ini semua tentang pilihan

hidup tak selalunya indah.
halangan,dugaan juga antara perisa2 yang ada dalam hidup kau, aku dan kamu2.

jangan kau anggap hidup kau terlalu bahagia,
atau meratapi kekurangan yang kau punya.

Tuhan itu Adil.
Dia tahu segalanya.
dan jangan kau persalahkan takdir pula.
bila kau yang malas berusaha.

live well or live hell?
you choose
-hlovate; rooftop rants

kau pilih.
dan oh ya.

bila mana kau juga di antara manusia yang selalu, jarang2, kadang2 atau mungkin tak pernah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan hidup, aku ucapkan selamat maju jaya untuk segala yang mendatang.

hidup setentunya dan selalunya merupakan tentang pilihan. sama ada pilihan hidup atau jalan hidup yang kau wujudkan itu baik atau buruk, itu terpulang kepada diri kau dan mereka untuk menghakimi atau terus saja menghukum.

diduga dengan pelbagai huluran bagaikan syurga ataupun dilontar caci seperti di neraka terasa akan membuatkan kau ragu dan payah untuk berfikir telus membuat pilihan dalam hidup. hidup ini suatu konteks yang luas. terlalu berjela untuk aku ulas di sini. kalau kau masih bernyawa, itu namanya kau masih hiduplah.

semalam aku memilih untuk terlebih makan kerana nafsu yang hampeh dan membuatkan perut aku upset hampir gastrik. kendian aku tunaikan hutang isyak jam 147am dan bersolat mohon hajat berdiri lama berbaju kelawar berkain sembahyang bersujud sembah di bilik jiran kerana rakan2 roomate masing2 sibuk menelaah melayan radio dan bermakan2 meriah.

dan aku masih di sini. merempat di bilik sebelah. berehat seketika dari menelaah subjek technopreneurship di katil empuk rakan yang lena dalam mimpi sendiri. subjek ini subjek final pertama; yang aku akan duduki jam 1230pm sebentar lagi.

sepertimana aku tahu jika aku memilih untuk tidur jam 5am tadi setentunya aku akan ketinggalan untuk mencium sejadah di awal pagi ini.

ah, sejuk sungguh udara di luar.

16 comments:

jo said...

aku datang sini nak tumpang gelak-gelak jugak. tapi ko xde buat lawak.so, aku gelakkan muka comel ko pakai spek hitam tu je la...hehehe...

mamai said...

semua orang melakukan kesilapan dan kesalahan cuma kita harus ingat agar tidak emngulangi kesilapan yang serupa

acap said...

langit tak selalu nya cerah..

{lumut} said...

semua org tidak sempurna..manusia itu saling melengkapi..

all d best beb.aku pon baru pas paper neh.

iezat n hobbes said...

gua diberi pilihan untuk tidak memilih semua pilihan

sharamli said...

0k x paper td?

pisey said...

to jo.

haha.
gelak la gelak.
nanti aku tukar spek lain pulak.

oke?

pisey said...

to mamai.

=)
pengalaman itu kamus hidup terbaik

pisey said...

to acap.

hujan kot hari2 sekarang ni

pisey said...

to lumut.

aha.
musim final betul.

aku masih mencari suatu kesempurnaan yang tidaklah sesempurna mana untuk aku berhidup itu. hanya mahu melengkapi.

=)

pisey said...

to ejat.

seronok gak pilihan seperti itu.
aha.
letih yang amat nak buat pilihan ni.

pisey said...

to sha.

oke2 aja.
hehehe.

kepala agak hampir meletup la.
paper 2jam.

aku jawab tak sampai sejam.
then tinggal 1 soalan lagi aku rilek2 goyang2 kaki geliat sini sana pandang2 lecturer yang duk awasi area tu dan buat muka cool.

then jawab soalan terakhir dan jam aku terhentak meja dan semua pandang aku keluar muka bangga.

agak2 dapat A tak?
haha.

acap said...

haha.
2 la pasal.
klatam pom ujan petam2.

pisey said...

to acap.

uh,
takleh la aku nak gi layan ombak pcb petang2.
ah.

Aku Beskot™ said...

jgn belajar dr kesilapan!!
sbb kesilapan tu semestinye da slh..
tp sesekali lakukn la kesilapan supaya kita beroleh pengalaman..
hehe..

gut lux!!

pisey said...

to beskot.

huhu.
tak pernah belajar cemane eh?

haha.