a dose of reality

setiap orang punya kisah hidup sendiri. kelat, pahit, manis, ceria. it all mixed up in one to make one. kau tak boleh nak kata hidup kau gelap saja langsung tak ada cerahnya. kau juga tak boleh nak kata hidup kau setentunya terang saja tiada walau secubit gelap.

hari ini. hari semalam. hari esok. dan esok2. tak dapat nafi untuk kita elakkan segalanya. langsung tiada alasan untuk berbuat demikian. jangan pernah cuba mempersiakan mereka2 yang hadir dalam hidup itu.

dalam mencapai tujuan dan impian, pelbagai halangan dan dugaan mendatang. kau hanya mampu melihat. bila cuba mengukir senyum, ada saja yang mencuri kembali. kau akur, kau benar kerdil.

bernafas hari ini, tidak menjanjikan hari esok. mungkin yang tinggal hanya hembusan nafas saja. kekuatan kau hanyalah pada pegangan2 tangan yang senantiasa ada di sisi. pedulikan mereka yang mencaci; hanya segelintir manusia bodoh.

tak mengapa untuk sedikit terlewat sampai ke destinasi, asalkan apa yang dituju itu dicapaimu erat di pengakhirannya. bukan genggaman lemah yang mampu terburai leka.

teguhkan perisai; hadapkan dirimu. realiti bukan seperti mimpi yang berbunga2. kadang2 lebih mengerikan dari apa yang akalmu termampu.

sekian.

17 comments:

pencubit said...

strive it well;
see it for yourself.
;)

ellenyna said...

yes, i agree with what you're trying to say !

Cik Biol said...

aku setuju sgt2 dgn kau

LORD ZARA 札拉 said...

reality kadang2 bisa membunuh~

chah~ said...

aku angkat sepanduk SETUJU!!

jo said...

life ain't easy..

mamai said...

kalau usaha mungkin mimpi boleh jadi realiti....

i'msosupernotcool said...

mamai was rite..
realiti selagi logik pasti mmpu dicapai..

.millalara. said...

terkadang kita berharap impian menjadi realiti hingga kita letakkan diri dlm keadaan tertekan untuk menggapai impian tu kan..

acap said...

tp gua suka tgk realiti tivi.
macam shati berdansa.
hahaha

chokio_nia said...

sememangnye realiti menyakitkan..jika ko mimpikan menda indah..tapi kalo ko mimpi menda menyakitkan, mungkin realiti akan jadi lebih indah..terpulang..huhu

hans said...

betul2
tapi suatu masa kita rasa benda tu menyakitkan
tetapi bila kita ingat kembali, benda yang menyakitkan itu sebenarnya benda yg indah

Ries Lee said...

nak yg indah.
berfantasi saja.

Daffodil D said...

biar lambat asal selamat? ah, bisa nggak? :D

~0~ said...

itu la hidup nie...

seroja jingga said...

sangat bagus ini..kata2 penuh makna

h.a.n said...

menanti indah itu bermakna