sudah bosan

hidup memang begini. apa perlu kau sangsi lagi keberadaan kau? walhal kau yang selama ini mengagungkan diri kau sini sana dek kebanggaan meluap berasap itu.

aku pula. aku benar payah sekarang ini. aku goyah. tiangku gegar. hati aku sakit. jiwa aku kacau. perisa-perisa tak enak menyinggah saling.

detik berlalu dirasakan hambar. aku benar mahu jerit. teriakkan segala mahu aku. tapi pada siapa tiada tujunya. tangan ini terhayun bebas, longlai seorang. tiada digenggam.

aku mahu penunjuk jalan. aku mahu menunjuk ruang. berkongsi lelah. hadiahkan telinga mulut bagai buat seorang kekasih yang sama merasa. merindu yang lama pergi mungkin.

tidak hanya ingin di situ. tidak hanya ingin di sini. aku bermahu segalanya. ya, aku tamak. maaf.

sakit. harapan digilis berulang kali. merosakkan menghancurkan terbiar parah. aku hanya seorang aku. yang gemar bermimpi siang dan malam.

angau bukan? ini aku. jangan disalah tafsir pengamatan. mencoret ini benar buat tekak ku berpasir bertahan apa perlu.

sudah bosan berhidup beginilah. apa perlu aku tambah jelas lagi?

bosan.
aku hanya mahu merengek manja di celahan bahasa itu.
itu saja.

bukan menempel gedik di segenap ruang yang ada.

6 comments:

jo said...

aku.
macam paham.
macam tak paham.
tapi.
aku suka.

Alina said...

mari kita samasama selami kebosanan.

Fatt Chin Choy said...

ni aku paham maksudnya
haha

penaberkala said...

susah sungguh nk paham
tersirat nampaknya!

chokio_nia said...

meh menggedik ngan aku..ingat menggedik aje..manje2 taleh..haaaa

mau tak??=)

miEz haNeM said...

hi dear:)
lama tak dgr cite kamu:)

bosan?? senyum lah sayang..
sok akan lebih indah buat kamu>>:)