What makes me, me

Perasaan paling fakap yang boleh menenggelamkan aku cuma bila macam kena tampar tersedar yang mak memang dah lama tak ada. Tujuh tahun pun, tipu kalau aku kata dalam sehari tak ada fikir langsung pasal rindu mak itu ini. Kesnya mak terlalu sempurna nak dibandingkan dengan apapun. Terlalu sangat. Takkan wujud yang lebih sempurna dari dia Tuhan akan beri pada kami.

Bila hilang benda paling precious, kau akan menggelabah jadi gila kan?
Well, I used to be daddy's girl.

Zaman kecil dulu memang rambut tak pernah panjang. Potong pendek siap bahagian belakang trim dengan pisau cukur. Mak kerja siang. And my should-be-nanny dah lari ke Siam, lepas beberapa konfrontasi berlaku garang dan menyebabkan satu bakul baju merekah lepas dia pukul aku bahagian kepala. Mak sedar pun lepas terperasan benjol luka waktu dia main-main rambut aku satu malam. Bila dia tanya, aku jawab jujur jela oh Kak Zah buat. So, most of my time banyak spend dengan ayah.

Growing up, I choose to be mommy's girl. A little girlish here, a little girlish there. Serius aku cakap, kalau undur waktu ke zaman tingkatan satu, tingkatan dua, aku pilih diri sendiri nak buat isteri. Dari percakapan, gaya santun tuturkata, kerajinan buat ibadah sunat, suci hati dan sebagainya. Tak tipu.

Tingkatan tiga, mak dah tak ada. Hujung tahun yang sama, ayah kahwini umi. Beberapa tahun selepas itu, aku jadi orang lain. Aku yang baru. Aku yang suka simpan perap dalam-dalam setiap perkara yang berlaku. Tertunggak segala puasa nazar yang aku janjikan. Ibadah cukup-cukup saja.

It's never easy to adapt dengan situasi dan sekeliling yang baru. Jadi aku rebel. Rebel dengan diri sendiri. Rebel dengan pelajaran. Rebel dengan segalanya dalam cara aku sendiri. Sekolah yang aku duduki untuk menengah atas adalah sekolah yang sama mak bina kerjaya lebih 25tahun. Bukan pilihan aku nak pergi situ. Sakit.

Terutamanya, rebel dengan ayah. Kurang bercakap. Sekolah tu cuma sekangkang kera dengan rumah. Tapi kalau balik hujung minggu pun, aku akan kayuh basikal balik ke asrama. Comel kan? Bagi peluang budak-budak yang rumah jauh main sama. Pakcik guard bukan nak kisah pun. Cikgu-cikgu bukan nak kisah pun. Dari makcik sapu ke orang dewan makan kenal aku anak arwah.

Aku jadikan alasan gastrik bila malas nak bangun pergi kelas. Tapi memang selalu gastrik pun sebab selalu fikir macam-macam tak tentu hala. Kesian cikgu-cikgu yang jadi mangsa bila aku tak belajar satu apapun subjek yang aku malas nak hadap. Setakat bahasa inggeris, pendidikan agama islam dan matematik moden tu tak perlu nak pulun pun aku boleh cemerlang petik jari. Ya, aku budak pandai.

Gila apa nak mengaku aku bodoh bila dah genius cam gini. Tapi dah terlebih pandai mulalah nak memandai buat haluan sendiri. Aku tahu semua malu bila pointer aku bawah paras 2 once. Sampai kena repeat paper. Keluarga cuma terkedu tak mampu marah. Kawan-kawan mak risau. Aku bukan ada perasaan pun. Macam zombi hidup sehari ke sehari tunggu masa nak mati. Tapi once kau percaya Tuhan yang Satu, segalanya akan kembali teratur normal sendiri.

Bila dah bertahun deal dengan bermacam perkara, lama-lama aku lembut lenturkan sendiri hati dan jiwa untuk kembali rapat dengan insan bergelar ayah. Tak susah pun nak ambil hati ayah. Sapu halaman luar rumah, make sure rumah nampak tersusun, tolong umi kat dapur sekali-sekala, rajin baca quran, jaga sembahyang, menten pelajaran, jaga maruah dan nama keluarga.

Aku tak pernah minta pun nak tukar ayah yang lain. Ayah, is ayah. He is just being him. Dan ye, aku kongsi diet pemakanan yang sama dengan dia dari kecil. Setiap jenis ulam yang wujud, budu belacan, tempoyak ke sup belut, aku yang paling awal ikut rentak ayah. Jadi sekarang walaupun sibuk dia dengan urusan tahlil setiap malam kena imamkan jemaah, dengan urusan jadi guru mengaji petang dan malam sekali seminggu, dalam sibuk membanting tulang urusan kenalan dan pelanggan yang memerlukan khidmat pemasangan boring telaga tiub teknologi ayah sendiri, dia akan cuba cari masa nak ajak aku makan bersama untuk layankan makan beraneka jenis masakan belut dan sebagainya.

Untuk keluarga yang seperti ini, aku takkan pernah minta nak tukar dengan orang lain dah. Dan untuk umi, adek pun takkan minta nak tukar dengan umi yang lain dah untuk temankan ayah siang malam. I love listening to you reciting the holy Quran day and night bila berpeluang. Just like mom. I love the fact that you also try to fit in the family in your own way, sepertimana kami adik-beradik cuba nak fit in the situation with you around. He knows best.

Untuk mak, takkan wujud replacement yang sempurna. Mak is mak. Setiap rindu dan sayang adalah syukur untuk Dia sebab beri saya seorang mak yang paling mak dan keluarga yang paling keluarga. Ada saja masanya saya jeles dengan kawan yang pada saya punyai keluarga yang tersangat lebih sempurna. Tapi sesempurna mana pun manusia, tetap ada celanya. Moga cela yang kita punya sama-sama kita atasi dengan apa yang Tuhan pegangkan.

"

Pada mata yang sedang bertungkus lumus mencari
Pada jiwa yang sedang perlahan-lahan mati
Pada akal yang letak warasnya di sana sini
Pada hati yang gemar memencilkan diri

Aku menangis pada Dia dalam bisik paling sayup pernah kau dengari
Dalam sendu yang ditahan-tahan bunyi
Aku mencari alasan untuk melagukan irama dalam sepi

Sungguh,
aku tertanya-tanya sampai bila lagi
Perlu aku jaja untuk mendapatkan yang melengkapi

Pada rintik hujan yang menyentuh bumi
Pada awan yang berarak pergi
Pada bintang-bintang yang tergantung tinggi
Pada bulan yang bergilir waktu dengan mentari

Sungguh,
aku ini cuma sendiri-sendiri.

2.45am,
181211 - Selamat ulangtahun mak, ayah. Moga jodoh disambung ke syurga.

"

Izinkan saya, di sini
menulis puisi
yang paling manis
buat hati yang dihiris-hiris.

Selamat malam untuk beberapa malam mendatang.

"

Dah lama aku tak tulis puisi.

--

What inspire you to live, from day to day to the last day of your life?

Keep breathing.

--

I live in the power of my own imagination. Most of the time, I lie to myself.

--

I am deliberately waiting for something I am not quite sure of. Someway, somehow- you reminded me of God Himself.

Men and women are both complex

Kawan baik aku, beberapa bulan lepas tamatkan hubungan dengan teman lelaki dia. Hubungan yang berumur 2tahun lebih kalau aku tak silap kira. Masalah di antara, aku tak berapa nak faham pencetus kepada penamat hubungan.

Yang nyata, pada firasat aku mereka sama-sama sayang.

"San, kalu mu jate key seney."

"Bakpo?"

"Bulih kito gewe duo jah."

"Ngek."

Puff--pfft

I wish for miracles to happen.

A wish, is a wish.

I hope God grant me my wishes. If He does, then miracles gonna happen.

I still can't answer you what life is about.

Going for inexplicable things, things that I am unsure of, of randomness and strangers around- that sounds too imaginary. Fictions.

I guess that's life.

Tak mampu dengan kata-kata

"Tuhanku, ampuni aku, sayangi aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, maafkan aku."

-

I'll be needing a new-big-white canvas next year. Hopefully, things just go right with no wrong turns at all.

Hopefully. Fuhfuhh.

Saya mohon sedekah

Mohon sedekah al-Fatihah, ayat-ayat suci, doa dan sewaktu dengannya untuk arwah isteri abang sepupu yang baru sahaja meninggal dunia, due to breast cancer.

Terkilan masa sakit pun tak berpeluang menjengah. Arwah dah operate. Dah buat chemotherapy. Tapi masih ada baki sel-sel kanser yang menyerang, dan dah tak mampu nak lawan kata kakak.

I miss you, mak. All the time.

Konversasi ringan

"Sey, mu nok tahu kalu mu jadi jatey ghano peranga mu?"

"Haha. Gano?"

"Mu debey gilo."

"Tahu doh."
(diiring dengan gelak tawa kekenyangan)

"Mesti aku kenal jugok mu dale geng-geng sep kelate dok?"

"Hom. Wojib doh."

"Pah mu pekenal diri nge namo 'pise' gitu jela. Nge nada bunyi jatey sikik."

"Pise."
(nada garau)

"Pah kalu Nor jatey aku tahu jugok ghano peranga dio."

"Gano? Gano?"

"Playboy."

Mungkin apa yang aku benar perlukan, cuma wujud di beberapa ketika sahaja

Dengan segala beban kerja yang dah tamat, aku sepatutnya lebih merilekskan diri. Well, physically I am. Aktiviti tidur, tidur, tidur dilaksanakan dengan sungguh sempurna. Tapi ada beberapa bukti yang menunjukkan aku sebenarnya tidaklah se-berehat mana. Migrain.

I know, I know. Kesihatan harus nombor satu. Tapi apa aku boleh buat? Heh. Sambil memandu pun boleh kena denyut sikit-sikit kali ni. Mungkin puncanya faktor pemakanan, I guess.

Harini banyak kerja mengemas buku-buku fiksi, non-fiksi dan baju-bajan menyumbat masuk kotak dan beg-beg yang ada. Nota-nota ilmiah yang tepu dalam satu kotak aku malas nak setelkan lagi. Kucar-kacir keadaan saja nanti. Cecah jam 1pagi baru nak sibuk menaip dan editing laporan projek tahun akhir.

Sebenarnya dah lama tak bersengkang mata sampai ke Subuh. Bertemankan bunyi-bunyian dari lori-lori yang sibuk mengendali tugas di luar sana, tak ada lah sunyi mana. Kali ini aku tak berbekalkan makanan atau minuman apa pun.

Aku masih menunggu satu bunyi lain.

..

Oke. Dah azan.

Hoi

Hoi degree dah habis!

Sem depan kerja mengorat anak-anak pakhaji akan dilaksanakan dalam sesi 4bulan praktikal.
Hoi hoya hoi!

Musim peperiksaan akhir ni aku tidur tak tentu hala. Arah mana sisi mana pun tak sempat nak setting dah. Pinjam meja kawan, duduk atas tilam menghadap nota-nota sambil catit situ sikit sini sikit cuma mampu bertahan semaksima 2jam puratanya. Lain-lain kerja aku tidur bertemankan nyaman hujan yang renyai-renyai. Macam penghawa dingin pun ada wa cakap sama lu.

Yang peliknya macam hidu dadah pun ada bila berbaring sambil pegang nota ni. Asal kau jeling sekilas je lelap balik. Di awang-awangan gitu!

Dos kafein aku? Toksah nak cakap lah dalam 2-3minggu ni. Cumanya aku lebihkan memilih yang kosong. Penat dan muak tak berapa nak serasi dengan susu. Gaster boleh membuatkan aku vomit tak tentu hala nanti. Bukan buat minum untuk tak bagi tidur pun. Lebih kepada nak test rasa kat lidah.

Harapnya paper pertama yang tak tahu markah terkumpul untuk assignment tu lulus lah. Yang tu lulus, bulan 5 tahun depan boleh fikir nak reka bina kubah masjid dah.

Khamis presentation final year project.
Jumaat exhibition final year project.
Sabtu petang paper akhir pengurusan kualiti.

Pukul 6pm 26hb November 2011 ni,
aku nak tunjuk wajah riak paling rare kat semua orang.

The finale of the final

Sebuah kuntuman senyum tanda berpuas hati yang akan menyinggah di wajahmu ayah, terlalu bermakna untuk aku gambarkan perasaan girang tak terkira dalam hati sendiri. Cukup.

Huru-hara, tamatlah kamu cepat. Aku perlukan gulungan ijazah itu tahun hadapan. Sangat.

Selamatlah segalanya moga.

The waiting

Something has been bothering me, forcing myself to sleep a lot. I do successfully fell asleep for a few hours and now, here I am trying to tell you things I don't quite understand at 451am. Really, I don't. Even the dreams I have just now troubled me.

My heart was restless. Now the mind is occupied with unnecessary things. Really, it bothers a lot.

Pasca daging dan tapai

Minggu bercuti di rumah untuk Aidiladha haritu buat aku bimbang tentang kesihatan sendiri. Hari-hari setiap malam aku kena minor-heart-attack (sakit bahagian kiri dada ke atas). Jantung sebelah kiri kan? Berlanjutan untuk beberapa hari. Sampai aku risau nak pergi hospital buat blood donation.

Tak pepasal kena tahan wad, naya.

Dah lama aku tak bertemu pagi macam hari ni. Bertemu Subuh dengan manja. Bangun sendiri, jalan sendiri ke bilik air, wuduk sendiri dengan perasaan segar butir mata. Kesnya sakit perut.

Apa aku salah makan ni?

Aku nak take a little nap. Nanti bangun nak test drive bekmen yang baru keluar bengkel, lagi sekali. Penat aku nak cerita panjang.

Self satisfaction

A good book, is a good company. I could get orgasme anytime I want.

No, I'm not talking porn here.

I mean it as a book. A book. A good book gives you a good read, a good understanding; a good feeling.

It's the power of your own imagination. You, and the world in your mind.

I miss my old-bookworm-calling-days. I have all the time in the world to read during those days.

Inarticulate

How to put things into words- when all you're capable of, is only to mumble and hum silently inside. Rumbling and swallowing back my own words, clearing throat ain't that easy anymore. Witnessing the sun goes up in the morning, and go down at dusk. In the latter part of the day, the silent creeps and rustles slowly under the bedsheet, the wall making some creaking noise, the open window giving sights of the moon, the stars and cloudy sky; before I start realizing the factualness of my loneliness is only taking over a small part of the solitary system.

I wonder. Why the memory remains and existence of childhood. Then why to grow old. Why do we need partners, counter-partners. Why clockwise and anti-clockwise. Why not just be wise or be dumb. Why must be both. Why the hell am I writing and jotting this down.

The misanthropic life ahead starts the speech by telling small jokes here and there. Just in case the history gets alive again and it needs to get along fine with me. Else, everyone dies. I talk nonsense. So, what? We all gonna die- alone.

This time- God please, let me get what I want.

Let's go to bed

Alunan melodi yang bermain-main di sisi telinga kanan dan kiri sedikit menjamah hati aku kali ini. It's been a while since, untuk punya waktu diam begini cuma meladeni hati yang menyesah berat. I have been sleeping on the bed for more than a few hours. It's been a while since I cherish myself and enjoy the miraculous feeling of sleeping without a stop sign. Sebenarnya boleh mewujudkan rasa muak, tapi kau akan paksa juga diri untuk tidur dan tidur walaupun beberapa kali terjaga bangun. Getting up to take a bath and grab some food nearly midnight, it feels good. As if you got nothing to worry about. Termasuklah aturan pemakanan sihat yang sedikit mencerun tunggang-langgang. Heh. I guess the more you aged, the heavier the burden. Atau mungkin sebenarnya itu cumalah frasa-frasa lemah yang digunapakai untuk menyedapkan diri sendiri. Just to reassure yourself that it's okey to feel heavy and triple lazy because problems will always occur in years ahead- that it is normal to be mundane and just be where you are right now. I have been trying real hard to manage a few things ahead my way. Not getting influenced by criteria people getting used to. I hope it turns out good. You know, the culture that has been injected into our society actually kills. Though silent and slow, it still does kill.

Beware. It's gonna kill you, and me too.
(27th October 2011-28th October 2011)

#7 - Dive deeper, look deeper


. . .

Al-fatihah

Pohon sedekahkan al-Fatihah untuk ibu saudara yang baru saja kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2011.
Keadaan diam begini banyak mengajar aku untuk lebih bersuara, pada ketika manusia-manusia lain hilang kata-kata dan cuma mampu menelan liur.

Tapi itu kisah bulan lepas. Aku mulakan minggu ini dengan lebih berdiam walau dalam hiruk-pikuk manusia. Ketawa saja. Ya, aku mengilai memang pada desibel yang tinggi.

Aku rindu dengan masa yang aku luangkan melakukan perkara-perkara yang aku suka. Asyik buat perkara-perkara yang aku tak suka, boleh memutarbalikkan banyak perkara, tahu?

Belakangan ini kalau ada peluang untuk tidak ke mana-mana dan berdiam di rumah seorang diri, aku pilih untuk tidak tidur dan melaksanakan beberapa aktiviti kegemaran aku. Keadaan sunyi seperti itu sebenarnya ubatkan rindu aku pada rumah, sedikit.

Ada baik dan buruk yang terselindung di sebalik setiap perkara yang menimpa dan kejadian yang berlaku. Tapi untuk korek cari dan ketemu itu bukan perkara mudah macam makan nasi.

Kemungkinan paling besar, tahun depan aku akan betul-betul bergelar seorang peniaga. Kebarangkalian paling tinggi, jualan secara online. Kalaupun aku buka gerai pisang goreng depan rumah, tak logik tak laku. Mesti sedap punya.
Ada kawan-kawan favourite yang sedang gembira.
Ada yang sedang sibuk.
Ada yang buat-buat sibuk.
Ada yang sedang sedih tapi pendam.
Ada yang masalah penuh dalam dada tapi tak mampu nak curah keluar.

Masing-masing sebenarnya tenggelam dalam hal sendiri. Masing-masing tunjuk konon tough tapi dalamnya hati rapuh. Kalut melalut mengejar perihal yang tak terkejar masing-masing.

Menggelamun jadi aktiviti favourite.

-

No one's gonna take care of you with extra care, other than yourself.

Dil.

Jaga hati. Tak kira apapun berlaku, jaga hati.

"Dil dil dil dil dil", cucuk-cucuk langit.
Memilih untuk tidak berfikir sebenarnya satu kesalahan yang besar. Boleh kawan dengan fishmonger.

Dear life, please be kind

Aku sedang membuat beberapa perkiraan. Berkisar cuma tentang beberapa perkara yang selalu dipusing bawa kembali dalam bulatan yang sama. Tentang duit, hidup, keluarga. Tentang duit, hidup, keluarga. Tentang duit, hidup, keluarga.

Aku selalu cakap, duit tak patut menjadi penghalang daripada kau berbuat sesuatu yang kau suka. Dan kebarangkalian untuk pernyataan itu menjadi sesuatu yang salah agak tinggi pada kebelakangan waktu yang sesak sekarang ini. Hal ini boleh menghukumjatuhkan aku sebagai seorang penipu. Ukuran sebuah kegembiraan bergantung pada taraf/paras gelihati kamu.

Ye, "Money shouldn't be a problem no matter what." Boleh jadi perkara paling bullshit juga sebenarnya. Gulp! Baru kehabisan berpuluh-puluh keping not 50rm untuk bayaran tukarganti bahagian dalam badan bekmen. Ini belum masuk cerita duit yang perlu dibelanjakan sendiri untuk finalyearproject lagi.

Tentang hidup, mulai tahun depan kitaran dalam kitaran yang sama akan sedikit berubah. Ada prioriti-prioriti lain yang akan dibawa masuk bersama. Ada perkara lapuk yang akan disorok buang. Mungkin juga akan dibawa masuk senyap-senyap di kemudian hari, tapi itu bukan dalam perancangan aku. Perkara-perkara yang masih segar mungkin akan diajak main pusing-pusing lagi. Sampai time-out.

Oh, kakak aku akan bertunang dan kahwin awal tahun depan. Moga dipermudahkan jalan rezekinya dengan bakal suami.

Aku rasa, cita-cita masa kecil untuk menjadi seorang doktor mengawal beberapa habit aku yang suka bermalasan bila bertopikkan kesihatan. Kawalan makan dan tidur yang tak tentu hala dalam kesibukan mengejar fahaman masyarakat yang beralaskan pelbagai agenda begini tak mampu melawan kesungguhan aku dalam memastikan dos air putih yang cukup setiap hari.

Untuk keluarga, bear with me. I'm gonna be fine. We are all gonna be just fine.
Seorang teman pernah menanyakan soalan cepu-cemas di fesbuk. "Apa yang paling dekat dengan hati?"

Spontan aku jawab, "Tuhan."

. . .

Kesihatan sebenarnya tak berapa dalam keadaan merah jambu.

Kerenah hidup menakluk hampir separuh ketenangan aku. Aku tak suka berada dalam gusar tentang keberadaan lain. Sepatutnya aku punya waktu untuk melakukan perkara-perkara yang aku suka, bukan memaksa untuk suka melakukan perkara-perkara yang aku tak suka. Habit begini boleh membunuh isi dalam aku sedikit demi sedikit.

Ssuuup! Hilang.

Dan tidur bukan my most favourite thing sekarang ini. Apa jadah aku bangun awal-awal untuk pagi yang kosong begini? Heh.

Berat. "Berat nanang."

Kitab cinta kita-kita yang penuh harap

Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi dukacita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan. Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan meungguli Maha Pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tapi menghiasi insan lain. Kau adalah syurga. Aku yakini itu. Namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta yang sejati hanya ditemui oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita. Dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa. Maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa. Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, menghadap dan bersujud. Memalingkan wajah kepadaNya. Memberikan segala jiwa kepadaNya. Dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati. Kerana cinta buatnya akan kekal abadi.

Salam, dari gembala rindu
- Wali.

(dipetik dari Kitab Cinta arahan Erma Fatima)
Lagi dua bulan, aku yakin akan wujud satu rasa kelegaan paling lega. Lega yang paling lega. Hela nafas dalam keadaan lega. Bangun tidur dalam keadaan lega. Makan nasi dalam keadaan lega. Pandu kereta dalam keadaan lega. Dengar lagu dalam keadaan lega.

Lega, lega, lega.

Sekarang ni masih gaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!

Le- belum sampai.
Now, now-

Take a deep breath.
"Cukup-cukup lah lagho."

Calling for all the positive aura within distance. Please come to me.
The feeling you had after vomiting in large amount is actually, a freedom.

Today my conscience got attacked by monsters. Big, hungry, hideous looking monsters. Not all, but several of them.

Please don't rush me. You might ruin the art.
Pagi semalam, aku pejamkan mata selepas Subuh.

Pagi semalam, dalam tempoh tidur itu aku mimpi arwah tersenyum-senyum ajak aku berjalan-jalan dengannya. Dalam mimpi tu aku memang berusaha sangat cari peluang nak pegang tangan dia kemas-kemas. Rangkul biar rapat.

Dalam tempoh tujuh tahun yang sudah berlalu, bukan mudah aku nak dapatkan mimpi tentang orang yang paling terkesan dirinya pada aku ni.

Yang aku tahu dalam setiap mimpi yang telah pun berlalu, aku tahu sangat jasadnya memang sedia sudah tak ada di realiti. Dan aku tahu yang berlaku waktu itu adalah mimpi.

Dan mimpi pagi semalam tu mimpi paling panjang pernah aku dapat dengan dia. Kesannya sepanjang hari memang susah aku nak buang segala senyum manis yang aku tangkap pagi semalam tu.

Ya, pagi semalam. Tak mudah nak dapat.

Tak mudah juga aku nak beritahu kau apa yang aku buat dalam kereta selama 10saat paling hiba di tempat parkir bawah rumah agam 5 tingkat aku tengah hari semalam.

Pagi semalam, memang bukan sesuatu yang mudah.
Menghadap hari-hari yang sepertinya sama dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar bukanlah sesusah menjadi seorang bapa yang perlu menjaga nafkah keluarga dengan sesempurna mungkin.

Menyebut perkataan tanggungjawab itu sendiri pun sudah terasa betapa berat tanggungan beban.

Berat, tahu?
Udara adalah benda yang aku bergantung harap sepanjang waktu. Jika detik itu tiktok-tiktok, maka waktu itu juga aku sedang menikmati udara yang ada. Adakalanya bila salah atur nafas, udara yang disedut juga tersekat-sekat. Boleh jadi setiap perkara yang berlaku di sekeliling ini adalah pilihan. Pilihan untuk memilih sebenarnya satu beban. Contoh mudah, pilih untuk bernafas menghirup udara ataupun tidak. Kalau kau teruskan kau hidup. Kalau kau berhenti kau mati. Nampak mudah bukan bila dibaca di sini?

Mari. Aku bawa kau ke satu tempat lain.
Bahasa sunyi adalah bahasa yang aku paling arif ketika ini.

Kemahiran yang aku paling mahir ialah menari ikut rentak hujan.

Aku harap hari esok ada emas berjuta tongkol turun dari langit selimutkan keresahan yang menyelubungi sekalian alam.
Sunyi.

Katanya mereka, sampai boleh dengar bunyi berdesing.
Pada dasar tanah yang berlumpur, aku palingkan wajah pada langit yang meninggi.

Moga Tuhan lebih bermurah untuk esok-esoknya.
Being awesome is a curse. I am awesome.
Being awesome is a curse. Now, what did I just tell you?

Sheesh.

Bonam noctem peeps.
I could sing along with the melody of the heart at all times. Be it pretty or melancholic ones. It's because I got the the voice.

You know, the voice.

Do you?
Aku rasa orang lain dah dapat tawaran tempat praktikal pun dah ramai. Aku malam ni baru nak mula klik apply dan hantar mel elektronik kepada mana-mana syarikat yang aku agak rasa macam nama comel sikit.

Semoga aku berjaya.
Bila tidur tunggang terbalik, perut pun mulalah buat hal tunggang terbalik. Tak pasal-pasal harini kena bangun awal pagi dek kekembungan. Nasib menyempat juga tidur 2jam sebelum zuhur kes penat high tak ingat.

Oke, mari pergi makan. Saya lapar.

Just get your ass moving

To wash away all these crappy thoughts I gathered on living an unsettled life, I guess I just need a nice long sleep.

What does life mean to you anyway? What are your wants and desires? Shut me up. Shut you up. No one is going anywhere right now. Everybody is here. Trying hard to stay calm, in denial.

What says fate? One fine day, you'll get somewhere.


---
Yeah, you will. Fuhh fuhh.

#6 - You own me


First time listening to this,
dah tergoda habis.

See, it rhymes!

...

There are two things. Two things you need to know. There are lots of them but I limited them to two. Easier to understand.

Come. I'll show you.

..

Ada masanya kau boleh menulis berjela sampai berpuluh draf disimpan. Dan tak sampai seminit kau boleh padam semua draf dan kembali menjalani kehidupan.

.

Sometimes in life, you just have to go with it.

Kalau perlu tidur dan tidur dan tidur;
tidurlah.

Dunia tak pernah kisah lebih pun.

Bekmen

Hari ini seorang teman rapat anjurkan rumah terbuka di rumah keluarganya nun di Ulu Yam. Perjalanan pergi aku minta teman serumah memandu kerana perut aku sedikit tak tenteram. Layan jem 2jam. Perjalanan pulang aku pandu sendiri kerana aku tahu semua penat. Lagi-lagi si pemandu awal tadi. Brek kereta aku ada masalah. Sepatutnya makan kenyang macam makan nasi. Tapi dalam keadaan bersesak banyak kereta yang mampu tekan minyak seciput begitu, brek macam makan semut.

Selaku pemandu yang bertanggungjawab, aku perlu prioritikan nyawa penumpang-penumpang dan badan kenderaan aku sendiri. Jadi walaupun makan masa 2jam setengah dari Batu Cave ke Bandar Baru Bangi tadi kerana begitu ramai manusia lain turut menganjurkan rumah terbuka sempena raya yang masih berlangsung ini, aku lebih banyak mendiamkan diri dan fokus daripada mencarut yang bukan-bukan pada pemandu-pemandu kenderaan lain yang pesen IQ bawah sepuluh.

Lenguh. Penat fikir duit yang bakal melayang bila bekmen nak masuk bengkel juga. Ya, aku panggil kereta aku bekmen.

Saya rindu mak

Saya paling rindu bau mak. Bau mak bila saya peluk mak. Bau mak bila mak melintas depan saya. Bau mak bila saya bermanja letak kepala atas peha mak yang sibuk lipat kain depan tv. Bau tangan mak bila saya salam dan cium. Bau mak bila saya cium pipi. Bau mak bila saya main usap dandan rambut dia. Bau mak lepas mandi. Bau mak bila berhias nak keluar. Bau mak bila saya mengada pasangkan anting-anting kat telinga dia bila dia sedang berehat berbaring di katil. Dan ye, lepastu telinga mak merah-merah bila terutamanya anting-anting yang saya pasangkan di telinga tu diperbuat dari plastik. Mulalah kalut cari vicks atau minyak mestika nak sapu kasi hilang alergi.

Ini baru cakap pasal bau.

-

Malam kali ini berembun. Tidak seperti selalu yang tegar menunggu subuh, memberi laluan kepada sang langit untuk menangis dan meraung puas segala jeritan dalam. Kopi yang aku bancuh tadi pekat ya amat sampai terpaksa pula ditambah air dan sedikit gula.

Aku tergumam lagi di tengah sepi yang diam. Bicara pada diri yang tak pernah kenal penat aku teruskan tanpa segan. Bintang-bintang yang bergayutan di langit cuba menarik perhatian bulan tapi gagal. Bulan tetap tak tunjuk muka. Kali ini bulan menyorok. Tetap tak tunjuk muka.

Aku pula mula buat muka risau.

-Pertengahan Ramadhan 1432H

Runtuh

Untuk berada dalam sepi yang paling dalam, kau tidak perlu mengasingkan diri dan duduk sorang-sorang pun. Cukup hanya dengan kawalan minda yang entah waras entah tidak, cukup. Dengan jiwa yang sedang hilang sedikit demi sedikit terhapus ke persekitaran yang menggigit bingit.

Perkara paling menakutkan adalah bila merasakan yang hati sudah hitam dan tiada peluntur dapat digunapakai bagi membersihkan kotor yang ada. Wujud rasa bersalah yang paling fakap tapi tak boleh diluah utarakan pada sesiapa. Rasa hilang.

Jatuh. Tersembam tak bangun-bangun dan mati.

Dan kalau kau fikir mati itu penamat segala kau salah berkali salah. Lagi dan lagi kehidupan lain sedang menanti. Soal percaya tak percaya. Ulangan demi ulangan. Parasit menggagah menakluk kawasan hati. Bikin jiwa meracau sampai akal menggila. Lagi-lagi bila hati kau memang hati yang mati. Mula-mula berkulat lepastu matilah. Tak percaya tanya Tuhan. Sebab selalunya Dia tahu lebih.

Oke, berhenti jap. Bertenang kawan. Hela nafas perlahan-lahan. Tapi sebenarnya tak ada yang mencelarukan mana kalau kau tahu mana salah dan silap yang berkait dalam hal yang ini. Kalau kau tahu susun atur setiap langkah yang kau mahu ambil. Dan tahu mana perlu lihat bila kau pusing ke belakang. Tak susah mana.

Tak susah. Gulp.

Pasir

Pada Ramadhan yang telah pergi, terlalu banyak puisi rindu yang aku kirimkan melalui Dia untuk arwah mak. Selaku manusia, aku ini sangatlah kerdil.

Salam subuh.

-6 Syawal,1432H

Selam

Setiap yang berlaku di sekeliling aku membentuk kata-kata dalam hati. Tetapi bukan setiapnya mampu aku terbitkan sebagai kata-kata pada umum.

Konsep-konsep yang kita pelajari ialah risalah pengalaman orang yang menerbitkan kata-kata itu sendiri. Hidup kau, harus dipraktikkan konsep lain. Konsep baru. Konsep sendiri. Contohnya memberi dan menerima. Bukan semua orang terwujud melaksanakan konsep apabila diberi banyak akan memberi juga banyak pada orang yang sama.

Ada manusia yang mungkin selalu bersama tak semestinya paling dekat dengan hati kau. Ada yang 24jam sehari di fikiran tetapi jarang muncul depan mata. Atau ada yang takkan lagi wujud selaku jasad bernyawa tetapi kau rindu sepenuh jiwa dan raga. Kadang-kadang orang asing yang kau jumpa di kaki lima mampu memberi senyuman paling ikhlas untuk kau kenang waktu-waktu menggigit. Ini keajaiban yang jarang diketemu.

Sepertinya juga konsep buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas setimpal. Jangan percaya sangat pada manusia sama kau. Jangan berharap sangat. Akhirnya kau sendiri yang sakit. Ranap. Runtuh.

Macam selalu aku beritahu, Tuhan saja yang tak pernah menipu.

Jumpy

Kita sebenarnya takut dengan benda yang kita tidak tahu. Berdebar dalam hal ni boleh jadi lain macam sebenarnya.

-

Aku laparkan pagi yang terang cahayanya. Lebih terang daripada pagi-pagi yang pernah kau hadap. Pagi paling padu.

Heating

Kadang-kadang semakin dikejar benda yang baik, semakin banyak godaan dari nafsu sendiri. Sebab dah terbiasa la tu.

Kan?

Of Kitab Cinta directed by Eirma Fatima

Cintaku buatmu bagaikan huruf-huruf yang terpatri di setiap helaian kitab.
Wali

Cintaku buatmu bagaikan air yang mengalir di lautan yang sepi.
Irfan

Cintaku buatmu seperti setianya sang awan pada kekasihnya sang langit.
Mustika

Andrea Hirata's

"Aku benci kepada diriku kerana tidak dapat melupakan A Ling. Tetapi, aku juga benci kepada diriku sendiri yang tidak dapat melupakan A Ling. Sungguh membingungkan keadaan ini. Aku dan diriku telah menjelma menjadi dua makhluk dengan kehendak masing-masing dan kedua-duanya saling menyalahkan. Dengan terpaksa menempatkan diri, sebagai orang yang harus membenci diri sendiri kerana mencintai seseorang, nilainya sama dengan sesal sebesar kepala yang disumbat ke dalam tenggorokan. Mengapa di dunia ini tidak ada cara bagi mencuci cinta? Lalu mencurahnya ke sungai."

Novel pertama dwilogi Padang Bulan.

Coffee moment

After a while, last night I sipped my big mug of coffee with 3 friends. The coffee is black in colour. I mean, very-the-black one with very-the-bitter taste.

Well, we actually had meal at my house for break fasting yesterday. Inviting another 6 friends who stay in the hostel.

I now live with 4 members in the house. But all 4 of them does not prefer to indulge in the world of caffeine. It's their choice. Their lives.

It's good you know. The feeling is good. To share a coffee moment with peeps who laugh out loud with you.

The one who shares.

Of choices and a choice

Ada sebab dalam hidup untuk dinyatakan pada setiap detik yang berlalu, sedang berlaku dan telah menjadi sejarah. Kita sebagai manusia takkan lepas dari menyoal setiapnya dengan tandatanya yang berterusan. Tujuan apa dan jalan mana menjadi persoalan yang tak berpenghujung pada setiap langkahan. Tak ada yang pelik dalam menjadi seorang yang kuat berfikir. Tahniah, untuk kamu. Kerana masalah dan kebolehan dalam menanganinya yang menjadikan kamu se-manusia mungkin. Walaupun kamu cuma memilih untuk makan, bermalasan dan tidur pada setiap pusingan jarum jam yang meninggalkan. Itu ialah pilihan kamu. Samada kamu memilih untuk belajar dari setiap gagal yang berlalu atau memilih untuk mengulang kembali fasa itu, terpulang. Setiap keinginan, nafsu yang memaksa, perasaan yang tak terkawal, logik akal yang menimbang setiap perilaku, itu yang menyatakan diri kamu, ialah kamu.

Pokok jejarum

Kawasan masjid tempat ayah dilantik sebagai bendahari zaman aku masih kanak-kanak riang dulu penuh dengan pokok jejarum. Sekarang aku tak tahu. Dah lama tak jejak situ. Aku pilih untuk ke masjid dalam taman bila berkesempatan dan berada di rumah waktu Ramadhan sejak masuk ke tingkatan satu sekolah berasrama.

Sebenarnya zaman darjah 5 dan darjah 6 lagi aku dah suka jejak ke masjid dalam taman tu. Sebabnya yang mengimamkan saf ialah seorang hafiz yang hensem. Tak tipu. Aku dan seorang kawan selalu stalk dia dan bersemangat tak tinggal tarawikh dan solat subuh berjemaah. Ah, ini topik lain.

Berkaitan tajuk yang tertera, setiap kali ikut ayah ke masjid besar, aku akan lebih teruja bila menu hidangan berbuka yang disediakan ialah lauk kegemaran. Awal sebelum maghrib lagi aku dah lepak di masjid dengan penuh tertib dan kesabaran tinggi. Sabar. Sabar tunggu kawan-kawan yang lain datang ke situ.

Usai makan kenyang dan solat maghrib, kain dah entah tercampak ke mana. Telekung di kepala je masih rapi pemakaiannya. Geng dah tunggu di luar pintu masuk saf wanita. Geng ada dari golongan lelaki, ada dari golongan perempuan. Kami main-main di telaga, conteng-conteng tanah dan sebagainya. Bila imam angkat takbir saja untuk solat isyak, aktiviti kami mula merancak.

Main sembunyi-sembunyi di balik tiang masjid sambil tutup mulut sebab bimbang terkeluar jeritan-jeritan yang tidak diingini apabila berlaku kejutan-kejutan yang tidak diingini. Sebenarnya lebih kepada menyembunyikan diri daripada pak-pak haji yang membuat rondaan sambil bawa rotan.

Aktiviti tahap maksima tercetus bila telekung di kepala dah tak tahu tercampak di mana. Selipar dah setting di tangan masing-masing. Beratur dalam barisan dan ambil jarak posisi masing-masing tuju kumpulan pokok jejarum di tanah. Satu-satu aku lompat. Ada yang kaki langgar daun sikit. Ada yang lompat jauh beberapa sentimeter dari bunga jejarum dan sebagainya. Ada juga ahli geng yang main terjah langgar tak sempat brek. Tak faham aku.

Seronok, seronok juga. Bila dah dengar bunyi dari jauh budak-budak lain lari pecut ala-ala waksenyambek tapi jenis kucar-kacir punya lari, aku pun apa lagi cipta rekod baru peribadi terus tuju tangga masjid. Selipar aku dah lambung awal-awal bawah tangga. Takkan nak kotorkan tangga masjid. Padahal tadi main kaki ayam je. Seret-seret sikit kat tikar depan pintu tak ada salah pun. Telekung yang tadi aku lambung entah ke mana pun tiba-tiba jumpa balik. Ajaib.

Aku lupa cakap. Antara pak-pak haji yang membuat rondaan sambil memegang rotan pusing-pusing kejar budak-budak nakal ialah ayah aku sendiri. Dia pegang nama pak haji paling garang yang rotan betul-betul kalau kau tertangkap depan mata. Dinding masjid tebal banyak lapis pun aku tahu tu memang aura dia dari jauh. Buktinya waktu aku masuk saf sambung solat tarawikh tu aku dengar budak-budak menjerit sayup-sayup. Yang pesen baru acah libas dinding terus nangis pun ada. Aku nampak je rilek. Jantung duk pam oksigen dalam darah laju kemain tak payah nak cakap.

Dalam lima beradik, aku je tak pernah kena libasan rotan ayah. Kalaulah dia tahu aktiviti yang ni. Tapi takkan nak pecah rekod dengan aktiviti remeh gini. Remeh tak remeh, kau orang ada?

Salam Ramadhan

Nakal, nakal juga. Main, main juga. Setakat kejar tarawikh penuh tapi yang wajib kau tinggal apa jadah? Ibadah ni awal-awal kena paksa. Ramadhan ni setan tak ada. Nafsu saja yang duk kawal kalau iman tak gagah perkasa. Kalau dah selalu amal ibadah bertimba-timba kan bagus. Habit dah lekat memang suka baca Quran. Suka solat sunat. Solat hajat. Bukan Ramadhan baru nak terhegeh-hegeh buat itu ini. Benar, ganjaran lebih. Lumayan. Tapi waktu sekarang tak pernah lebih teruk untuk bermula dari yang telah berlalu. Jadi, laksanakanlah. Muka pun boleh nampak berseri-seri. Mata toksah cakap sinar jujur yang terpancar. Tuhan ni, Dia tahu semua. Kadang-kadang Dia nak test tengok kau setia ke tak. Kadang-kadang Dia bagi can. Tapi kalau tiba-tiba Dia dah bosan dengan kau macam mana?

Wallahualam. Selamat beramal.

The atmosphere

Cuaca kebelakangan ni panas. Sangat.

Ada kiranya aku ini sedang memasuki fasa seterusnya
dalam berhidup.

Maju.

Reborn

Perasaan paling mengantuk dalam dunia waktu kelas petang tadi buat aku rindu zaman sekolah. Zaman menengah rendah. Zaman arwah masih ada.

Zaman kegemilangan aku.

Bau macam semangat anak muda

Alkisah tersebut suatu masa dahulu, aku tak pernah pun nak belek langit intai celah-celah awan cari bulan. Tapi sekarang kalau ada peluang tatap dada langit sikit mulalah nak lirik sana-sini sampai lenguh mendongak.

Tak. Cerita ni bukan tentang bulan pun.

Ada banyak projek yang aku nak lancarkan. Moga-moga Tuhan membuka jalan yang paling tenang untuk aku lalui. Setakat liku sikit-sikit tak apa. Baru feel.

Peh. Rasa macam dah berjaya pun ada. Anak-anak muda macam ni la.

Overdosed

Aku overdosed durian. Ni yang nak demam tiba-tiba ni.

Desire is a stranger you think you know

Hello desire.
I think I know you.

The strength

Kekuatan kita-kita yang kerdil ini cuma doa. Doa pula harus yang paling jujur untuk dikirimkan pada Dia, Tuhan Yang Satu. Kalau setakat ramai-ramai bicara itu ini kutuk itu ini pun takkan ke mana. Sama-sama palit dosa. Sebelum demonstrasi lagi dah hura-hara macam-macam perkara. Dari otak yang malas fikir pasal politik pun nak kena seluk dalam korek sama-sama. Dengar cerita itu, dengar cerita ini. Yang ini tunjuk gengster, yang itu tunjuk power. Gebang sana, gebang sini. Penat.

Yang jadi mangsa ialah kita yang di bawah. Dalam apa-apa perkara pun. Siapa-siapa pun yang jadi pemimpin kerajaan menten atau pembangkang naik ke, masing-masing akan nak jaga kepentingan masing-masing. Kalau kau jadi presiden dan ada kuasa nak lantik naik presiden, mestilah kau nak pilih orang yang rapat dengan kau. Yang boleh sama-sama jaga kepentingan yang kau suka. Nafsu. Bisik-bisik neraka ni iman je boleh kawal. Tapi kalau agama pun awak orang letak jauh sangat, susah lah awak nak pegang tali ke jalan yang lurus.

Kalau yang terang-terang salah kenapa nak sembunyi tutup lagi. Dah tahu kekurangan kenapa tak naiktaraf jaga baik-baik. Takkan lah tak pandai fikir cara bagaimana pula nak kekalkan kedudukan. Anak-anak muda, orang-orang tua semua penat. Penat lah awak kalau awak asyik-asyik di takuk lama. Lepastu awak ingat kitorang semua ni bodoh sangat. Awak ni, pakailah akal tu. Jangan bodoh sangat.

Sakit hati tau awak layan saya macam ni. Saya ni diam-diam je. Bukan je tahu buat keputusan sangat. Tapi awak jangan ingat saya tak tahu awak main belakang saya. Bukan jujur pun. Kalau awak still macam ni, saya kahwin dengan orang lain je awak. Try dulu tengok macam mana dia nak layan saya. Keputusan tu, saya yang pegang. Kalau lepastu suami saya pun curang, saya minta cerai lah. Saya cari yang lebih baik. Benda-benda macam ni awak tak fikir ke awak? Tolonglah. Bukan saya tak suka awak langsung.

Tak tahu siapa betul siapa salah. Tak ada orang yang sempurna pun. Kalau ada yang betul-betul nak mentadbir sesempurna mungkin, contohilah Rasulullah S.A.W. Siapa-siapa pun kalau tak reti nak jaga agama sendiri, wajib-wajib lah korup. Jangan sampai agama pun awak nak jaja jual.

Dosa jadi pemimpin ni besar, tahu?

Power betul diorang tunjuk aksi


Kalau orang tanya apa stance aku, aku jawab aku manusia. Ada agama yang aku pegang. Ada Tuhan yang aku sanjung. Ada orang yang aku sayang. Ada akal untuk berfikir. Ada hati yang boleh merasa. Ada semangat kemanusian yang aku percaya wujud.

Sakit mental kalau aku tak menangis tengok video ni.

Mental

Demam haritu memang buat aku meracau tak tentu hala. Lagi-lagi bersendirian lebih seminggu di rumah agam 5 tingkat. Konon kuat secara fizikal. Secara mental? Macam-macam perkara aku fikir. Dari soal nak teruskan hidup, kisah-kisah rakan yang berlalu, manusia yang tak reti-reti nak ada manners dan masa depan bagaimana yang aku mahu. Aku tak suka fikir masa depan sebenarnya. Rimas. Macam peluh yang tak kering-kering. End up duit yang mengalir macam main papan gelongsur terjun dalam kolam yang besar.

Konon boleh girangkan hati.

Syukur dah sembuh. Tinggal batuk sikit-sikit yang kau kena ehem-ehem sekali-sekala tu je.

Bum-bum jom.
Tidur jam 3am. Bangun jam 5am. Memandu jam 6am menuju ke Gombak. Melepak melalak bergosip cerita baru dan imbau kisah lama bersama dalam bilik tidur yang hampir kehabisan oksigen. Makan nasi lemak dan minum milo panas sambil menonton televisyen. Jam 1030am naik bas ke Genting. Lawan gayat sewaktu dalam cable car. 12pm dah terpacak dalam kawasan taman tema.

Udara sedap. Cuaca baik. Tapi aku ni demam. Aku telan panadol ketiga total dari hari sebelum.

Tapi persekitaran yang menggembirakan sebegini mana aku boleh tolak. Lagi-lagi mereka adalah antara teman yang punya desibel dan frekuensi jeritan yang hampir sama dengan aku. Jam 2pm aku dah mula gastrik tapi aku tahan. Mana boleh lepas peluang yang datang sekali dalam seribu begini dengan mereka. Buat aku teringat zaman matrikulasi dulu, tak ada perkara yang boleh menggugah dengan kejam. Sebabnya everything was so fine back then. Ada lah sikit-sikit masalah runtun jiwa yang melanda. Selebihnya I'm all bubbly and fine with friends day and night.

Walaupun tak dapat main buaian yang tergantung di cendawan (kesukaan aku), sudah cukup puas hati dengan corkscrew dan flying coaster yang buat aku gila mengilai tahan jerit, space shot yang buat punggung terangkat di udara, perahu lanun yang menggelikan usus perut, go kart yang buat aku yakin aku memang steady driver and a few more.

Untung waktu pulang seorang teman ganti memandu. Aku tak larat. Waktu tu sangat pening, pahit lidah dan hampir muntah kerana perut angin. Usai maghrib di stesen minyak pertengahan jalan, aku beransur pulih sedikit. Usai makan malam, aku hantar mereka ke hostel dan pulang ke rumah agam 5 tingkat.

Kembali seperti biasa. Aku perlu bobok. Penyakit demam bila malam ni susah juga. Bila siang kadangnya pura-pura saja tabah.

Berhingus. Buat aku rindu zaman berhingus dulu-dulu. Zaman hingus betul. Everything was too fine. Kerja aku cuma makan, main dan tidur. Superb.

Dah 7 tahun

Aku tersentak bila pandang tarikh pada desktop. 4 Juli 2011. Dan perasaan yang kuat masih wujud tanpa segan.
Al-fatihah.

Somewhere, someplace, the heart got misplaced and could not find the way back

Malam seperti biasa menjanjikan seribu mimpi untuk manusia-manusia yang kalut macam ribut seperti aku. Berdiri di beranda rumah flat tingkat 5 ini aku ambil masa memerhati setiap lampu yang dinyalakan di blok seberang. Ada figura manusia lain yang sedang memandang ke sini. Angin bertiup lembut, membuai perasaan yang kian bercambah. Aku melihat ke dalam mug kopi di depan. Sudahlah hitam, pekat. Aku pula memang sedia berada dalam gelap tanpa lampu. Kalaupun ada binatang-binatang kecil yang tersembam masuk lalu berenang di permukaan kopi ini pun aku takkan dapat tahu. Semuanya rasa pekat, kelat. Sepekat oksigen yang bergaul dengan darah dalam arteri. Jantung mengepam laju. Peluh-peluh manja mula terbit di ubun-ubun. Kepala yang tak gatal aku garu. Ah, kuku belum potong lagi. Sekejap lagi aku perlu bertinggung di beranda ini membuang kotor-kotor yang berkawan dengan setan. Melangkah masuk, buku-buku yang tersusun di atas rak aku jeling. Ada majalah-majalah budak rumah. Ada zine-zine yang aku kutip di event tahun-tahun lalu. Ada buku-buku cerita cinta. Ada buku-buku cerita hidup. Ada buku-buku yang aku pinjam dari teman, kakak dan sepupu. Novel melayu pun ada aku baca bulan lepas. Habit yang lama aku tinggal bertahun dulu. Ada dua-tiga buku yang belum aku sentuh belek. Ada juga yang aku baca sampai nak lunyai lembarannya. Kekadang sampai menempuh alam mimpi. Heh. Permainan jiwa. Ada satu rasa. Satu rasa yang menyatakan tak cukup, belum cukup. Mungkin lebihan-lebihan yang aku ada sekarang bukan penyelesaian. Ada sesuatu yang masih kurang. Ada tempat kosong yang masih belum diisi dengan betul. Tidak sejajar dengan kemahuan dari dalam. Mungkin apa yang aku buat ini salah. Atau mungkin juga sebenarnya apa yang aku kejar-kejar itu termaktub selaku pilihan yang tepat. Akan tetapi masa sedang berjudi dengan aku. Televisyen yang aku biarkan beroperasi sebentar tadi aku tutup. Rimas dengan siaran yang bermula jam 8 tadi. Ada bunyi-bunyian yang hampir dengan jiwa di luar.

Bunyi kesunyian.

Ada juga bunyi lain mencelah. Kali ini lebih dekat. Perut yang buat bunyi.

Bunyi kelaparan.

S is my word

Ada kawalan lain sedang menguasai. Aku tak suka demam. Everything rasa kucar-kacir sebab susah nak ekspresikan benda.

In the mood for love

Tu tajuk muvi.

Aku sebenarnya in the mood untuk menyanyi. Suara aku serius sedap. Nak-nak lagi bila aku mengaji. Memang asyik lah. Tambah pula tertib tajwid semua dijaga. Sekali sekala cuai kena undur ulang baca balik tu ada lah juga. Asalkan perbetul. Ye dak?

Mula pertengahan tahun lepas proses pendengaran aku memasuki beberapa fasa dan genre baru. Aku dengar lagu yang tak pernah terlintas nak dengar. Dengar lagu yang tak semestinya wajib keluar di radio. Tak semestinya hip di telinga orang lain untuk didendangkan itu bagus untuk kau dengar pun sebenarnya. Tak semestinya taste kawan sebelah kau itu terbaik bagi kau walaupun kau makan tidur bersama. Dia mungkin suka amalina. Kau pula minat eminem.

Ada orang boleh menyanyi terus cuma dengan dengar nyanyian dan ikut. Aku tak. Aku spesis yang kena tengok menghadap lirik baru boleh cuba ikut nyanyi. Kalau tak memang sesuka hati aku je kunci lirik itu ini.

Dan ya. Aku mudah suka lagu yang padan dengan jiwa aku. Yang boleh menyebabkan roh aku terbang melayang kadang-kadang hampir nak terlepas dari jasad realiti.

Heh. Untuk beberapa atau mungkin beratus entri akan datang, akan ada banyak atau sedikit atau banyak sikit lagu-lagu jiwa yang aku layan pejam akan aku tonjolkan di sini.

Akan tetapi tak semestinya kalau aku letakkan lagu sedih maka aku sedang bersedih. Tidak. Mungkin waktu itu aku sedang menari tango dalam kamar mandi.

Jodoh itu kerja Tuhan

Cuti yang lalu, selaku anak gadis comel yang unik, aku menyorong basikal tua ayah dengan lemah gemalai ke halaman. Mengayuh keluar dengan penuh tatatertib sebelum mula melakukan aksi-aksi yang langsung tidak boleh dilakukan oleh kaum kurang profesional berbasikal. Kalau ada kanak-kanak berhingus melintas waktu itu, aku boleh cakap dengan lantang 'Jangan tiru aksi ini'.

Melalui kawasan perumahan yang dijanjikan keamanannya oleh kumpulan skim rondaan sukarela, aku menyanyi-nyanyi melodi hati. Burung-burung berkicauan di langit biru. Awan kebanyakannya berunsur warna putih bersih. Angin yang berlalu mengucup lembut pipi gadis comel. Pipi mula merona merah.

Senyum.

Sewaktu melalui lorong yang cuma berjarak 700m dari rumah, aku ternampak kelibat jiran yang waktu kecil dahulu ayah akan bawa aku melepak sama minum teh dari jam 6 petang sampai hampir azan maghrib. Pasangan guru yang berumur lingkungan beliau. Yang lelakinya sudah pencen manakala yang wanita masih mengajar anak-anak bangsa yang dahagakan pelajaran. Anak-anak bangsa inilah yang akan menjadi pemimpin suatu masa nanti.

Harapnya mereka pandai-pandai jaga diri. Bukan pesen membontot mengikut saja. Jangan sampai suap tahi makan tahi.

Setelah memastikan aura yang baik untuk aku mengambil tempat bersama dalam konversasi yang dibualkan, aku menendang tongkat basikal dengan penuh gaya. Tak pamer muka riak pun. Dipelawa duduk dan aku lebihkan telinga untuk aktif saja. Tenaga lain aku simpan untuk jalankan saraf-saraf untuk tindakbalas otak. Ada lagi seorang pakcik di situ. Rumahnya bertentangan dengan rumah pasangan guru tadi.

Tamat diskusi tentang bil letrik rumah mereka yang entah apa jadi sampai beribu-ribu cajnya, semua mata mula tertumpa pada si gadis comel yang tinggi santunnya. Oh, lupa dinyatakan. Pakcik itu bekerja dengan syarikat bekalan elektrik. Jadi beliau banyak membantu dalam urusan menyelesaikan masalah yang entah datang dari mana.

Berbalik tentang gadis comel, aunty tanyakan khabaran tentang keluarga, perihal adik-beradik, pelajaran dan buah hati. Semua aku jawab dengan penuh tertib susun kata. Ketiga-tiga mereka kemudiannya mencadangkan supaya aku mula mencari teman untuk dibuat pasangan hidup. Kata mereka, memanglah jodoh itu di tangan Tuhan. Tapi perlu ada usaha untuk mendapatkannya dari tangan Tuhan itu. Contohnya kalau Tuhan pegangkannya di tempat yang rendah, mudahlah kau ketemu. Kalau di tempat tinggi diletaknya, maka berliku-liku lah juga nak panjat dan usaha ke atas.

Aunty dan uncle bertemu waktu kursus perguruan. Waktu itu uncle sudah lama bekerjaya dan punya kereta. Aunty masih baru melangkah dalam bidang itu. Hari akhir kursus, uncle datang awal-awal lagi ke situ. Beliau mengeluarkan pen dan diari lalu menyuruh aunty menulis nama dan alamat. Bila ditanya untuk apa tujuannya, uncle jawab dia mahu ke rumah. Tamat kursus berminggu kemudian uncle pergi rumah aunty. Kemudian proses peminangan berlangsung.

Aku cuma senyum. Lebih manis senyum kali ini. Aku cakap kat uncle, 'Tu maknonyo buke keno gi amik tangey Tuhan. Tapi Tuhan tulung holor teruh ko tangey'. Sebab katanya memang waktu dia tengok aunty dan aunty tengok uncle masing-masing dah berkenan di hati.

Semua gelak terkekek-kekek.

Kedengaran bilal ketuk-ketuk mikrofon. Aku pun apa lagi terus minta diri penuh hormat dan mengayuh basikal penuh keayuan tuju rumah pak haji.

Aesthetically

Bila realiti rasa pahit, semua orang nak menyelam dalam halusinasi tinggi. Dalam mimpi itu masing-masing cuba memeluk dan menyakinkan diri yang harapan masih itu ada untuk mengecap rasa manis. Sikit-sikit macam manis-manis buah pun tak apa. Asal ada.

Asal ada.

I guess I'm doing fine.
Just fine.

Dari dalam

Aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang aku mahu.

Yang nyata hati masih lagi waras dalam mendambakan bisik-bisik syurga untuk kehidupan yang eternal. Cumanya perilaku serta adab santun belum lagi seratus peratus menuju kumpulan cahaya di langit yang tergantung tinggi.

Pedih.

Aku dalam beberapa menjak ini telah membataskan diri dalam beberapa perkara. Aku juga telah dengan penuh hati-hati membuka ruang baru dalam beberapa perkara. Ada pintu yang ditutup, ada pintu yang dibuka.

Adil. Pada diri pun kena adil kalau tak nanti jadi gila.

Cukup-cukuplah dengan kegilaan-kegilaan yang ada.

Dua Petronas

Kelmarin menjadi peneman kakak ke hulu ke hilir.

Dua kali singgah Petronas. Tak sama. Lain-lain lokasi.

Dua kali kencing duduk.

Dua kali tunaikan solat fardhu.

Gaya dah macam nak balik Kota Bharu pun ada perasaan lama-lama dalam kereta.

Status bongkak

Takdir dan ketentuan seorang yang banyak sikap malas tidak semestinya di angka terakhir kalau dia genius macam aku.

Keputusan peperiksaan semester lepas tak tinggi. Bukan juga average. Rendah lah maksud aku. Tapi bukan tercorot. Aku sudah cukup puas hati.

Terlalu banyak perkara lain yang sibuk menakluk ruang minda aku. Jadi betul aku memang tak banyak fikir pasal pelajaran sebenarnya, maaf.

Kadang-kadang ada masanya perkara yang boleh dikawal kita sengajakan di angka rendah, untuk lebih punya hak mendapat perkara lain di angka tinggi. Atau mungkin sengaja menguji persekitaran yang lemau terlalu menunduk kepada apa yang mereka fikirkan betul.

Aku malas nak cakap banyak.

Ayah berumur 62 tahun hari ini

Kelmarin along keguguran. It was a 2.5months pregnancy. Pertama kali aku tidur di hospital. Mujurlah bilik berhawa dingin. Terlentok freestyle atas kerusi perasaan macam naik bas perjalanan jauh pun ada.

Semua orang merasa kehilangan yang ini- deep. Aku tahu semua parah sebenarnya. Along dah tunggu enam tahun nak dapat bayi sulung kali ini. Tuhan; Dia yang paling tahu. Maha Mengetahui segalanya. Mungkinlah kandungan kalau cukup sembilan bulan sifatnya ada kurang. Siapa tahu. Hikmah itu terselit di mana-mana.

Jumaat yang baru berlalu, angah beserta hubby, anak-anak dan kakak yang juga kerja di kl balik ke rumah kb. Aktiviti yang paling banyak ialah makan dan lawan unogame. Semua orang kenyang dengan good mood dan happy mood menonton muvi di astro, shopping, makan, makan dan makan. Angah kata dia pelik jeansnya mengecut. Budak-budak tak puas mandi kolam tuk ayah diorang. Pagi kelmarin diorang bergerak pulang ke kl.

Jumaat yang baru berlalu juga, kawan baik ayah kemalangan jalanraya dan meninggal di tempat kejadian. Anak perempuannya ada yang berkawan baik dengan angah aku. Anak perempuannya juga ada yang berkawan baik dengan aku. Semua merasa. Aku tak dapat bayangkan perasaan anak lelaki yang membawa kereta tersebut. Bukan salah dia.

Adik bongsu yang juga kemalangan bersama patah tulang peha. Dia akan menduduki pmr tahun ini. Kawan angah yang sulung dalam keluarga mahu berhenti kerja di kl untuk menetap di kb bagi menyambung legasi arwah ibu. I find out that no matter how old you are, kalau dah perasaan tu kuat, gagah mana pun berjurai juga air mata tak boleh nak tahan.

Hari ini, 8 juni, ulangtahun kelahiran ayah yang ke 62. Dan aku, masih terus-terusan cuba menjadi anak yang baik di matanya.

Super-heroic

Dengan megah dan bangganya hari ini aku berjaya membuang 450g darah dari badan aku ke tempat yang baik. Amalan yang baik lagi mulia jika perasaan riak yang menyelubungi diri aku ini ditolak terajang ke tepi.

Aku sebenarnya sudah berlatih untuk menjawab soalan-soalan tipikal seperti, 'Kenapa anda berada di sini dan ingin menderma darah anda? Apa yang mendorong anda berbuat sedemikian?'.

Aku akan jawab setentunya dengan lebih bangga tanpa sedikitpun riak gelisah, 'I'm bored. Home stuffed me with too many thoughts of dying I guess. Since (refer to my first sentence again) I'm bored, I came here to fulfill my destiny. Who knows I'm gonna meet my pair here and get married and have babies and be old and be happy and feel crappy from to time but what I know, I won't regret my life for I have done something good to humanity. I am a human being. And I feel good doing this. What if I'm dying and I need surgery and there is not enough blood for me? I'll just die. But still feeling happy and contented for I have done my best-est deed during my life. After all, I am an O-blooded mammal. Not a single person (disregard the rhesus factor) would refuse my blood! I am a giver, not the one whose gonna drain the good things from you.'

Cukup super-heroic.

Untuk simpanan hari tua lah. Siapa tak mahu perubatan kelas pertama percuma?

Cita-cita selalunya dibalut ikat sampai cacat dek kemalasan

Macam Charles Bukowski kata dalam Factotum 'My ambition is handicapped by laziness'.

Aku hari ini bukan aku yang minggu lepas. Atau aku yang bulan lepas. Tahun lepas. Tahun sebelumnya ataupun sepuluh tahun dua hari yang lepas.

Manusia perlu senantiasa menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Bukanlah kalau melalui tempat hiburan maka kamu perlu berhibur sampai mabuk-mabuk dengan alkohol. Ataupun mabuk betina- jantan.

Fasa perubahan perlu dilaksanakan dengan penuh hati-hati. Durasi yang diambil setiap dari kita mungkinlah tidak sama. Macam buat pengubahsuaian rumah. Setelah siap prosesnya, kita masih memanggilnya rumah bukan? Samalah macam kamu. Takkan kamu mahu dilabel binatang atau sampah pula setelah melepasi sesuatu fasa.

Kadang-kadang kita melalui kesedihan yang paling dalam sewaktu bersendiri. Iri hati dengan mereka yang berteman. Tapi mereka sebenarnya iri hati dengan kita yang bersendirian. Kata mereka rimas bila beramai-ramai.

Ramai pesen tak tahu bersyukur. Bila ramai, maknyanya jumlah banyak. Lebih dari satu. Aku mungkin termasuk dalam satu yang didarab gaul bersama.

Eyesight

Aku ada masalah penglihatan. Masalah dengan mata. Tapi bukanlah sampai tahap pergi main kenyit-kenyit mata pada semua jejaka kacak.

Itu mengada namanya.

Masalah ini buat saya selalu mengantuk. Sebab mata penat. Kena buat kacamata baru mungkin. Padahal yang sedia ada pun duk sorok dalam beg. Heh.

Yang ini betul mengada.

Deria

Kita ada mata, tangankaki, mulut, hidung dan telinga. Ada lima deria kesemuanya. Mungkin jika ada antara kamu yang punya lebih deria akan lebih perit berbanding kita-kita yang biasa ini.

Penat lah.

Sini sana benda sama. Asyik-asyik dijolok tentang perkara yang sama. Kita yang biasa-biasa ini ada otak juga. Lembu pun ada otak. Tapi kita yang biasa-biasa ini juga ada akal. Jangan anggap kita yang biasa-biasa ini macam lembu. Atau macam kamu-kamu yang cuma tahu isi rezeki sendiri. Hukum halalharam-nya di mana?

Bodoh lah. Bodoh tetap bodoh.

Masih tak tahu malu mempamer cela sendiri dan berbangga megah ke sana sini. Kita yang biasa-biasa ini juga tahu penat. Kalau boleh mahu saja mematikan diri daripada berhadapan paksaan yang berupa hukuman kepada yang masih celik dengan nilai-nilai sepatutnya.

Buat tak endah? Bukan penyelesaian. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Hendakkan berbini pun telah Dia berikan rujukan dan tips tentang jenis bini bagaimana untuk membawa kepada kejayaan. Inikan pula dalam memimpin.

Kita yang biasa-biasa, tetap masih biasa-biasa. Berharap mungkin untuk menggenggam rasa masing-masing. Dengan hak yang berbaki.

Oke, mari mematikan diri. Fuhh2.

Spirit

Kita human being yang tak pernah puas dengan sesuatu benda yang kita sudah accomplish. Sering berlari tak tahu arah ke hulu ke hilir sampai lelah.

We lead to believe. We were led to have faith.

We hold onto pieces in the past even with the facts that we know deep inside we're gonna get crushed in the end.

We need to be directed at times. Because nobody is perfect in term of many terms.

Spirit mana spirit? Zaman sekolah rendah famous betul permainan panggil spirit tu. Entah apa jadah pakai duit syiling dan darah setitik dua.

Baik pergi derma darah kat tabung darah hospital. Lagi-lagi darah 0 macam aku ni. Buat rugi je main-main gitu. Tak urban langsung.

Cool pun tak. Sweet pun tak. Seriously.

Tak cukup nafas

In not more than a week, I need to be home. The home. The one packed with all dosages of feeling good and comfy. The place where all good food live and grow together with the stomach. Or else I'm gonna die eating all these fake atmosphere.

I could vomit anytime; and die young.

Ini aku catat minggu lepas. Seriously memang betul tak cukup nafas. Kadang-kadang bukan kita tak cukup tabah nak hadap semua. Cuma bila berada dalam surrounding yang penuh dengan aura negatif, atau bukan dari jenis yang sedap untuk deria kita terima, penat juga lama-lama tak ada yang perasan untuk dilayan molek.

Gila penat rupanya drive sendiri balik rumah Rabu lepas. Perasaan bawa kereta sendiri dari Bandar Baru Bangi ke Pengkalan Chepa aku tak tahu nak describe macam mana. Lenguh lain macam. Tapi sebab otak setting 'nak balik, nak balik' sampai juga lah dengan selamat setelah menempuh pelbagai cabaran dan halangan terjun lubang, jalan berbukit-bukau, lambai tangan kat monyet main tepi jalan, lintas lori balak, kenyit-kenyit mata kat bas dua tingkat minta bagi laluan dan sebagainya.

On the way tu ada lah mencarut sikit-sikit. Selebihnya duk doa baik-baik bagi selamat sampai. Dan kesayangan saya pun tak meragam tersedu-sedan atau apa-apalah waktu perjalanan tu. Baik betul dia behave. Yang kelakar entah macam mana penutup signal sebelah kanan bahagian depan tu tercabut. Tinggal mentol je. Terjatuh tinggal kat mana entah. Mungkin aku ditakdirkan untuk jadi pemandu kereta rally. Pesen tak endah lubang main terjah terjun je. Tapi rasanya jadi navigator tu gajinya lebih mahal.

But most of all; greatest, biggest and lots of thanks to Him, I'm home-d (; Tak boleh nak describe perasaan suka ni tahap macam mana seronok boleh tidur dan makan suka hati. Suka sangat.

I mean, sangat-sangat!

The long lost feeling

Semalam aku makan malam dengan kawan baik arwah mak, seorang aunty dan anak perempuannya, kawan sepermainan aku zaman muda. Zaman sama-sama tomboyish punya gaya ke sana ke mari berjeanskemejabutang waktu anak-anak lain sibuk dressing pakai dress bunga-bunga dan tocang sini sana.

Kiosk Nasi Lemak Ayam Kampung sebelah Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Itu kepunyaan anak lelakinya. Anak lelaki sekarang sibuk dengan bisnes baru di Cheras. Sekarang si bapa ambil alih jaga kedai dengan bantuan teman sepermainan aku bila dia cuti.

Aku kena marah sebab dah 3tahun di Bangi baru sekarang tunjuk hidung. Tunjuk hidung. Dengan alasan tak ada kenderaan yang mereka tak terima. Katanya diorang boleh angkut di mana-mana saja untuk bertandang ke rumah. Setelah melayan segala potpetpotpet, aku jawab, "Here I am, in the present time, in front of you. What's the fuss pasal yang dah berlalu? Heheheheh".

Alasan diterima setelah penat aku makan, minum dan bergelak tawa dengan mereka. Then aku follow ke rumah diorang. Jarak rumah diorang rupanya dalam range 1kilometer saja dengan rumah agam 5tingkat aku sekarang.

Heh, sem depan boleh makan nasi dengan budu setiap minggu lah gamaknya.

Aku suka berada dalam surrounding semalam. Suasana yang aku rindu. Menonton kerenah si ibu dan anak melayan masing-masing. Atmosfera yang harum pada aku. Sempurna. Betul aku rindu betul pada mak bila berhadapan dengan teman-teman rapat beliau. Gaya mereka sama.

Tapi aunty buat aku menggelamun lebih bila dia cakap gaya aku sama dengan arwah mak. Macam waktu mula-mula dia jumpa dan befriend dulu-dulu. Tapi aku jawab arwah mak lagi cantik, aku berisi. Secara kasarnya gemuk lah. Haha. Kawan sepermainan cakap kena dietlah. Aku jawab takpe, kahwin lambat lagi.

Semua gelak terkekek-kekek. Lepas ucap selamat tinggal dan berbalas ucapan jaga diri, aku layan menggelamun dalam hujan renyai-renyai sambil memandu tuju rumah agam 5tingkat.

Kehidupan ni macam kapal selam

Kalau kau cukup semua safety requirements, maka selamatlah. Boleh enjoy segala view puas-puas. Kalau tak, kau boleh mati lemas. Tak sempat nak tengok sekeliling apa dah sebab kabur dengan tekanan air deras.

And again, kalau kau juara selam dan pandai berenang, ada kemungkinan akan selamat. If not, selamat mati. Harapnya kau bangun kembali dengan jiwa yang lebih punya persediaan.

Moga selamat.

Maaf kepada yang berharap

Saya ada masalah untuk belajar dengan baik sem ini. Maka saya mohon maaf awal-awal kepada yang mengharapkan result saya mencapai angka 4.0 dan sebagainya.

Segala jenis carry mark untuk segala jenis subjek sangatlah cuma cukup-cukup makan. Berbeza dengan rakan-rakan yang telah berjuang dengan baik di awal sem.

Kali ini takkan ada yang akan buat muka tak percaya macam tahun lepas sampai tanya kalau-kalau soalan senang. Tidak sama sekali. Mungkin akan buat muka tak percaya dan tanya soalan susah sangat ke?

Ye, memang payah.

Sekian.


Bongok jugak blogger ni. Aku rasa dah pos entri ni yang dah edit lebih sikit dua hari lepas. See, sekarang dah malas edit dah. Naya-naya.

Easily amused

Kadang-kadang lagu sedia ada dalam ipod pun boleh buat aku teruja. Belum jumpa lelaki kacak lagi.

Oleh kerana aku bertemu pagi yang awal, aku jadi rajin. Sedikit rajin. Aku cuci blender dengan air asam jawa bagi hilang bau. Dengan sabun dan air bagai aku blend terus kasi fully blended. Perfect punya hasil bau sambal hilang.

Susu kotak HL, hot chocolate powder Whittard, MnM's paket kecil, seketul Hersheys cookies and cream dan satu bar KitKat. Oh, jangan lupa pisang hampir lebam tiga biji. Campak!

Housemate pernah tanya kenapa aku suka beli banyak-banyak dan yang terjejasnya sikit-sikit; terutamanya barang makanan. Aku jawab nanti ada-lah waktunya bila aku perlukan a dose of something, I need to have it on the spot. Nanti aku resah tak tentu pasal macam kucing hilang anak.

Sebab mungkin arwah mak dah terbiasa buat aku hidup lavish bab makan. Lavish pun bertempat. Aku membesar dalam persekitaran sederhana. Dan seperti orang lain yang sibuk menyambut hari ibu ahad lalu, aku menyambutnya 24/7 bersama Tuhan. You can't easily put that special person aside bila yang paling dia dekat dengan kau ialah dalam hati.

Tak sabar nak tunggu lagi sejam kasi sejuk dan sempurna taste-nya. Penat juga bila dalam freezer rumah dara bujang ni tak muat nak buat ais ketul sebab penuh dengan nugget ayam, ayam goreng segera, chicken patty, sausages dan sebagainya.

Lagi dua. Gratefully esok akan jadi penamat neraka semester ini.

"Why try to change me now"

performed by Fiona Apple.

Taken from here.
Andrew van Baal on Vimeo


Pertama kali dengar waktu habis tonton House tahun lepas dekat axn. Entah episod apa season apa. Cuma boleh tangkap ayat "I'm sentimental, so I walk in the rain". Oleh kerana I selalu sentimental tapi tak ada peluang nak jalan dalam hujan sangat, of course lah terus sentap nak lagu ni! Lepastu I gugel lah apa lagi. Sebenarnya lagu pakcik Sinatra. But I just love the melody in this one. Macam rasa seksi-seksi gitu. Ha ha!

Oke. Study!

Remember the titans?

Yang ini.

Invictus ni pun sedap juga feel dia.

"I thank whatever gods may be
For my unconquerable soul."

"I am the master of my fate:
I am the captain of my soul."

Petikan dari Invictus by William Ernest Henley.

Ole ole ole ole ole ole.

Cucuk-cucuk langit

Hidup yang resah gelisah memang buat aku tak senang duduk. Berdiri pun tak senang. Baring je sedap.

Cuaca buat aku bingung. Bila hujan dia punya beria bukan main. Bila panas pun sama. Kesian sama 'pakwe' aku berhujan berpanas. Jantung dia nak pam tenaga satu badan bukan gagah sangat dah tua-tua ni. Tersedu-sedu jugak masuk air terlebih.

Politik entah apa-apa. Kalau aku pergi daftar mengundi pun entah apa efek ada. Korup tetap korup. Serabuk weh!

Minggu depan hari khamis mula final paper sem ini. Peh, dah second last sem.

Peh lagi sekali. Peh.

Again

Cara kita dibesarkan, cara kita membesar dan pilihan jalan yang kita ambil setelah besar. Inilah hidup bai. Yang ni jugalah antara puluhan juta sebab kenapa pengertian common sense setiap manusia tu lain.

Takkan tamat.

Tapi kalau kau tahu makan minum tidur bernafas dan ada akal tu, pakailah molek-molek. Tahap sensitiviti setiap orang berbeza oke!

Aku pun tak sempurna. Tapi kena cubalah. Sekali sekala dua kali dua kala tak apa. Tapi kalau dah dua puluh empat jam orang yang sama saja boleh kasi tensi lah pada orang sekeliling.

Jangan ingat hidup kau sorang yang penting. If you do have efforts untuk jaga hati dan perasaan orang lain kita boleh tahu lah.

I am in no position to judge myself. Aku pun ada salah juga.

Sebab Dia Maha Mengetahui

Tuhan takkan tanya u'ol makan nasi warna apa. Dia akan tanya halal atau tak. Tuhan takkan tanya parent u'ol kerja apa. Dia akan tanya parent u'ol didik baik-baik tak kasi fahaman agama dari kecik. Tuhan takkan tanya harini u'ol pergi pasar pakai high feel berapa inci. Dia akan tanya apa ibadah u'ol sepanjang hidup. Tuhan takkan tanya u'ol main dota sampai tahap mana. Dia akan tanya u'ol sempurnakan tidak rukun iman dan rukun Islam dengan baik.

Sebenarnya, Tuhan ni Dia tak perlu tanya banyak pun kat u'ols and i'ols semua. Dia dah memang sedia tahu sendiri.

Tak ke rasa appreciated ada yang ambil tahu everything pasal kita? Huh. Lagi nak merungut itu ini.

Pap! Tak tahu malu punya orang.

Asal aku faham

Kita mungkin tak boleh nak buat sesuatu itu dengan gaya paling hebat dan bermutu. Tapi kita mampu untuk suka dan tatang kasih sayang yang penuh dalam berbuat sesuatu yang kecil itu.

Ini adalah direct translation ayat dari gambar I came across thorugh tumblr days ago.

Memang translation yang tunggang-langgang. Hahaha.

Asal aku faham! (kembang hidung)

Have faith in 'some'

Kadang-kadang things we least expect to do adalah the most beautiful thing yang kita boleh dapat. Tak berani cuba tak dapatlah. Tapi bukan bermaksud we least expect hisap dadah maka hisap dadah tu beautiful.

Spend some time alone with yourself. Indulge in some reading. Treat yourself to something nice like going to a good restaurant yang a bit pricey tapi pueh hati boleh usap perut comel-comel. And never leave that cup of coffee unaccompanied sampai dah tak panas langsung.

Tapi kopi macam mana rupa pun mana boleh resist, ihiks.

Look around you. Tengok perilaku other people and compare to yours. Does it make you feel better atau tak. Atau maybe you end up stress pula sebab melebih-lebih pula bilangan manusia tak reti manners. Kalau tanya aku, sebab aku perasan bagus, aku end up kuat membebel mengomel comel sorang-sorang.

Those little things yang you tak pernah rasa nak stop and stare at them tu, cubalah lihat perhati tenung baik-baik. Buat kalau mampu cuba. Absorb all the positive aura. Jangan setakat pandai minum air bioaura saja. Kalau tak tahu sangat macam mana cara paling mudah untuk dapatkan positif punya energi, tanya Tuhan.

Kita sebenarnya malas. Contoh paling terdekat aku sendiri. Sangat malas. Malas untuk buat itu ini. Malas nak laksana itu ini. Malas cuba. Atau definisi lain yang boleh digunapakai dalam konteks yang ini, aku takut. Takut melebih membuatkan aku tak boleh nak selesaikan satu apa pun. Lepas tu rasa macam dumb ass. Lazy bum sebenarnya. Nak buat tiny winy little some yang kecik pun malas tahu bila dah nama terpaksa.

What we need is a little push to love something. Things ahead. Things around. Start it simple with just some. Lots of some. Then you'll get the reward.

Percayalah. Tak semestinya kena jadi belieber pun untuk percaya.

5 6 7 9 11 11

Tarikh-tarikh keramat semester ini.

Kalau siapa-siapa ada kuasa bomoh boleh nampak soalan apa keluar final paper ni sila telefon saya di talian panas.

Serius ni.

Catatan hari selasa

Tengah hari tadi aku singgah melepak di hostel kerana kesuntukan masa kalau-kalau aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah agam tingkat 5 terlebih dahulu kerana hari ini hari penjadualan waktu belajar yang ketat dan tersumbat.

Walaupun anda gunakan pelocok untuk membuang segala yang mengakibatkan penyumbatan, anda langsung tiada peluang untuk berjaya walau setipis manapun peluang tersebut.

Sebenarnya,
tak wujud pun peluang untuk lari.

Dan bila selepas berwuduk aku yang pada mulanya nak recite baca doa selepas berwuduk, tapi boleh entah macam mana pergi recite al-fatihah sambil berjalan mengawal selipar jepun yang sudah haus daripada menyebabkan aku tergelincir dan terjatuh, aku tahu otak aku memang dalam keadaan yang tersangat letih dah waktu tu.

Anak pak haji mana boleh salah hal-hal baca doa ni.

A heh thing I did

Aku selalu klik newpost.

Tatap kotak putih ni laaaaama.

Lepastu klik x.

Ataupun,

Aku selalu klik newpost.

Taip taip dua tiga patah ayat.

Lepastu klik savenow.

Heh.

'Selamat malam sayang, belum tidur lagi?', kata Kemawas.

'Nak tidur dah', jawab saya dengan nada paling lembut pernah anda dengar sambil susun-susun bantal kepala, bantal peluk, anak-anak beruang tedi dan selimut paling selesa pernah dicipta atas muka bumi.


















Aku perlukan sebuah pakej percutian.

There has always been explanation for every deed

Yesterday I caught myself observing people around me.

Searching for several answers to my inexplainable thoughts which have been going on and on.

To my not-so-great-surprise,
I caught me seeing not-so-much-me in them anymore.

I may be exaggerating this but truth is, I am scared.

Seorang kelawar

Nocturnal animals generally have highly developed senses of hearing and smell, and specially adapted eyesight. -Google

Hearing - checked.
Smell - checked.
Specially adapted eyesight - hah?

Tipu ni tipu.

Oh, animals.

"Belajar rajin-rajin", pesan seorang kakak

Selaku manusia yang belum bertukar menjadi kelawar, aku perlu tidur waktu malam dan berjaga bergiat cergas di waktu malam.

*siang

Oke. I really need to get my sleep. Bonne nuit.

The frog croaked

As I was on my foot walking from the college hostel to my car, I looked up and see the sky a bit orange-d.

I hope it rains cats and dogs. With lots of meow-ing and bark-ing.

The cats gonna win though.

Mellow pagi hari

Kita ini terdiri dari jiwa-jiwa kabut yang terperangkap dalam persekitaran yang menggugat. Tapi sefakap mana pun perkara/mereka, sebenarnya kita tidak punya hak untuk menghakimi setiapnya. Nafas yang semakin tercungap-cungap dalam menghadapi hari-hari baru masih mampu membekalkan oksigen dengan cukup ke seluruh anggota tubuh aku. Syukur.

Pagi ni hujan. Buat pertama kali setelah kesekian kali aku bangun untuk bersubuh dengan hujan. Hujan itu rahmat (bila dah beberapa hari asyik berpanas tak senang duduk rasa nak buang baju), tahu? Dan ia buat aku lebih bersemangat untuk bukan menyorok bawah selimut.

Kalau dulu aku cuma boleh cakap 'aku kenal beberapa orang yang masih terumbang-ambing tak tahu macam mana nak hidup dengan baik'. Sekarang aku dengan nada yakin dan tegas boleh jeritkan pada semua 'semua orang masih tak tahu nak sit-back-and-relax untuk enjoy apa terbentang' tanpa menyusahkan orang-orang yang berada di samping mereka.

Sebenarnya waktu paling seronok untuk aku layan diri ialah selepas subuh. Persekitaran yang aman dan tenang. Lagi-lagi bila kau boleh layan dengar bunyi rintik-rintik hujan yang menyapa zink. Berada di beranda dan menghirup bau hujan di pagi hari adalah suatu kepuasan yang aku tak boleh dapatkan di tempat lain waktu ini.

Banyak benda nak tulis, tapi dah janji dengan beberapa besties nak pergi menyerang mekdonel sampai bankrup dengan kupon-kupon dan hari yang berbaki sehari lagi.

Sekian, selamat.

Just listen

"There comes a time when the world gets quiet and the only thing left is your own heart. So you'd better learn the sound of it. Otherwise you'll never understand what it' saying." - Sarah Dessen

Cerita kali ini

Setiap kata dalam sini tak dibiarkan jelas dan terang untuk kau transliterasikan dalam bahasa termudah. Banyak yang aku pusing kaitkan dengan perkara-perkara yang kadangnya langsung tak ada kaitpaut. Bukanlah bermaksud kata-kata dan penggunaan ayat yang susah. Bahasa aku rasanya cuma taraf penilaian menengah rendah atau lebih bawah dari itu. Cumanya bukan semua perkara itu mudah sayang.

Ada banyak perkara yang terjadi. Dunia, negara, keluarga, rakan-rakan juga aku sendiri. Banyak sampai aku kelu untuk mencatat segala. Ada kerisauan yang menjengah tapi aku pura-pura masih dingin (baca: cool). Paling risau setentunya pelajaran. Untuk fokus dah jadi semacam suatu perkara yang sangat membebankan otak. Serius. Untuk membelek baca sehelai nota kuliah aku lebih rela menghabiskan satu juz ayat suci contohnya.

Macam dah masuk satu tahap ni yang mana kau dah tak boleh nak cakap apa dah. Serius malas nak belajar. Serius. Padahal dah tahun akhir. Tapi serius weh.

Ya, aku serius ni (wajah berkerut-kerut).

Dunia pada aku terlalu kasar untuk difahamkan dengan mudah. Jadi aku tak mahu kau berfahaman yang segalanya mudah dalam hidup.

Hidup ini susah. Tahu? Lagi-lagi bila kau jumpa perkara-perkara yang membabitkan perasaan. Perasaan kau, perasaan manusia sekeliling. Perasaan kau, perasaan manusia sekeliling. Perasaan kau, perasaan manusia sekeliling. Ulang sampai sepuluh kali pun dah macam berat kan? What if perkara tu dua puluh empat jam melekat dalam kotak fikiran dan kau tak ada tempat untuk buang atau catat gumpal guling-guling bawah gaung kasi hilang dan mati. Atau kasi lenyek lori treler sampai lumat.

Seperti biasa untuk yang sudah sedia tahu dan maklum, aku rindu mak. Berkali-kali punya rindu. Berkali-kali punya rasa terbeban untuk kali yang entah ke berapa ratus ribu kali punya rasa susah. Tapi kali ni aku sampai lupa yang mak dah tak ada. Kalau mak ada mesti mak frust sebab result aku kali ini akan menjunam punya dengan paras malas begini. Tapi konklusinya tetap aku fikir kalau mak ada tak adalah aku jadi stuck begini.

Tak. Ini bukan salah takdir. Takdir itu yang ditentukan. Apa yang salahnya?

Untuk fasa seterusnya, aku akan lebihkan diam sampai pupus segala masalah. Aku akan benam muka ke bantal dan terbobok lesu mencari mimpi-mimpi tentang syurga masa depan. Moga larut segala berat yang aku tanggung ini dalam rintik hujan yang tak putus-putus.

Kalau aku smoker memang dah bertemankan berpuluh kotak dah. Tapi dadah aku cuma kopi. Ya, kopi lagi pekat lagi sedap. Boleh terbobok manja-manja gitew. Tapi hebatnya budak-budak rumah aku lagi tiga orang semua tak minum kopi. Entah apa jenis dadah diorang ambil boleh tahan tak minum kopi. Serius hairan yang betul hairan ni. Hairanah.

Sekian, sari berita terkumpul.

Dup dap dup dap

Tuhan, terima kasih sebab kasi aku peluang buat perangai meroyan kat beranda pagi tadi semata nak buat perangai mengada mengadap dada langit.

Ada putih, ada ungu, ada pink, ada oren, ada kuning dan setentunya biru. Baunya memang lain macam punya bau.

Bila entah lori sampah nak berdisiplin angkut segala busuk yang ada.

Bukan pasal sailormoon

























Aku rindu perasaan tatap awan dari atas. Maksud aku bukanlah aku sudah ke syurga. Nak mimpi syurga pun susah. Nak bau syurga pun bukan senang weh.

Pernah fikir kenapa letaknya syurga tu di atas langit, bukan kat bawah laut? Sebab kalau diikutkan kedua-duanya infiniti. Macam-macam boleh teroka dan jumpa benda baru.

Semalam dan beberapa hari lalu juga hari ini, bulan jelas kelihatan menunjukkan rupa. Kalau tak ada test yang bertimbun ni aku dah meronggeng pergi duduk tanah lapang baring tatap dada langit kasi kenyang-kenyang dah.

Fenomena supermoon.

Waktu ni kalau nak buat puisi cinta memang feel dia lain macam punya mari. Sungguh. Betul-betul ni.
Aku tak tahu macam mana nak buat diri rajin belajar dan menelaah pelajaran. Masalah besar bila kau sedang dalam tahun akhir. Dengan final year project lagi. Takkan nak ke laut.

Kalau kau bagi aku mesin jahit konpem boleh buat baju, beg, sarung bantal dan bermacam-macam lagi produk kau tak boleh fikir pun boleh terbit cuma dengan sebuah mesin jahit.

Haih.

Pantai. Aku rindu pantai.

The possibility+possibility

Mungkin gembira (read: happiness) yang kita cari tu sebenarnya sedang main sembunyi-sembunyi. Atau sibuk main pondok-pondok kat bawah rumah kampung ceruk sana.

Mungkin lah kan. Kan?

Starlight shining so bright




Nah, buat bekal tidur malam nanti.

Ada gagal yang gagal untuk digagalkan

Aku paling suka tidur yang tak ready. Tidur yang macam kau baru lepas bersengkang mata main game mariokart dan sudoku kat nintendo ds sampai terpejam-pejam tapi masih bertahan main. Lepas dah beberapa kali main pejam-pejam mata sambil pegang stylus dan salah isi nombor sudoku, kau tekan off, buang game kat tepi dan tertidur sampai pagi.

Tak study pun. Hahaha.

Feel dia macam dapat makan ais krim, coklat dan kek sampai nak muntah semula. Terus segar bugar dan bangun sendiri dengan rajin. Dan mengupdate blog.

HAHAHA.

Misteri betul

Ada kefikiran bodoh yang menjengah tapi aku cuba buat tak tahu. Tapi semakin buat tak tahu macam isi dalam kena makan dengan ikan kecik-kecik tu perasaannya. Ikan kecik-kecik sebesar jari kelinking tapi giginya macam piranha. Entah. Aku tak cukup banyak bicara sama Tuhan agaknya.

Ada kawan aku tanya kenapa blog dah misteri sangat. Aku jawab sebab aku nak jadi pendiam. Which tak logik pun. Sebenarnya sebab tak cukup masa nak jengah ngadap blog sendiri lama-lama.

Sebab banyak masa yang ada baik main fesbuk pasal 'pelajaran' dan baca blog lain yang boleh kasi kesan deep-deep sebab aku dah kosong. Mungkin masa. Mungkin rasa. Sampai susah aku nak korek letak cerita kat sini.

Lepastu dia suruh aku letak beberapa posts atas satu page. Heheh. Here you are. Kosong-kosong pun ada orang jenguk rupanya.

Misteri betul.

Ful-fill-me-nt

I don't usually tell what my plans are. What I aim for. I'm afraid I would look dumb to others if I can't reach them. Especially when they know that I'm not trying enough. You know, being skeptical to my own-self. Heh.

Right now I feel empty. Empty-handed. Empty-footed. Like being naked. The public stares as if you are an alien or something. Or the fact that you felt no one take you seriously. Being invisible or something.

There are things I need to put myself in. There is thing I'm trying to make out well. There are lots of stuffs going on my mind. And all I feel is hnsf%#*. Can't even put them into words.

Sigh.

Oke, I'm actually lost. Where's the light?

Heh

Aku lupa hari ni kelas jam 8am sampai 1pm. Bukan jadual 2.30pm sampai 7pm. Atau jadual yang 3pm sampai 830pm. Nak kena activate otak suruh bagitahu saraf hantar signal ke organ bergiat cergas. Nak kata bengong pun ada jugak. Taktahu nak marah kat sape.

5:18am - Macam mana aku boleh lupa tidur ni?

Bau pagi

Dah macam syurga bau-nya.
Fuhh2.

Tahu main makan tidur

Aku
rindu
waktu
semua
tak pernah
dan
TAK
p e r l u
kisahkan tentang
hal-hal
lepas
dan
hal-hal

masa depan.

To remind

Kita lupa barangkali, yang kita ni lemah. Kita buat-buat kuat tempuh segala malapetaka pamer tunjuk muka paling bengis dalam dunia supaya semua takut dan gentar dengan kita. Kita sebenarnya dalam sini letih gila. Mungkin juga sangat letih dan memang sudah gila sebab masih sanggup berpura-pura tampil hebat depan semua orang. Kita kadang-kadang ada juga terdetik nak jerit panggil manusia-manusia yang sudi untuk papah kita tuju ke situ. Tapi kita tahu sekuat manapun cuba jerit, suara akan hanya terlekat di celah kerongkong.

Macam cuba korek sisa makanan yang terlekat celah gigi dengan lidah. Yang senang, senang lah nak capai. Tapi bila masuk pada lubang yang paling susah, agak-agak dapat tak?

Statistik menyatakan yang kau akan bergegas untuk mencapai berus gigi, floss, kumur air banyak-banyak, guna pencungkil dan sebagainya.

Sebab memang kena usaha sendiri. Tak ada orang lain dah yang boleh tolong. Tapi serius nak jerit mintak tolong kuat-kuat sampai terkeluar anak tekak.

Penat wei. Penat sorang-sorang gini. Penat yang betul-betul punya.
Kalau semakin hari semakin mudah untuk kaya dengan duit yang haram, maka esok-esok makin ramai yang hilang percaya dengan cara hidup bersih yang hanya membebankan pada mereka. Golongan atasan mungkin tidak merasa hal ini. Pada mereka bila jenayah kecilan seperti kecurian dan merompak itu ini adalah kesalahan besar yang kadangnya tak patut dimaafkan. Ya, niat tidak menghalalkan cara. Cara juga tidak menghalalkan niat. Sara hidup yang meninggi buat ramai yang terdesak sedemikian. Kita kembali ke akar umbi yang meletakkan peraturan samada berlandaskan syariah atau tidak. Setitik nila permulaan akan meresap membirukan sebelanga susu, air dan sebagainya.

Kadang-kadang demi duit, kuasa, harta, nafsu, perempuan dan keabadian kononnya, semua jadi punah ranah.

Penat.