serenade

aku benar mahu. mahu berada di sudut itu.

biar semua kosong. biar hilang segala lelah. jerit rintih tak kesampaian juga. melihat paparan bisu di sekeliling buat aku selalu terfikir akan hala tuju hidup. filem realiti seperti ini mengajar aku macam-macam. terasa diri ditempelak dengan pelbagai ulasan tamparan hidup.

bukan senang nak hidup. bukan senang nak teruskan hidup. bukan senang nak alami hidup. kesenangan yang ada pada kau tak semestinya ada pada penghidup lain. begitu juga setiap kemahuan yang kau tutur aturkan pada bicara.

kesungguhan untuk menghebah sesuatu kefahaman dan kegembiraan itu adalah sesuatu yang perlu bagi menceriakan keadaan sekeliling. pun juga harus dihatikan dengan baik agar tiada terpesong dari tujuan asal. kerna tak semua antara kita sama merasa.

mengatur hidup bukanlah suatu pilihan yang mudah. ramai antara kita lebih berkemahuan untuk meneruskan saja tanpa had. kebebasan untuk melaksanakan akiviti yang digemar disuka tanpa penghalang.

bila mana kau tidak merasa susah itu, setentunya kau payah untuk memahami hidup itu pula. what goes around goes around or might comes around someday. terpulanglah untuk percaya pada karma dan sebagainya.

kau ke sana ke mari cuba mencari seorang duplikasi diri kau. untuk dibuat side mirror kepada dosa pahala yang kau lakukan. well, hampir semua orang di antara kita-kita mahukan kesempurnaan dalam kecacatan yang ada.

bila sudah muak melayan otak berfikir itu ini. bila sudah letih nak buka mulut tatkala yang diluah itu terpaksa ditelan kembali. sebab kadang2 aku, kau dan mereka tak sedar diri. tanpa sedar itu buatkan segala yang lebih penting dipandang remeh.

final aku dah tamat, bosan pula tak ada kerja nak buat sehari-hari. otak banyak jalan. kaki banyak jalan. ngantuk tak mahu tidur pula. lapar tak mahu makan pula. ngada-ngada.

hanya mahu melayan serenade.
tidur semua.
bye.


serenade in the night
from the past comes to haunt me
when i hear that refrain
oh my heart aches again
for the love lost of mine

mantovani by bixie and cherubini


7 comments:

siggplus said...

aku akan serenade setiap malam..

bila hati kosong, mudah rasa gundah, mudah rasa sensitif

adakah aku wanita?

Luna said...

after a few hours of our conversation, you told me you only sleep when there's someone singing. so i sing to you a song called 'strange'. then i heard no more sound coming out from you.

-monkey to millionaire

{lumut} said...

bila mana kau tidak merasa susah itu, setentunya kau payah untuk memahami hidup itu pula.

aku setuju...bukan sunang utk faham ape itu hidup.dan bukan mudah pula untuk kita men"tackle" hidup.

bagus entry ni..
ayat kau best.
mkn jgn xmkn!!hehe

mamai said...

tak susah pun nak hidup yang susah bila kita tak mahu hidup masa kita masih lagi hidup

acap said...

sedak la ore abih prekso gak

chokio_nia said...

lah pulak..abes peksa bosan ke??meh dtg lawat aku..hehe

seroja jingga said...

bila terpaksa menelan kata kata sendiri..itu amat sakit!

entry yang bagus