existence

aku tak pernah kiaskan hidup aku sebagai sesuatu yang mengasyikkan. maksud aku di sini, selalunya aku lebih suka portray life as something yang menyakitkan.

sengsara. mungkin kerana atas dasar kononnya aku memahami hidup dengan mendalam setelah tenggelam timbul dalam sebuah kegelapan dahulu. mungkin.

sepertimana jiwa kau berfungsi menangkap setiap bait kata perisa, gambaran eksotik ataupun dendangan eksklusif yang boleh melekat pada kau. bukan seperti otak dengan duit yang bagaikan magnet saja.

persoalan kita untuk difikir olah dengan dalam ialah bagaimana mahu meneruskan hidup. bagi mereka yang terhampar segala kesenangan kemewahan di depan mata mungkin mudah saja.

bagi mereka yang seluruh kehidupan menelan pasir pula adalah suatu cerita lain. pasir pun boleh jadi kaca yang berkilau tampak cantik. ataupun pembunuh kejam.

hari-hari aku dapat mengenal pasti pelbagai perubahan baru sama ada pada aku, dalam aku, pada kawan2 dan juga kau semua. semua ni bukan kita2 tidak perasan. cuma untuk mengakui sesuatu itu suatu kepayahan untuk ditelan kadang2.

aku fikir. untuk menjadi seseorang dalam hidup seseorang itulah perkara paling seronok jika berjaya untuk jadi gembira. gembira yang kau boleh bangga2kan. sebab kau punya manusia lain yang akur dan mengakui yang kau merupakan manusia penting dalam hidup mereka2.

tapi;
menjadi seseorang dalam hidup seseorang bukanlah sesuatu yang mudah.

well. senang saja jika kau gemar untuk menjadi manusia yang dibenci semua. heh. yang ni memang kau exist dalam kamus diari semua orang.

nota kaki: gila kelat lidah aku tak habis2 lepas makan ulam jering dengan budu tadi. sepatut tambah lagi nasi tadi.

18 comments:

Ries Lee said...

puitis nyer pisey...

pencubit said...

to approve people dalam hidup kita pun bukan mudah. it also goes the other way.

usually.
well,
sometimes maybe.

~@k1 is @utuMn!~ said...

agree ngn pencubit...
so take it slow n easy...

penaberkala said...

makan nasi ngan budu hujan2 ni sedap jugok

jo said...

tapi aku ada satu masalah nak kenal pasti perubahan sekeliling...

aku memang jenis 'lack of sense' lah..

seroja jingga said...

bila kita sedar yang kita ni
adalah sebahagian dari hidup
orang lain..lagi susah..bukan sahaja
nak membahagiakan diri kita,..
tapi jugak untuk orang itu.

akak suka ini!

told la hejauw said...

ak xpnah mkn budu...ap rase ek??

pisey said...

to ries.

ingat ko nak cakap aku putih tadi.bhahahah.

pisey said...

to pencubit.

all the time pun maybe juga
;)

pisey said...

to aki.

take it slow - estrella.
=)

pisey said...

to pena.

hom!
kalu ado sup wat hirup sekali hok panah2 nge budu dale2 sejuk2 ni gak......

pisey said...

to jo.

takpa.
aku tolong sedarkan from time to time.


oke?

pisey said...

to kak jingga.

perkara paling seronok dan best atas muka bumi ni ialah bila kita tengok orang2 yang kita sayang, suka, care itu bahagia.

glad u like it :)

pisey said...

to hejauw (hijau ke ekceli?)

budu.
rasa dia bila kau makan.

pergh!
haha.

depends;
ada orang tak suka rasa ini suka rasa itu. dan bla3. seperti ada tak makan durian. ada suka gila. ada bla3, ada blah3.

aku golongan orang yang telan segalanya!

hans said...

penuh makna tul
yups
senang untuk jadi manusia yg dibenci
tapi susah untuk jadi manusia yang disukai

chokio_nia said...

memang btol pon..sgt susah menjadi seseorg dlm idup seseorg..tapi kte punya akal dan minda bukan??jadi gunakanlah dan berusaha ke arah itu..wah2..apekah aku merepek ne??

p/s: aku dok cek email aku, tade pon ko bg alamat..0.o

pisey said...

to hans.

haha.
tak ada makna nak tulis susah2 benda tak ada makna.
erk?

=)
why not start with loving yourself?

pisey said...

to ain.

haha.
dah macam tulis surat da emel2 kita.dekat di hati orang kata.wakakak.