hopes

how shattered your dream is; keep going. -measzy

dalam hidup, kau selalu fikir yang hidup kau sepi saja. tiada teman untuk bicara secara terus. tiada manusia yang boleh faham diri kau. walhal kau suka tutup pinta bila ada yang mengetuk. pada kau mereka2 tidak benar memahami.

jarang2 sekali, sebenarnya kau juga akur yang hidup takkan boleh seorang2 saja. ada kesempatan, kau juga seperti mereka yang lain. menutur bicara mencerita lelah yang kau tanggung tanpa kau sedar. kau bukan ego untuk tidak bercerita bagai dengan mudah.

tetapi masih pintu itu kebal saja rupanya. tiada yang mengetahui apa di sebalik fizikal yang kau tonjolkan sini sana. kau benar mahu meluah segala, tapi kau tidak mampu. tidak mampu untuk memperjudikan perasaan sendiri dari diperlekeh manusia lain. mungkin kepercayaan itu yang kau agungkan.

kau pandang sekeliling. kau lihat makhluk2 yang mendiami. kau lihat bangunan2 pencakar. kau lihat asap kenderaan berkepul2. kau hanya mampu menggeleng lemah. tiada kudrat lagi. benar bingit.

namun kau gagahi untuk pandang lagi.

kau terdiam membisu. bila mana mata itu melihat awan berkepul2 berarak tenang. langit membiru terbentang. lautan luas berombak bagai. hutan hijau yang melambai. kau tenang dengan pepasir yang halus itu. hujan yang turun kau redahkan. bagai mencuci jiwa kau yang merundum.

di penghujungnya. kau mampu tersenyum bila sudah ketemu sama apa yang kau cari selama itu. apa yang kau harapkan selama ini.

untuk punya seseorang yang kau boleh berpegang kemas bukan senang. kadang2 pegangan itu akan longgar. sama ada dilepaskan, ataupun kau tak kuat lagi untuk eratkannya.

ramai yang menduga diri sendiri kerana tak punya orang istimewa yang boleh dibanggakan sini sana. jika kau mahu, teruskan pencarian itu. jangan berhenti untuk percaya; kerana orang itu ada. masa akan seronok bermain dengan kau lagi2 bila kau mudah hilang sabar dan percaya diri.

jangan berhenti berharap.

jalan terus;
jangan pernah belok.
kerna walau penuh liku sekalipun;
bila kau sudah kuat,
dengan senang kau mampu tegakkan jalan itu.

15 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

dan kadangkala, bila kita perlu belok, kita harus merenung apakah itu adalah cara terbaik, laluan terbaik yang dapat kita pilih~

hans said...

jangan berhenti berharap sebab kehidupan masih panjang dan Allah itu maha adil lagi penyayang

penaberkala said...

kadang2 Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat,
kita tertanya-tanya kemana hilangya mayahari,
rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi

pisey,jgn berhenti berharap!

{lumut} said...

bukan tak boleh berharap pada yang tidak nampak,tp jgn lah berharap pd yang memang tiada...

kejar benda dihadapan..
pisey ok x????

h.a.n said...

harapan yang sudah mati susah untuk dihidupkan...
tapi jika kelahiran semula itu masih ada...
apa salahnya...membuka buku dan helaian baru...

Cik Biol said...

bile harapan itu bkn yg sepatutnya mmg patut kita berhenti berharap sblm luka bertambah dlm..

Solehah said...

wah..sungguh puitis..

mamai said...

jgn putus berharap dan jangan putus untuk berusaha

.millalara. said...

terkadang kita putus pengharapan bukan kerana putus semangat tapi kerana terasa diri tiada diperlukan..

♥chentatiku♥ said...

demi cintaku,
demi cinta yang ini,
demi diriku sendiri,
cinta aku adalah...

realiti, ibarat kemudian isyarat
tahu, temu kemudian tunggu
bayang, singkap kemudian senyawa
lena, jaga kemudian mesra
hati, akal kemudian sangkal
saksi, ungkap kemudian terperangkap
sungai, muara kemudian samudera
rasa, bicara kemudian binasa...

kemudian setelah kemudiannya,

larut...

terus melangkah tanpa henti, okay!

chokio_nia said...

siyes aku tatau nak komen cmne ne..aku dah cbe mencari..aku dah jumpe ape yg dicari..tapi hati aku plak tak yakin dgn ape yg aku sudah temui..kdg2 aku rase, itu hanye mainan perasaan aku yg terlalu takot ditinggalkan..jadi aku cube bertahan..aku masih mencube..smpi ke hari ini..smpi ble??aku pon tatau..

i'msosupernotcool said...

i'll keep lookin..
n keep searchin..
watev happn i wont look back..
coz i noe u'll b there..
stand proud on my side..
hold me tight till the day i die..

w the fk aku ngarut nih..
btw thx drop at my blog..

~0~ said...

jalan liku2 layan corner baring best jugak...

cikTi said...

jika dtkdirkan ia milikmu,,
jz go on.,
jka x,,tnggulah smpai satu2 mse kau menemui ssuatu

pencubit said...

selagi masih bernafas;