bermain tali lembu paling bengis atas muka bumi (tapi lembu gaya cool saja. ya, beliau cool amat.siap nyanyi daddy2 cool gaya cucuk2). aktiviti bermain acara tarik tali berlangsung agak lama juga. gua sebagai direktor sangat penat ketika aksi ini berlangsung. mahu taknya jika beliau yang bengis menerpa ke arah gua. hah, boleh hilang kredibiliti. gosip panas.
3-lembu paling bengis atas muka bumi mahu beraksi. di kiri kelihatan pakar penjinak lembu paling hebat mencuba gaya ala2 koboi untuk mendapatkan beliau yang bengis. geng2 di sebelah kanan berteriak memberi semangat padu malaysia boleh kepada si penjinak. (muzik latar fikir sendirilah. macam cerita back to the future kot)

2- lembu paling manja yang telah tumbang. semangat bekerjasama berganding bahu tolong menolong amalan mulia dilaksanakan di sini. golongan yang muda datang untuk melihat dengan lebih dekat walaupun tak pandai. tak mengapa. belajar! pedulikan seluar yang mencari publisiti itu. padahal memang gua sengaja snap seluar itu pun. (lagu bokojolah kito sekueknyo berusoho lah kito sekueknyo dengan efek drumroll)

1- mengintai lembu paling bengis atas muka bumi. ramai2 soksek soksek bercakap bicara tentang menu apa lembu itu akan disajikan sebenatar nanti. ada yang mahu digulai. ada yang mahu steak. masak sup. gearbox. aladrift. deskboard dan sebagainya. ikut suka. hari mulia.

life is all that

kadang2 terlupa yang kita ni manusia biasa. cuba berfikir lebih2 sampai sakit2 kepala bagai yang boleh mengakibatkan undangan kririkal yang lain. di bawah sedar kau sebenarnya hanyut. di bawa arus deras yang tiada penghujung. kendian terjatuh ke jurang yang dalam. tenggelam. kau lemas dan mula bagai nak putus nyawa peritnya.

sakit. kau tahu jika kau meraung buat seluruh dunia pun bukan ada siapa yang akan berpaling nak tadah telinga untuk jeritan seterusnya. cepat2 sumbat earfon untuk dengar lagu power rangers dan doraemon mungkin. ligat macam mana pun pergerakan kau, kalau kaki dah tersadung sekecil2 batu pun tak seimbang juga namanya.

agak kelakar kadang2nya kau fikir yang hidup orang itu senang. hidup kau susah. atau sebalikya. suka2 hati saja buat kesimpulan bagai. walhal lontaran itu bukan tepat pun. ia lebih kepada untuk menyedapkan hati sendiri dan cuba keluar dari kepompong jiwa kacau. hakikatnya hanya Tuhan yang tahu.

contohnya seperti mengucapkan maaf dan mengakui itu kesalahan kau. padahal dah terang2 bukannya dengan maaf itu akan boleh memutarbalikkan kejadian atau apa yang berlaku. tapi itu hanya for the sake of your own good untuk berasa lebih selesa kononnya kau dah lakukan yang terbaik. well, it doesn't.

hidup aku kini banyak tidur dari makan. jika aku kata aku makan nasi 3x sehari dan ada selingan megi dan sebagainya juga. fikirlah berapa banyak dos tidur yang aku amalkan. bila stress aku tidur. jadi adakah ini menampakkan aku banyak stress? aha. tidak sama sekali. it's more to pamper myself.

mungkin.
_
cau.
nak ngap femes emes sambil guling2 macam tenggiling atas katil.

mungkin nanti

hari2 bermalasan begini di rumah betul2 buat aku bingung seketika. well, agak lama sebenarnya untuk beberapa tika. otak macam lembab semacam. tapi masih ligat dalam permainan mata bukan keranjang misalnya. dan serius aku katakan aku betul hilang idea nak menaip bagai di sini.

nak kata hidup senang2, tak juga. banyak yang aku fikirkan seperti masalah bom nuklear, senjata kimia, pasang surut air laut, cara2 makan banyak tapi berat makin susut, bagaimana gaya kucing aku mengambus tanah setelah ehem2 dan sebagainya.

dah beberapa hari tersentap disentap terlempang ditampar dan dihentak bagai dengan piza, spageti dan megi buat aku rasa kenyang saja. kenyang dengan keperitan. letih bila banyak berfikir. rasa nak mampus bila terlebih tidur diulit mimpi2 bukan ada jejaka kachak tetapi dikejar sinyu dan giant misalnya sibuk nak pinjam perut comel aku.

but, alhamdulillah. demam dah ease. tapi aku masih hairan sorang2 sebab banyak kerenah pula kepala aku yang berat ni. bukan sakit semacam tapi bermacam2.

ingatkan selepas mengenakan spek mata hitam ferragamo sepuluh bukan juta2 tapi ringgit yang aku beli di kedai bertentangan pkns bangi itu hari akan oke2 saja tapi salah rupanya tekaan aku. susah nak mengakui aku salah beb.

tapi memang aku salah ni.
angguk2 comel dengan wajah yang tersangat comel; pasrah.

tapi hari ni feeling dia lain macam. seronok ada. letih ada. menyampah nak sepak2 orang ada. gelak sampai perut terburai ada. berdebar2 ada. rasa nak kejar2 orang ada. mungkin sebab dapat melepak sama dua orang manusia aku gelarkan kawan yang mari. mungkin sebab makan mekcikken dekat mekdonel antara jam dua belas hingga tiga petang. mungkin sebab dapat borong tshirt sebanyak sembilan helai dengan harga murah. mungkin sebab ketemu kain cotton corak lawa banyak2 tadi buat aku terfikir nak masuk rancangan gadis melayu misalnya.

mungkin juga sebab bersebab yang deep inside aku saja yang tahu; diam.

well, at least aku pulang ke rumah dengan mendapati ada suatu bungkusan kecil comel macam aku di atas meja. aku rogol dia dengan rakus. aku sengeh2 macam kerang busuk. melompat macam monyet dapat bunga. gigit sana. gigit sini. selak itu. selak ini. pergh.

siapa tak happy dapat parcel kiut2 dari german. antara isi dalamnya ialah bukan seutas jam tangan licorn. satu bungkusan kuning dan satu lagi kotak warna putih. satu ferrero giotto dan satu lagi ritter sport. aha. sila gugel sendiri itu apa.

kehadapan cik ain tersayang;
aku sayang kau lebih bebeh. maaf. tak sempat nak reply emel pagi tadi. dan malam ini juga aku tak larat weh. kepala berdenyut2 sudah. nak karang emel kena bersemangat sihat2 kan? huhu. dah nama emel berinti karangan 37 perenggan.

kaki lenguh banyak jalan: siapa bosan jomla berutus emel dengan aku. serius akan terpikat dan nak pos coklat banyak2 pada aku.

------------------------------------------------------------------------
mungkin nanti (lirik) - peter pan yang ada ariel itu (video)
imbau zaman2 gua nyanyi perform lagu ni pakai instrument.
ada percaya?
please please please, kamu jangan nakal (tangan joget2 comel);
semua radio pasang lagu ni tadi, tiba2 gua hafal. dem!

a dose of reality

setiap orang punya kisah hidup sendiri. kelat, pahit, manis, ceria. it all mixed up in one to make one. kau tak boleh nak kata hidup kau gelap saja langsung tak ada cerahnya. kau juga tak boleh nak kata hidup kau setentunya terang saja tiada walau secubit gelap.

hari ini. hari semalam. hari esok. dan esok2. tak dapat nafi untuk kita elakkan segalanya. langsung tiada alasan untuk berbuat demikian. jangan pernah cuba mempersiakan mereka2 yang hadir dalam hidup itu.

dalam mencapai tujuan dan impian, pelbagai halangan dan dugaan mendatang. kau hanya mampu melihat. bila cuba mengukir senyum, ada saja yang mencuri kembali. kau akur, kau benar kerdil.

bernafas hari ini, tidak menjanjikan hari esok. mungkin yang tinggal hanya hembusan nafas saja. kekuatan kau hanyalah pada pegangan2 tangan yang senantiasa ada di sisi. pedulikan mereka yang mencaci; hanya segelintir manusia bodoh.

tak mengapa untuk sedikit terlewat sampai ke destinasi, asalkan apa yang dituju itu dicapaimu erat di pengakhirannya. bukan genggaman lemah yang mampu terburai leka.

teguhkan perisai; hadapkan dirimu. realiti bukan seperti mimpi yang berbunga2. kadang2 lebih mengerikan dari apa yang akalmu termampu.

sekian.