how shattered your dream is; keep going. -measzy
jarang2 sekali, sebenarnya kau juga akur yang hidup takkan boleh seorang2 saja. ada kesempatan, kau juga seperti mereka yang lain. menutur bicara mencerita lelah yang kau tanggung tanpa kau sedar. kau bukan ego untuk tidak bercerita bagai dengan mudah.
tetapi masih pintu itu kebal saja rupanya. tiada yang mengetahui apa di sebalik fizikal yang kau tonjolkan sini sana. kau benar mahu meluah segala, tapi kau tidak mampu. tidak mampu untuk memperjudikan perasaan sendiri dari diperlekeh manusia lain. mungkin kepercayaan itu yang kau agungkan.
kau pandang sekeliling. kau lihat makhluk2 yang mendiami. kau lihat bangunan2 pencakar. kau lihat asap kenderaan berkepul2. kau hanya mampu menggeleng lemah. tiada kudrat lagi. benar bingit.
namun kau gagahi untuk pandang lagi.
kau terdiam membisu. bila mana mata itu melihat awan berkepul2 berarak tenang. langit membiru terbentang. lautan luas berombak bagai. hutan hijau yang melambai. kau tenang dengan pepasir yang halus itu. hujan yang turun kau redahkan. bagai mencuci jiwa kau yang merundum.
di penghujungnya. kau mampu tersenyum bila sudah ketemu sama apa yang kau cari selama itu. apa yang kau harapkan selama ini.
untuk punya seseorang yang kau boleh berpegang kemas bukan senang. kadang2 pegangan itu akan longgar. sama ada dilepaskan, ataupun kau tak kuat lagi untuk eratkannya.
ramai yang menduga diri sendiri kerana tak punya orang istimewa yang boleh dibanggakan sini sana. jika kau mahu, teruskan pencarian itu. jangan berhenti untuk percaya; kerana orang itu ada. masa akan seronok bermain dengan kau lagi2 bila kau mudah hilang sabar dan percaya diri.
jangan berhenti berharap.
jalan terus;
jangan pernah belok.
kerna walau penuh liku sekalipun;
bila kau sudah kuat,
dengan senang kau mampu tegakkan jalan itu.