wishing upon the stars

i wish i could be like a robot. bila bateri habis sudah, mati. caj balik, hidup dan bertenaga. tak ada perasaan. tak perlu main kayu tiga untuk tampak lebih berguna. dah terang2 tak ada malu apa nak berbogel sini sana. main raba2 pun cool2 saja tak perlu fikir dosa pahala. akal pun tak ada untuk bertanggungjawab fikir baik buruk dunia.

amacam?
tak2, ni bukan azam tahun baru gua. tak rock langsung.

kelantanese kata,
"tok rok doh ambo kalu lagu ni la caro dio"

dah ramai duk sambut ucap selamat datang duaribusepuluh dan lambai pada duaribusembilan. malas aku nak ulas banyak. rasa sama je? tapi duaribusembilan yang aku kenal ini, aku takkan mahu tukar dengan mana2 duaribuakandatang yang lain.

let it be it.
mungkin kena tunggu lagi 53hari aku cukup duapuluhsatu tahun mungkin.

banyak betul kemungkinan mungkin; ceh.

hagh!
tuanya.

kakak aku marah bila aku cakap masa harijadi ke duapuluh aku,
"waa,adek sudah tua!"
"habis awak nak cakap saya sangat tua lah?"

kaki basuh baju: otak macam makin kotor ni apa kes? lontar masuk mesin basuh baru tahu.

-

macam mana aku boleh selalu lupa yang aku auto-post certain2 entri dan kemudian comel2 terkejut buka blog sendiri?

ni malas berteknologi sangat ni.
nasib belum pakai berihitam, telefonsaya dan sebagainya.

tapi aku rasa penyebabnya ialah otak karat cuti lama2.
padahal sebelum cuti pun dah selalu macam gini.

11januari2010 dah nak mula sesi pembelajaran; padat otak aku macam ni.

kaki pening2:
entri ni pun auto-post juga, sepatut 1pagi 31disember,
tapi dah keluar terus ni apa cerita?

courage story

mencari keberanian dalam diri sendiri adalah antara benda2 susah yang cikgu tak ajarkan di sekolah dalam silibus pembelajaran. samada kau tahu kau di jalan yang benar mahupun tidak pun, kadang2 akan ada masanya untuk kau rasa takut2 untuk bertemu strangers sebagai kawan baru contohnya.

kalau tanya aku, banyak benda aku takut boleh berdetak jantung rebah ke lantai. seperti menanti giliran untuk dipanggil ke kaunter bank. kalau buat novel, aku boleh karangkan ayat;

"peluh2 jantan mula kelihatan di wajah comel beliau. degupan jantung kian pantas. kadar turun naik dadanya begitu jelas sekali membuktikan debaran yang ditanggung. matanya melilau ke segenap sudut ruang berpenghawa dingin itu. kemudian ditala ke skrin digital yang memaparkan nombor giliran seterusnya setelah bunyi nada TING kedengaran"

heh. bila menghadap sesuatu yang tak pasti. macam juga bila kau ke sana ke mari. we don't just greet every single person we met along the way. kadang2 bila kau senyum orang tak balas senyum tapi masam muncung mencuka pandang semacam pun kau dah tergugat sendiri. ada nasi terlekat kat dahi kau ke? atau bila kau tegur orang bagi compliment tapi end up tak dapat reply yang diharapkan.

tapi at least kau berani dude!

macam gaya aku lepas drive. masih ada sisa berbaki bagi vibration dekat jantung aku. tangan pun terketar2 macam masuk iceworld. siapa suruh lama sangat tinggalkan stereng tu? bila dah terlebih berani kereta pula tak ada. heheh. mengada.

ironinya; aku pun tak tahu apa maksud ironi. berani cuba guna! haha.

"saya budak baru belajar,
kalau salah jangan kejar"

wah. berbakat juga aku ni.

out of the blue,

gua tak jadi minta singgit sorang. sekupang pun jadi la.

"boleh?"
(nada paling lunak seantero dunia)

hari tu gua gelak besar bila tonton the nanny di hallmark. tahan perut comel kaw2. kalau tonton raja lawak di prima gua sekadar senyum nipis segaris saja (pinjam ayat novel).

siri di mana si fran dan maxwell berada di hospital kerana fran mengandung dan mahu cek itu kandungan yang fran kandungkan (ayat macam karma berulang2). kepada cikgu bm, sila jangan rotan saya.

nurse: lihat, ada empat kaki!
fran: haih, jenuh la saya nak kejar kalau dia lari (mengeluh geleng2 comel)
nurse: tak. maknanya awak ada bayi kembar lah sayang oiii. (oii ditekankan).

maxwell: ibu jari dia ke tu? (muka tertanya2 penuh tanda soal)
nurse: tak2. bukan.
maxwell: oh, memang anak lelaki saya. ehem2. (sengeh2)

nurse: yang sorang lagi agak chubby juga.
fran: betul ke? (nada tak percaya mata besar2) waahh. (senyum sorang2) memang (nada ditekankan macam oii tadi) anak perempuan saya.

dah selesai sesi scan. si fran duk termenung sorang2. ni klimaks aku gelak sebenarnya. dia duk bayangkan anak2 dia dalam kandungan dah besar. campur dengan anak maxwell tiga orang. total lima.

fran cakap, "apa la saya nak buat dengan lima orang anak ni?"

televisyen siarkan kugiran enam orang yang fran sebagai penyanyi, anak2 dia main instruments dan join sama menyanyi. yang bayi kembar dua orang tu sorang main drum, sorang piano tak silap aku. semua pakai baju merah. lama pula tu dia papar yang ni. sakit betul aku gelak lama2. nak tukar siaran tak mampu sebab memang nak tengok.

kah3

oke. kalau tak faham pun tak apa. just tolong hargai effort aku terjemah siap untuk lu orang baca tu. faham maksud effort? ingat senang?

ceh; letih la buat lawak orang tak faham.

brain functions

setiap hari celik2 mata saja otak kau dah melayang laju2 tinggalkan jasad yang masih duduk bermalasan di katil. bukan sengaja untuk kau memproses data segala, tapi sudah di luar kawalan untuk menghalang minda berlari ke sana ke mari. lelah bukan? kekadang dalam bermimpi pun ligat ianya berputar bagai menyelesaikan persamaan matematik dan kimia. nasib saja tidak dibawa bersama kalkulator ke alam itu.

aku penat.

muallaf - yasmin ahmad (arwah)

kaki gesek biola usang; mendayu2 bunyi dia.

cerita muallaf ringkas tapi padat dan sekejap cuma;
dan memang bila tepat2 satu jam setengah dah stop tu aku macam;

"eh?", terpinga2 comel.
tapi cukup untuk aku.

senyum comel2. tarik nafas, hembus. ambil feel, aha.

hall kosong je pada hari tayangan pertama.
heh.

"caro apo aku!", pisey gedebe bersuara.

live for the moment to the fullest

i will not waste a second of my time to regret of what i am now - measzy

jangan fikir berat2. ini entri ringan2 sebab aku lapar. lepas jumaat baru boleh makan join saudara mara sebelah pakcik aku dari johor. tak ada pertalian darah la kira ni. ehem2. segan yang amat aku.

kita semua berhidup atas dasar apa yang kita pegangkan. yang kita percaya. the steps you left behind, might not even got a clue on what the steps ahead. the reason; i believe in every precious moments in your life, you change. changes yang mendewasakan mungkin.

tarik nafas sekarang, tak dalam pun takpa setakat sejengkal dua. hembus sampai lubang hidung membesar sedikit, jangan banyak; tak comel.

kenapa manusia suka berharap pada manusia lain? walaupun pada sesuatu yang tidak pasti ke mana arah tuju perjalanan itu. we just do. why do we have to think of the unthinkable kan? just live for the present. and put a little plan in your mind for the future.

today changed me. or should i say, yesterday changed me? or the day before yesterday. two days before yesterday, last week, last fortnight and the list goes on. or i might also say, tomorrow will change me. also the day and day after that.

kalau changes untuk something better, kenapa perlu regret. dulu ada jual satu aiskrim ni kat koop sekolah aku. abang tu datang nak beli aiskrim senyum2 je. aku tahu aku sweet. aku panggil aiskrim tu aiskrim senyum2.

senyum2 jom!

ulasan tentang blogger cun tapi senget

dah tahu kan siapa?
tak payah bagitahu lah.

em.
nak kena label sorang cun sorang senget?
atau sorang senget sorang cun.

aku tak boleh link disebabkan sekuriti keselamatan orang hebat.

sorang tinggi sikit, sorang rendah sikit.
(tetap aku paling pendek. dem)
sorang terlebih cakap, sorang banyak cakap juga.

kalau sua makanan kat depan dorang ni,
sentuh sikit2 je,
sebab duk potpet2,
tapi then lu orang akan heart attack tengok cokelat korang pun habis sama.

oh,
jangan buat lawak ngan diorang;
nanti gastrik macam aku.
(padahal sebab sebulan tak makan ubat)

tapi yang untungnya tak payah susah2 pergi buat rawatan face lift,
pipi tegang sendiri.

nasib aku sakit2,
kalau tak diorang tutup muka dengar aku gelak cam setan.

em;
babai.

kaki goyang2: yang ni boleh? dah panjang sikit la tu.
perut buat2 comel: sakit. hormon la tu.
otak sengal2: buat2 pening nak mengidam makan masam2.

klu: diorang ada komen kat entri cucuk2 langit tu.
ala, yang cun tapi senget tu.

gaya cucuk2 langit

jumpa blogger cun tapi senget 2 orang!!
rahsia.

kaki menggelupur: diorang suruh update.

to be or not to be - william shakespeare

kecil2 dulu kalau orang tanya nak jadi apa, aku jawab nak jadi doktor, jurutera dan saintis. terutamanya waktu darjah lima dan enam; bila si guru menyuruh mengisi kolum2 cita2 pilihan dalam buku rekod sekolah.

mula tingkatan satu di sekolah berasrama penuh, otak hanya fikir main, main, main. aku bukan spesis budak yang akan homesick di malam hari dan sebagainya. apa perlu, setiap minggu dapat makan sedap2 berpiknik bagai dan stok makanan atas loker tak pernah habis.

di situ aku sangat aktif. walaupun masih belum menunjukkan diri sebagai seorang yang banyak cakap, tapi orang senang cam aku. senior2 cakap, 'ala, budak yang paling suka senyum tu'. comel bukan? ya, ya. aku tahu.

yang aku musykil ialah waktu itu, tika itu, aku sibuk dengan pelbagai aktiviti yang jika diberi pilihan waktu sekarang, sentuh dengan hujung kaki pun aku tak mahu. jawatan sini sana.

segala benda aku ada nama aku. contohnya nama di kedudukan sepuluh teratas setiap kali ujian selaras atau peperiksaan akhir semester. ya, ya. hebat bukan? awal2 pagi selepas subuh di hujung minggu aku sudah bersiap sedia comel2 di meja kelas menyiapkan tugasan apa2 yang perlu.

tapi tak bertahan di sepanjang pengajian di situ pun. ini tak penting, teruskan baca. jangan berhenti di tengah jalan; nanti kena langgar.

satu saja aku paling benci; buat nota sejarah. aku tiru rakan sebaya atau salin sebijik2 dari buku teks. serius tak tipu aku salin setiap ayat yang tertera di situ. kemudian buat ombak2 dengan pensel warna dan pen2 glitter pinjam dengan kawan. sampai sekarang aku tak reti dan malas nak belajar buat nota.

"ini pilihan saya!", nada macam dalam iklan.

dan kalau tak silap aku ada saja ketikanya aku bercita2 mahu jadi seorang penyanyi kecil2 comel dahulu. dan aku rasa situasi sewaktu kecil itu berulang lagi kerana sekarang pun aku semakin comel dan baik sopan.

aku tak dapat keluarkan lirik2 dari flybaits - mengapa perpisahan yang kau pinta dari otak sebenarnya. tiba2 jadi karangan entri sepanjang ini pula. kalau nak sedapkan ayat aku ni, aku nak je sebut 'celaka!'. tapi sebab aku sopan lagi comel, aku cool2 saja.

fuhh2; cau. (sing a love song - tak nak tiru encik cool, fu fu)

possibilities of making choices

dari pemerhatian aku menjelajah dunia blog, aku lihat, aku baca, aku jumpa ramai manusia satu spesis macam aku dalam mencari pengertian hidup. dengan cara masing2 , ia mungkin kelihatan berbeza penyampaiannya, tapi sebab2 yang kita masih berterus untuk hidup, ialah mencari identiti masing2.

setentunya kita semua datang dariNya dan akan kembali kepadaNya.

cuma dalam situasi menghadapi pelbagai keadaan yang ditempuh hari2 itu yang menjadikan kita manusia di kalangan manusia. dunia sekarang bukan lagi macam zaman sebelum. bapa borek anak rintik, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya.

tak dinafikan, sebab2 seperti itu masih lagi boleh digunapakai. cuma aku rasa, ia lebih kepada kesedaran seseorang itu sendiri untuk memajukan diri atau sebaliknya. kau boleh pilih untuk hidup bersuka2 melepak saja sampai tua. kau boleh pilih untuk belajar rajin2 jadi doktor contohnya.

tapi ada juga yang graf hidupnya mendatar saja. atau yang meningkat empat puluh lima darjah. jika aku dijadikan sebagai contoh, kau semua boleh main rollercoaster yang penuh liku2 mencabar yang boleh menyebabkan lutut kau tercedera bergesel semasa melalui rentetan graf tersebut.

walaupun jika dulu kau bukan pelajar yang bagus di sekolah, tak mustahil kau boleh jadi pelajar terbaik anugerah dekan di universiti. ini normal. golongan yang bijak pandai di sekolah dahulu mungkin terlalu genius untuk berfikir apa yang lebih dimahu dalam hidupnya. kemungkinan seperti ini, pilihan yang menarik, itu yang mencorakkan hidup kita semua.

jika dulu anak2 diarah disusun atur saja jadual hidupnya, kini kita boleh lihat berapa ramai graduan yang memutuskan sendiri halatuju hidupnya usai menghadiahkan sijil ijazahnya kepada bapa dan ibu mereka. ah, macam dalam iklan di televisyen itu.

sepertimana jika kau pilih untuk berdiam diri atau bersuara. untuk mencarut sesuka hati atau berzikir sepanjang masa. memperbanyakkan dosa atau pahala. timbangtarakan apa yang kau mahu dalam hidup itu, dan buatlah pilihan dengan betul. kerana hidup kau bukan tentang kau saja putarannya. fahamkan dengan baik.

aku rasa, jika aku bukan di sini sekarang, mungkin aku terjerumus dalam lembah kekusutan yang melampau2. belum sempurna pemahaman hidup yang ada. sebab itu aku teruskan saja. masih banyak yang perlu dikorek dalam2.

heh; bajet bagus betul.
padahal macam orang gila duk cakap sorang2 dalam bilik.


"apa nak jadi?apa nak jadi?sampai sekarang tak kahwin lagi~"

kaki geli2: 22hb 1145am aku terbang ke kuala lumpur dengan sayap gergasi. siapa2 nak kasi tiket avatar dengan mualaf dipersilakan dengan hormatnya. kalau segan2 tutup muka.

it just take a while

ambil seketika dari masa kau. pejam mata rapat2. tapi sebelum itu, pastikan anda bukan sedang;

1-memandu kenderaan,
2-mengendali mesin berat,
3-mengusha awek di stesen bas,
4-mendail nombor di telefon,
5-makan nasi ayam,
6-menaip entri di blog,
7-skipping,
8-dll.

melainkan anda memang mahu tidur, sila teruskan aktiviti yang anda lakukan dan jangan endahkan apa yang tertera di sini. jika tidak, anda mungkin akan kehilangan nyawa, terpotong jari, awek lari, salah tekan 999, tercekik tulang ayam, syok sendiri, tersembam ke tanah.

kalau nak pertikai kenapa aku list down kan satu sampai tujuh sahaja, sila isi sendiri nombor lapan ke infiniti. apa ingat aku tak ada kerja lain ke?

sekian, gua nak tidur. jangan bising.

a question for everyone, raise your 'finger', no-no, not the middle one!

aku nak tanya kamu2 semua lah. yang tak mahu jawab pun tak apa. ini bukan paksaan. em, lupa la pula. kalau paksa2 tadi dah ingat. biasa la. amarah orang kata meluap2 brader cik kak semua. btw, think about the future and the present which is now. and why? eh, dah dua soalan.

siapa nak jadi terlebih kaya compared to now dalam masa 4-5 tahun dari sekarang dalam misi visi target dan sebagainya, sila angkat jari manis masing2 sekarang!

babai.

kaki menyorok: hajat nak tanya dragonball ada berapa biji? saja buat2 lupa takut kena lempang.

chris vadham - hanya nyanyian dalam sepi

Jangan kau hujani dengan pertanyaan
Kerna pasti akan mengecewakan
Fahamilah pengertianku ini
Setiap insan punya perasaan
Setiap cinta perlukan pengorbanan
Walau sekejam ini yang kulakukan
Sanggup berpisah demi kemanusiaan
Asal kau bahagia oh masa depan

( korus )
Cintailah dirinya kerna dia lebih sempurna
Apalah ada padaku, hanya nyanyian dalam sepi

Renungilah sejenak bintang nan antara
Belian dengan kaca mana lebih berharga
Pandangilah keatas keluargamu di sana
Turutkanlah kehendak mereka
Kerna ku sendiri menyanyi dalam sepi
Anggaplah diriku sepotong mimpi
Usah kau tangiskan pada perpisahan ini
Pergilah kepadanya selamat tinggal

kaki sengal2: sepi betul bila karok lagu ini petang tadi. hagh!

actually, gua karok ni petang khamis. salah tarikh publish. well, gua bukan kerja bahagian publishing bloggerdotcom pun. petang tadi gua sibuk menjahit sampai tertidur. ayu bukan? siapa nak tuju lagu hey si gadis yang manja tengteng tengteng, silakan.

creep - radiohead

When you were here before
Couldn't look you in the eye
You're just like an angel
Your skin makes me cry
You float like a feather
In a beautiful world

I wish I was special
You're so fucking special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here

I don't care if it hurts
I want to have control
I want a perfect body
I want a perfect soul
I want you to notice when I'm not around
You're so fucking special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell I'm doing here?
I don't belong here

She's running out again
She's running out
She runs runs runs
Whatever makes you happy
Whatever you want
You're so fucking special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the hell am I doing here?
I don't belong here
I don't belong here

kaki berwajah hensem: gua pun tak percaya gua layan lagu ni. zaman lama ni. ala, yang gitu2 tu.

if only i could

kalau boleh. aku nak buat perubahan besar pada dunia ni. contohnya semua orang harus bayar wang kepada aku satu ringgit sehari. every and each living person. kalau yang belum bekerja dan bayi sebagainya, maka si golongan ibubapa dan penjaga lah yang bertanggungjawab melakukan pembayaran cash tersebut. tak kisah lah warganegara malaysia atau kerakyatan palsu atau apa2 lah. asalkan kau bernyawa. ha, gimme2.

oh, jangan risau. no need to datang jumpa aku hari2. aku pun malas jumpa korang selalu. bosan juga weh hidup macam tu. bank in saja cukup bulan. ala, macam gaji tu. atau sistem gaji macam mana? sistem banyak sekarang. online saja. kalau zaman2 awalan internet dulu orang kata dunia di hujung jari, cewah.

kah3

heh.
if only i could lah

duit oh duit; macam mana gua nak grab title shopaholic of the year macam ni?

filem pengorbanan oleh cik pisang comel

pengajaran filem terulung kali ini;
- kerjasama sesama manusia dalam satu tujuan
- berkorban apa saja. wang ringgit dan sebagainya untuk tujuan yang baik
- berseronok berpada2. mati itu pasti.

gua selaku tuan direktor mohon maaf kerana ada sedikit kesilapan teknikal dalam pembikinan trailer ini dan gua bukan kurang bajet nak kerahkan tenaga kerja edit semula, tetapi membazir masa itu tidak baik. why not kamu2 scroll sendiri dari bawah ke atas ikut susunan nombor. semua pandai2 bukan? aha. sekian dari pihak penaja.

9- lagak gaya hero pertama dan kedua di zaman muda-mudi. keh3. aku pun baru terfikir. sama pula baju hitam dan putih budak2 ini dan budak2 besar sikit di bawah ini. haha. oh, ini poster depan filem itu. jangan ketinggalan untuk menyaksikannya di alam imaginasi sendiri. masuk percuma.

8- tamat trailer filem ini. jejaka kacak bersinglet putih itu heronya. cepat kirim salam! yang di kiri berbaju hitam itu hero kedua. biasalah. macam filem korea. di sebelah kanan itu dua orang heroin sedang berdiskusi.


7- di saat2 azab nyawa beliau diambil. meliar berguling sakitnya mati. waktu ini rentetan filem view secara slow motion. dengan muzik latar yang bukan agak perlahan, tapi sangat2 perlahan. azan turut berkumandang.

6- ah. bagaimana bengis dan hebat pun beliau, tumbang juga akhirnya setelah berjaya menyondol beberapa manusia di tempat kejadian. seperti juga manusia sesama kita. setinggi manapun martabat kau, ke tanah jua akhirnya beb. bismillahirrahmanirrahim. semoga aman beliau di sana. (kat sini ada selingan bunyi2 tangisan anak2 dara berkain batik dengan makcik2 makan sireh)

5- cool seperti ini gayanya memerhatikan budak berseluar bunga2 itu di depan beliau yang sedang bercekak pinggang. mahu pinjam katanya. tapi budak itu jawab tak boleh dengan bangga. berani la macam tu. mentang2 beliau sudah kena ikat dikaki! huh. (sound efek seperti adegan buaya dan jerung kejar mangsa2 dalam cerita mat salleh tu)

4-ramai2 mahu kontrol macho bermain tali lembu paling bengis atas muka bumi (tapi lembu gaya cool saja. ya, beliau cool amat.siap nyanyi daddy2 cool gaya cucuk2). aktiviti bermain acara tarik tali berlangsung agak lama juga. gua sebagai direktor sangat penat ketika aksi ini berlangsung. mahu taknya jika beliau yang bengis menerpa ke arah gua. hah, boleh hilang kredibiliti. gosip panas.
3-lembu paling bengis atas muka bumi mahu beraksi. di kiri kelihatan pakar penjinak lembu paling hebat mencuba gaya ala2 koboi untuk mendapatkan beliau yang bengis. geng2 di sebelah kanan berteriak memberi semangat padu malaysia boleh kepada si penjinak. (muzik latar fikir sendirilah. macam cerita back to the future kot)

2- lembu paling manja yang telah tumbang. semangat bekerjasama berganding bahu tolong menolong amalan mulia dilaksanakan di sini. golongan yang muda datang untuk melihat dengan lebih dekat walaupun tak pandai. tak mengapa. belajar! pedulikan seluar yang mencari publisiti itu. padahal memang gua sengaja snap seluar itu pun. (lagu bokojolah kito sekueknyo berusoho lah kito sekueknyo dengan efek drumroll)

1- mengintai lembu paling bengis atas muka bumi. ramai2 soksek soksek bercakap bicara tentang menu apa lembu itu akan disajikan sebenatar nanti. ada yang mahu digulai. ada yang mahu steak. masak sup. gearbox. aladrift. deskboard dan sebagainya. ikut suka. hari mulia.

life is all that

kadang2 terlupa yang kita ni manusia biasa. cuba berfikir lebih2 sampai sakit2 kepala bagai yang boleh mengakibatkan undangan kririkal yang lain. di bawah sedar kau sebenarnya hanyut. di bawa arus deras yang tiada penghujung. kendian terjatuh ke jurang yang dalam. tenggelam. kau lemas dan mula bagai nak putus nyawa peritnya.

sakit. kau tahu jika kau meraung buat seluruh dunia pun bukan ada siapa yang akan berpaling nak tadah telinga untuk jeritan seterusnya. cepat2 sumbat earfon untuk dengar lagu power rangers dan doraemon mungkin. ligat macam mana pun pergerakan kau, kalau kaki dah tersadung sekecil2 batu pun tak seimbang juga namanya.

agak kelakar kadang2nya kau fikir yang hidup orang itu senang. hidup kau susah. atau sebalikya. suka2 hati saja buat kesimpulan bagai. walhal lontaran itu bukan tepat pun. ia lebih kepada untuk menyedapkan hati sendiri dan cuba keluar dari kepompong jiwa kacau. hakikatnya hanya Tuhan yang tahu.

contohnya seperti mengucapkan maaf dan mengakui itu kesalahan kau. padahal dah terang2 bukannya dengan maaf itu akan boleh memutarbalikkan kejadian atau apa yang berlaku. tapi itu hanya for the sake of your own good untuk berasa lebih selesa kononnya kau dah lakukan yang terbaik. well, it doesn't.

hidup aku kini banyak tidur dari makan. jika aku kata aku makan nasi 3x sehari dan ada selingan megi dan sebagainya juga. fikirlah berapa banyak dos tidur yang aku amalkan. bila stress aku tidur. jadi adakah ini menampakkan aku banyak stress? aha. tidak sama sekali. it's more to pamper myself.

mungkin.
_
cau.
nak ngap femes emes sambil guling2 macam tenggiling atas katil.

mungkin nanti

hari2 bermalasan begini di rumah betul2 buat aku bingung seketika. well, agak lama sebenarnya untuk beberapa tika. otak macam lembab semacam. tapi masih ligat dalam permainan mata bukan keranjang misalnya. dan serius aku katakan aku betul hilang idea nak menaip bagai di sini.

nak kata hidup senang2, tak juga. banyak yang aku fikirkan seperti masalah bom nuklear, senjata kimia, pasang surut air laut, cara2 makan banyak tapi berat makin susut, bagaimana gaya kucing aku mengambus tanah setelah ehem2 dan sebagainya.

dah beberapa hari tersentap disentap terlempang ditampar dan dihentak bagai dengan piza, spageti dan megi buat aku rasa kenyang saja. kenyang dengan keperitan. letih bila banyak berfikir. rasa nak mampus bila terlebih tidur diulit mimpi2 bukan ada jejaka kachak tetapi dikejar sinyu dan giant misalnya sibuk nak pinjam perut comel aku.

but, alhamdulillah. demam dah ease. tapi aku masih hairan sorang2 sebab banyak kerenah pula kepala aku yang berat ni. bukan sakit semacam tapi bermacam2.

ingatkan selepas mengenakan spek mata hitam ferragamo sepuluh bukan juta2 tapi ringgit yang aku beli di kedai bertentangan pkns bangi itu hari akan oke2 saja tapi salah rupanya tekaan aku. susah nak mengakui aku salah beb.

tapi memang aku salah ni.
angguk2 comel dengan wajah yang tersangat comel; pasrah.

tapi hari ni feeling dia lain macam. seronok ada. letih ada. menyampah nak sepak2 orang ada. gelak sampai perut terburai ada. berdebar2 ada. rasa nak kejar2 orang ada. mungkin sebab dapat melepak sama dua orang manusia aku gelarkan kawan yang mari. mungkin sebab makan mekcikken dekat mekdonel antara jam dua belas hingga tiga petang. mungkin sebab dapat borong tshirt sebanyak sembilan helai dengan harga murah. mungkin sebab ketemu kain cotton corak lawa banyak2 tadi buat aku terfikir nak masuk rancangan gadis melayu misalnya.

mungkin juga sebab bersebab yang deep inside aku saja yang tahu; diam.

well, at least aku pulang ke rumah dengan mendapati ada suatu bungkusan kecil comel macam aku di atas meja. aku rogol dia dengan rakus. aku sengeh2 macam kerang busuk. melompat macam monyet dapat bunga. gigit sana. gigit sini. selak itu. selak ini. pergh.

siapa tak happy dapat parcel kiut2 dari german. antara isi dalamnya ialah bukan seutas jam tangan licorn. satu bungkusan kuning dan satu lagi kotak warna putih. satu ferrero giotto dan satu lagi ritter sport. aha. sila gugel sendiri itu apa.

kehadapan cik ain tersayang;
aku sayang kau lebih bebeh. maaf. tak sempat nak reply emel pagi tadi. dan malam ini juga aku tak larat weh. kepala berdenyut2 sudah. nak karang emel kena bersemangat sihat2 kan? huhu. dah nama emel berinti karangan 37 perenggan.

kaki lenguh banyak jalan: siapa bosan jomla berutus emel dengan aku. serius akan terpikat dan nak pos coklat banyak2 pada aku.

------------------------------------------------------------------------
mungkin nanti (lirik) - peter pan yang ada ariel itu (video)
imbau zaman2 gua nyanyi perform lagu ni pakai instrument.
ada percaya?
please please please, kamu jangan nakal (tangan joget2 comel);
semua radio pasang lagu ni tadi, tiba2 gua hafal. dem!

a dose of reality

setiap orang punya kisah hidup sendiri. kelat, pahit, manis, ceria. it all mixed up in one to make one. kau tak boleh nak kata hidup kau gelap saja langsung tak ada cerahnya. kau juga tak boleh nak kata hidup kau setentunya terang saja tiada walau secubit gelap.

hari ini. hari semalam. hari esok. dan esok2. tak dapat nafi untuk kita elakkan segalanya. langsung tiada alasan untuk berbuat demikian. jangan pernah cuba mempersiakan mereka2 yang hadir dalam hidup itu.

dalam mencapai tujuan dan impian, pelbagai halangan dan dugaan mendatang. kau hanya mampu melihat. bila cuba mengukir senyum, ada saja yang mencuri kembali. kau akur, kau benar kerdil.

bernafas hari ini, tidak menjanjikan hari esok. mungkin yang tinggal hanya hembusan nafas saja. kekuatan kau hanyalah pada pegangan2 tangan yang senantiasa ada di sisi. pedulikan mereka yang mencaci; hanya segelintir manusia bodoh.

tak mengapa untuk sedikit terlewat sampai ke destinasi, asalkan apa yang dituju itu dicapaimu erat di pengakhirannya. bukan genggaman lemah yang mampu terburai leka.

teguhkan perisai; hadapkan dirimu. realiti bukan seperti mimpi yang berbunga2. kadang2 lebih mengerikan dari apa yang akalmu termampu.

sekian.

hopes

how shattered your dream is; keep going. -measzy

dalam hidup, kau selalu fikir yang hidup kau sepi saja. tiada teman untuk bicara secara terus. tiada manusia yang boleh faham diri kau. walhal kau suka tutup pinta bila ada yang mengetuk. pada kau mereka2 tidak benar memahami.

jarang2 sekali, sebenarnya kau juga akur yang hidup takkan boleh seorang2 saja. ada kesempatan, kau juga seperti mereka yang lain. menutur bicara mencerita lelah yang kau tanggung tanpa kau sedar. kau bukan ego untuk tidak bercerita bagai dengan mudah.

tetapi masih pintu itu kebal saja rupanya. tiada yang mengetahui apa di sebalik fizikal yang kau tonjolkan sini sana. kau benar mahu meluah segala, tapi kau tidak mampu. tidak mampu untuk memperjudikan perasaan sendiri dari diperlekeh manusia lain. mungkin kepercayaan itu yang kau agungkan.

kau pandang sekeliling. kau lihat makhluk2 yang mendiami. kau lihat bangunan2 pencakar. kau lihat asap kenderaan berkepul2. kau hanya mampu menggeleng lemah. tiada kudrat lagi. benar bingit.

namun kau gagahi untuk pandang lagi.

kau terdiam membisu. bila mana mata itu melihat awan berkepul2 berarak tenang. langit membiru terbentang. lautan luas berombak bagai. hutan hijau yang melambai. kau tenang dengan pepasir yang halus itu. hujan yang turun kau redahkan. bagai mencuci jiwa kau yang merundum.

di penghujungnya. kau mampu tersenyum bila sudah ketemu sama apa yang kau cari selama itu. apa yang kau harapkan selama ini.

untuk punya seseorang yang kau boleh berpegang kemas bukan senang. kadang2 pegangan itu akan longgar. sama ada dilepaskan, ataupun kau tak kuat lagi untuk eratkannya.

ramai yang menduga diri sendiri kerana tak punya orang istimewa yang boleh dibanggakan sini sana. jika kau mahu, teruskan pencarian itu. jangan berhenti untuk percaya; kerana orang itu ada. masa akan seronok bermain dengan kau lagi2 bila kau mudah hilang sabar dan percaya diri.

jangan berhenti berharap.

jalan terus;
jangan pernah belok.
kerna walau penuh liku sekalipun;
bila kau sudah kuat,
dengan senang kau mampu tegakkan jalan itu.

mixed up

being a sufferer makes you a lot tougher.
-measzy

hidup ini macam perang. gigih usaha. tangkis segala serangan musuh. kau mampu berhidup terus. diam2 saja. konon mampu tempuh segala. parah. perisai kau mana? jangan berlagak bodoh. jika kau memang bangang.

tolong. tolong diri kau. tolong bangun. tolong sedar.

atau kau masih menanti untuk disokong ditepuk disuruh dipujuk dalam setiap langkah kau? hidup kau, ada perlu kaitan orang lain? semua ini tentang kemahuan. jika dalam2 itu kau benar mahu, segalanya tidak mustahil.

sengsara sekarang, berkemungkinan kau punya masa depan yang baik. tiada yang dapat janjikan itu. tapi kau perlu percaya. terus percaya dan tanggung amanah itu hingga kau benar2 capai apa yang dicita.

setiap dari kita. punya diari hidup masing2. jangan samakan kau dan mereka. aku dan kau. mereka dan aku juga tak sama. hidup adalah hidup. mati adalah mati. segalanya sudah pasti. berkemungkinan saja jalan cerita itu yang akan punya kelainan.

sepertinya kau berlumba lari. dalam guni mahupun berganti-ganti. semuanya punya satu matlamat dari permulaan yang sama. menang atau kalah. masa dijadi pengukur. usaha dibuat penjamin. keputusan itu kau yang pilih.

aku, kau dan mereka. kita semua manusia. manusia yang punya hati dan perasaan. diuji kuat, kita goyah. bila rebah, kita lelah. tapi kau juga punya kudrat sendiri. bangunlah. jangan terus tertiarap lemah. mengharap tiada pada yang ada.

sepalsu manapun harapan itu, boleh saja kau pura2 mahu. hipokrit sekalipun, berlatihlah untuk kuat. bertopeng apa sekalipun, percayalah yang kau boleh. dituding bagaimana sekalipun, kau adalah kau. berpeganglah pada itu.

manusia lain bukan kau. kau bukan orang lain.

jika benar sekalipun kau perlu sedikit pemangkin, carilah kawan yang benar kawan di kalangan kawan yang kau berkawan itu. hilangkan resah bersama bergelak tawa bersambut bagai. supaya di penghujung harimu, kau masih mampu mengukir senyum.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

otak aku benar berserabut.
banyak makan lembu agaknya.

dan oh;
harap belum terlambat.
'selamat hari raya aidiladha buat semua umat Islam yang merai;
dengan penuh tulus'

sekian.

im in pain baby

Pain, you just have to ride it out, hope it goes away on its own, hope the wound that caused it heals. There are no solutions, no easy answers, you just breath deep and wait for it to subside. Most of the time pain can be managed but sometimes the pain gets you where you least expect it. Hits way below the belt and doesn't let up. Pain, you just have to fight through, because the truth is you can't outrun it and life always makes more.

- Meredith Grey, Grey's Anatomy.

aku sedar aku sedang diuji kuat. diuji secara fizikal? atau dalaman pun aku tak reti nak cakap. serius. aku banyak fikir mati. maksud aku, meninggalkan dunia kebelakangan ini.

entah. yang aku tahu, sakit yang aku alami sekarang bukan seperti selalu2. aku harap ia hanya mainan perasaan, minda, jiwa, hati dan limpa, usus bagai berkomplot dengan perut dan urat2 supaya aku merasa sakit macam nak pengsan.

aktiviti vomiting hari2 macam suatu aktiviti hidup normal.serius, memang lega bila dah keluarkan jus pahit itu. antara penenang buat penghidap gastrik macam aku. mungkin aku sudah jadi separa normal. sebab itu ia normal untuk seorang separa normal. ah.

ini semua kisah sebulan lalu. aku sekarang home sweet home bergumpal macam gula2 kapas saja bergolek senang dengan keadaan banyak hujan yang suka buat aku merenung jauh ni. tiba2 macam nak counting days berapa lama lagi aku boleh hidup. mengarut.

aku kalau boleh. nak ada kerjaya. nak ada suami. nak ada anak. dan jika selepas itu nak datang penyakit kronik pun. yang tiba2 tahu hanya ada 5-6 bulan saja begitu. aku yakin dan aku mahu aku sudah cukup kuat untuk mengharungi sakit itu. dan bersedia sebaik mungkin untuk menghadap mati.

i need someone yang aku boleh ponder with all the time and are there for my stupid rambles, all my ugly thoughts and care about my senses and laugh out loud or just simply smile at my unacceptable jokes or when i make funny faces and all. who listens to every single things i throw out tanpa aku perlu bicara lebih untuk dia faham.

and that someone just accept me the way i am just the way i like him all the way.

still waiting to ease the pain away. balik dari menonton aksi lembu putus tali, lembu kena sembelih, budak2 berlari2, basuh daging, goreng daging tadi perut aku gila tak seronok. mencucuk2.

tapi ini normal.
dalam ini ada abnormal yang meruntuh.

everyday

i dream of something special. something extraordinary to popped out from somewhere; even maybe out of universe with no logical explanation to surprise me and trigger my brain cell and give me the simplest idea to go on with life.

to have a purpose of doing so.
i open my eyes. i stare at the ceiling. i took a shower. i comb my hair. i dress up. i walk. i run. i eat. i sleep. i play. i join. i watch.

every single day. we tend to play the same role. or maybe there are little changes as in your position at works, the progress in the family, or happening around friends.

sometimes, we choose to be alone.
sometimes, we want to be hugged.
sometimes, we try reach out our hand.
sometimes, there's no one for us.

and then we start to ponder;
about the existence,
whether something is missing,
listening to the sound of serenade at night,
got speechless at times,
expressing things out of control,
planning life out of tune and all.

blah.
the conclusion?

we will still wonder;
wander all around.

life goes on;
until the day we die.

sebenarnya aku clueless.
tak tahu nak cakap apa.
tapi there's something deep inside boiling to escape;
but then,
aku tak mampu nak ceritakan;
sakit.

ponder

ingat pagi tadi boleh layan tidur panjang. lagi teruk aku zombie hari ni sebab tidur jam 7plus2 dan bangun jam 940am. bapa saudara aku meninggal pagi tadi. 3days ago, tuk sepupu aku. benda macam ni selalu berkait.

dengan bukan rupa edward cullen, sebab aku macam zombie bukan vampire, bagai nak pitam semasa dalam perjalanan. mata aku pun susah nak buka. bila pejam, sakit kepala. buka, silau gila. ah, baru ingat. aku belum buat cermin mata baru.

lepas berhenti makan nasi sedikit sekejap, kejap saja aku terus oke sedikit. kalau banyak mesti oke banyak. rugi. sesampai, salam orang tu, salam orang ni, tegur situ, senyum sini. aku tak tahu nak buat apa sorang2.

duduk di hujung sebelah kaki jenazah, aku sedekahkan kalimah2 penenang itu berulang kali sampai tekak aku sakit. benar haus. kerana aku sebak. aku ambil keputusan untuk tidak mengucup jenazah. bimbang airmata aku turun deras. parah.

balik kampung tu, ramai saudara2 lama tak jumpa pun ramai. yang tak pernah jumpa first time bersalaman pun ada. yang terkejut tengok aku pun ada seperti;

"hoooh, anok bosu poksu kob la ni dok? besa doh dih. dulu tengok jupo2 keciiik lagi"

niat mahu tidur saja selepas usai bersujud sembah sebaik azan isyak. tiba2 knock2, ayah nak makan mi goreng mamak. comel2 keluar bertiga. umi gelak2 order air bandung i love you. dan ayah order roti pisang tambah. umi kata setiap kali datang wajib ayah order. aha.

kalaulah diorang tahu aku pisang.

btw.
khamis, 26nov2009, 11am plus2. aku akan berada di kbmall. siapa2 tak tahu kbmall apa memang tak kacip. ada reunion kecilan geng bas sekolah mrsm pasir tumboh batch aku. plus nak lawan boling dengan jejaka2. cuti kali ni asyik dengan jejaka2 je. jejaki2 susah keluar sebab hujan. ah, aku terkecuali. jangan tanya kenapa, malas jawab.

dan masih belum tidur ini. kena paksa diri sebab dah tak jadi mengantuk. nak kena hentam aku tak bangun pergi reunion yang sendiri mengepalai.

berkorban sedikit masa, peluang, ruang, dan dotdotdot untuk orang2 tersayang itu sungguh membahagiakan. parah mungkin. tapi external bukan eternal pun.

sebab lama2 internalnya seronok.

planning

setelah bertungkus lumus memerah otak yang memang langsung tak dapat digoncang ni, aku telah menyediakan plan. bukan plan rumah idaman korang. tolong sikit yer. plan cuti @ holiday aku di negeri yang hujan hari2 sejak aku balik ni. antara aktiviti yang aku sudah plan kemas2 dalam otak bukan atas kertas ialah:

1. drive hari2. 5minit pusing taman pun tak apa. jangan berkarat ilmu.

2. kurangkan makan nasi. tapi macam susah nak utamakan yang ni sebab hari2 aku jumpa budu yang ada ikan rebus, mempelam, cili.

3. main air hujan tanpa demam. dah hari2 hujan. kena aa test sekali kan.

4. usha2 laptop di kedai. ni pinjam laptop umi. apa kelas internet laju tak ada laptop? langsung tak boleh cakap 'ada kelas gitu!'.

5. habiskan pembacaan buku2 christopher pike yang bertambun aku borong kat kedai secondhand itu hari. thriller lama pun lama lah. janji baca kaw2.

6. main banjir dengan harapan tak kena pacat, lintah, lipan dan segala perkara yang boleh 'membunuh' aku.

7. menahan diri dari membeli dan membelah sebab duit sangat 'bulimia' tahun ni. perut comel pula.

8. sibukkan diri dengan aktiviti menjahit, menggunting, memproses dan sebagainya raw materials yang ada dengan penuh kreatif.

9. jadi anak yang baik hari2 sepanjang masa. contoh; makan nasi banyak dan teman ayah tengok action movies, layan movie disney sama2.

10. 24/7 berfikir cara2 nak kaya dengan cepat seperti kahwin dengan duit hensem.

11. tingkatkan motivasi untuk belajar basic slr dengan baik. bukan tahu snap asal nampak cantik syok sendiri saja. baru faham iso satu.

12. tidur. dah lama tak tidur bergumpal sejuk2 hujan2 begini. bila lagi.

13. unpack barang2 dalam beg beg beg beg yang ada. banyak betul beg. sort out and sort in.

14. rajin2 menyapu dan kemas2 rumah. buat macam rumah sendiri.

15. khatam Quran.balik hari tu tinggal 3juz. 3kali baca habis 1juz. dan malam semalam bajet power sekali baca half juz. so, 3-1-0.5=1.5juz lagi.

syazana, semangat!

tengok air

pagi semalam lepas azan subuh baru gua setting dalam kepala mahu tidur. jadi, gua mandi dahulu untuk mendapat kesegaran tidur terbaik. lepas taruk shampoo, bilas, taruk conditioner, bilas, gua perasan sesuatu. rambut gua memang tak payah rawatan pati minyak panas. bukan nak puji shampoo yang gua guna, ini memang kejadian semulajadi. gua rilek saja.

lepas berwuduk. gua pakai kain sembahyang cantik2 dan mula melaksanakan tanggungjawab gua. hilang habis resah gua sepanjang malam tak dapat tidur. lepas tu gua buka tingkap kasi angin pagi yang kaw2 tu jenguk gua tidur nanti. setting tubuh, setting selimut, setting bantal kepala, bantal sisi dan bantal peluk.

gua baru pejam 7.2saat.

umi: adek..!
aku: ya umi!
umi: umi ngan ayah nok gi tengok air ni. nok ikut..?
aku: (hah!!). jaaaaaaaap....!

round2 mengharung air sini sana dengan kereta yang bajet 4wd. redah sini redah sana. sampai gua boleh rasa air yang mengalir bawah kaki. bawa kereta umi. ayah sayang kereta dia la tu. mau tak berhabis duit kalau mati tengah2 jalan. seperti risiko jika gua drive masuk parking rumah sendiri macam petang sebelumnya. sakit jantung ayah.

takpun patut bawa volkswagen transporter ayah tu. baru boleh redah banjir tanpa segan silu. selamat saja. ah. kalau gua mampu drive yang tu boleh angkut kawan2 satu taman pergi kbmall main boling. gila rindu nak main.

lu tahu, gila sejuk. sejuk macam duduk malaysia pada waktu pagi2 tak pakai baju tebal2 macam sweater contohnya. dan gua rasa nak tampar diri laju2 sebab otak gila weng2 semasa diajak. gua tak bawa olym. tak dapat nak snap2 mana perlu berhampiran tambatan diraja.

sampai rumah. gua dah macam zombie. perut dah lemah semacam. patut telan omeparazol sebelum keluar. lepas tukar jeans kepada seluar polkadot hijau gua, gua terus gedebum sampai dengar azan zuhur tepat jam 1pm.

petang pula. gua baru on laptop, then kalut2 off semula. ke pantai sabak pula. gua bawa olym. tapi banyak hujan yang boleh bagi banyak demam. gua rasa nak nangis. gila comel kambing2 semua naik atas bangsal cantik kat tepi tu. tapi kalau tak hujan mereka2 tak ada di situ pula.

gua bukan apa. tidur2 ni boleh buat bila2 masa. nak ada masa dengan parent macam ni bukan something yang senang2 nak dapat.

seperti, lagi 3 bulan gua dah nak 21.
kau ageing. parent kau?

existence

aku tak pernah kiaskan hidup aku sebagai sesuatu yang mengasyikkan. maksud aku di sini, selalunya aku lebih suka portray life as something yang menyakitkan.

sengsara. mungkin kerana atas dasar kononnya aku memahami hidup dengan mendalam setelah tenggelam timbul dalam sebuah kegelapan dahulu. mungkin.

sepertimana jiwa kau berfungsi menangkap setiap bait kata perisa, gambaran eksotik ataupun dendangan eksklusif yang boleh melekat pada kau. bukan seperti otak dengan duit yang bagaikan magnet saja.

persoalan kita untuk difikir olah dengan dalam ialah bagaimana mahu meneruskan hidup. bagi mereka yang terhampar segala kesenangan kemewahan di depan mata mungkin mudah saja.

bagi mereka yang seluruh kehidupan menelan pasir pula adalah suatu cerita lain. pasir pun boleh jadi kaca yang berkilau tampak cantik. ataupun pembunuh kejam.

hari-hari aku dapat mengenal pasti pelbagai perubahan baru sama ada pada aku, dalam aku, pada kawan2 dan juga kau semua. semua ni bukan kita2 tidak perasan. cuma untuk mengakui sesuatu itu suatu kepayahan untuk ditelan kadang2.

aku fikir. untuk menjadi seseorang dalam hidup seseorang itulah perkara paling seronok jika berjaya untuk jadi gembira. gembira yang kau boleh bangga2kan. sebab kau punya manusia lain yang akur dan mengakui yang kau merupakan manusia penting dalam hidup mereka2.

tapi;
menjadi seseorang dalam hidup seseorang bukanlah sesuatu yang mudah.

well. senang saja jika kau gemar untuk menjadi manusia yang dibenci semua. heh. yang ni memang kau exist dalam kamus diari semua orang.

nota kaki: gila kelat lidah aku tak habis2 lepas makan ulam jering dengan budu tadi. sepatut tambah lagi nasi tadi.

bukan tentang band hujan

tadi keluar main air hujan dengan 2 rakan kacip aku yang kacak bergaya. nak gi kbmall asalnya. end up terkandas bila dah sampai stesen tengah2 bandar bila hujan tiba2 lebat yang amat. haha. dah nama pergi naik bas dan prebet sapu. terpaksa la.

masuk parkson. naik sampai tingkat atas. turun balik. keluar. tak ada apa.

masuk mekdonel. kemain beratur usha2. agak lama la. setelah berdiskusi panjang lebar dan meng'offer' penampar masing2 kepada masing2. blah.

redah hujan. masuk kepsi pulak. order2. naik atas. makan2. burp!

redah hujan lagi. masuk kedai cinta. yang jual barang2 macam riben, manik2 n all tu. apekenama label kedai entah. keluar je dari kedai, hujan gila lebat datang lagi. lepak2 tepi kedai sambil kunyah nips. dan gelak2 sebab kelakar duduk tepi kedai nama cinta. wakakak.

lintas jalan redah hujan nak gi minum kat hayaki. laju diorang tinggal aku belakang lepas aku cakap aku nak belanja. huh.

aku: "mocha ice blended"

lepas 47min (<- -hiperbola ni) akak tu duk tunggu nak ambil order;

jejaka satu: "aaaaa....emmm....hiii....aaa......samolah!"
jejaka dua: "em. bagi tigo lah"

akak ambil order: "limo lah semo ni?"

haha. nasib dia gurau lagi. tapi rasa macam ambil masa gak la dia sediakan order kitorang tuh. padahal takdak customer lain. heh.

kakak aku dah sampai. lepas aku bayar, terus keluar redah hujan lagi. jejaka berdua turut serta. kakak aku jadi driver teksi baru. haha.

masuk je kereta. huh. sejuk.
nak pegang mocha ice blended kat tangan pun kekok semacam jadinya.

kereta kat malaysia bila nak pasang heater?

sejuk molek loni. ujey sokmo

aghinih bangung2 cerito dio serupo entri hok kawe taip pagi tadi tu lah. pah gak kawe make nasik nga ike keli sambal. sedak gilos keh kawe tok gi turun beli pom. saen kawe hok jong beli. dengey tok mandi gapo lagi paka makey bedal situ jah sipuh comey ngadak nasik. sipuh keno comey ngadak rezeki oghe kato. boh kawe aja lakow tuh.

pah gak. pah maye zohor gituh. kawe pom siak2 la nok tubek. pah duk mikir. mikir. mikir pat juto kali duk alek gi nengung koksey kawe pom panggey la saen tuh. habaq kat dia yang kami sudah redi nak keluar (dio oghe kedoh).

mujo la ado saen kawe tuh dio tok kelik lagi. kiut2 kawe nupey la mitop tulung ata gi ktm seredey. alhamdulillah. mugo nok cari teksi musing2 cuti gini payoh weh nok oyak ko sepmu. alkisohnyo sebab saeng baek kawe tok berapo segar. janji melayu ko janji diana pom takpo. bab2 sakek demey keno diutamokey. dok gitu adek kakok lakow?

pah gak gerok la sep ambo. eh, kawe berduo gi sentral. pah gak make2 lamo2 kat kepsi. pah gak gi semaye bey plop. nunggu gorik tu dey la perabih yassin tuh. sejuk ati tuk tuo lakow. siak2 maye tuh. gi mid. soping situ. soping sini. ita situ. ita sini. bereh. siak.

saen kawe tulum mari amek sekali agi. gi make dekak villageview. fuhh. gilo sejuk kawe nok ghoyak kaba. kaloh uk - ulu keley gini. mugo kalu unitedkingdom nuh musing panah pon buleh tido sejuk getar weyy.

ha. kawe baghu kelik jah sakni pahtu paka gi berambak mandi laluh kes busuk banga doh etep. make kenye doh. bedal kuwetia tomye doh sakne dekpom. dokkey tokse mandi? babak molek.

bena banyok gitumo baghe kawe dok peking lagi neh. guano eh? tadok sapo2 nok maghi tulum kawe meta? ah. tekey2. bukey gapow. segho po nok wat kelik lakow baghe2 tuh. tapigak dokkey pinggey makuk pom nok wat kelik naik kapatubey? nok keno peghambak segho.

agh. gilo panah ati kawe ni. panah2. tuk laki gi mano ahu nok tulung ngemah kakah2 hok ado ni. wi nyepak sutir baghu tahu. tapigak kawe nok wi napar ko diri sediri dulu la. mugo gewe pom takdok. nikoh pom dok agi. duk koya ado tuk laki kok celoh mano dok ahu.

wakakak. begheh la lakow. ni keh esok dale pukul sepuluh setengoh male gitu kalu tok delay insyaAllah kawe jejok la bumi tanoh tepak budu nyawo tuh. ghindu bena doh ni kawe nge ghumoh kawe tuh. kawe tahu, boh kawe nga umi kawe pom tok sabar2 doh nok kelih anok bosu sep dio ni. heh.

misi kawe esok ialah bangung pagi2 gosok gigi supo dale ikley tuh. pah gak susung2 baghey hok mano ado nok sipey sinih, gi sumbak dale bilik tibi tuh sapa ghutuh. pah2 zohor gitu kawe gi lah mid nuh. paka jupo situ deh lakow adek kakok?

cau.
nok tubek doh. ni pinjey laptop saen jah ni. naip lamo2 gak, lamokey netup boto budu. wakakak. bo2. addict weh dey naik kok bahaso kito gini gak. haha. laptop kawe punoh. nok gi ropok tabung aji kawe luso2 nuh akat sutir hok limo ghibu ko. ganah sikek.

sapo2 hok tok pehey gapo kawe taip tekey keybok ni jangey duk bejerit tiok koksey la. nusuk bowoh tiok pom jangey. busuk banga weh. gi mandi nuh lakow. sejuk2 jangey ingak ado leseng besar takyoh mandi. bughuk peranga teh! jadi baek supo kawe neh.

haha. padahal esok balek nga duo oghe anok teruno. wakakak. shhh. jangey oyak ko boh kawe lakow. saen deh. saen. oghe kato gu kacik. aww. kacik gilos lah.

kalu tok pehey tengok la oghe keliling demo tuh. cari sekor duo hok napok supo comey lote atau semak gilos tu. konpem lah memey dio tu oghe kelate ngoti. dokpum ado kait2. alik2 pata timur nuh kachak lawa lakow. tanyolah sepyo.

ganu kato, takdok lebong sikek pom.

tata.


gila otak aku weng2 ni tadi tidur lepas subuh.
hah!
macam mana nak menggila kat mid jap lagi?
ish.

diari

oh, ada sedikit selingan rasa sedih juga di sini tika ini. entah. hari-hari makin terasa kosong. tapi tak rasa apa-apa.

nak kata aku hidup terlalu gembira, tak juga. tapi pelik juga mengapa macam dah tak dapat nak gambarkan pelbagai benda sekeliling aku dengan sesempurna mungkin.

lebih seronok untuk berasa sesat. waktu itu otak akan berjalan laju untuk lakukan macam-macam.

mungkin berasa sedikit selesa barangkali dengan waktu sekarang. kerana aku punya rakan2 yang i wont ask anymore for something better than this.

peperiksaan akhir sem sudah tamat. ah, entah apa reaksi ayah bila aku umumkan keputusan aku nanti. ataupun bila posmen datang hantar surat universiti nanti. heh.

dah lama tak merasa 'zapp' tika berdoa menghadap Dia.
aku rindu.

parah betul hidup penuh pura-pura ni.
kadang-kadang dah tak faham perasaan sendiri.

pagi tadi tengok ada misscall number rumah
so aku call back;

aku: ayah, hehe. call adek ye?
ayah: eh, kat mana ni? dah habis kan exam. tak pergi rumah makcik?kakwu?
aku: hee. tak. duk hostel je. mana dan. kemas2 barang budak2 ni sama yang balik awal. lagipun kakwu semua tu kan kerja. adek balek esok btw.
ayah: pukul berapa? mas atau asia?
aku: asia. 9setengah malam.
ayah: ha. oke2.
aku: oke.

aha. ayah bimbang aku merayau ke ayah rindu nak suruh balik cepat?

heh,
cau.

missing

setentunya bila berkeadaan sakit begini aku akan merindu senyuman pengubat luka itu. gelak tawa itu. lirik mata itu. everything tentang dia.

mak. hari2 aku bangun pagi benda pertama aku sebut ialah mak. saja mencabar diri sendiri tentang ingatan waktu2 indah bersama manusia yang aku panggil mak. saja menguji pelat aku masih dengan nadanya atau tidak untuk menyebut mak.

kadang2 aku tampar pipi sendiri. saja nak menyedarkan diri yang mak dah lama pergi. tak elok terlalu asyik dalam dunia mimpi yang aku lukiskan hari2. bukan ada orang nak tengokkan keberadaan aku setiap detik pun selainNya.

aku tahu aku bukanlah anak yang solehah. tapi setiap hari dalam doa harian aku. dalam setiap nafas hembus aku. aku selitkan doa pelindung agar semua manusia yang aku sayang berada dalam keadaan baik2 sahaja. insyaAllah.

Tuhan. hidupkanlah aku dalam setiap apa yang aku lakukan. jangan biar aku hanyut. jangan biar aku leka. gagahkanlah. kuatkanlah. kurniakan aku kental untuk menjaga mereka2 yang aku sayang. tolong.

aku tahu juga. di antara kita semua. semua sayangkan orang2 yang mereka sayang. semua mahu jaga mereka dan pastikan mereka2 yang kita sayang itu berkeadaan baik penuh perlindungan 24/7. be it your friends or families. your boyfriends or your girlfriends. your hubby or your wifey.

it is a matter of time and surrounding untuk telan balik segala yang terluah dan kepelbagaian hidup. be it hitam putih ataupun warna warni. kau perlu sedar dari termimpi-mimpi akan keselesaan atau kegelapan where you live in itu. yang ini semua realiti. dan selalunya people will say reality sucks.

why not restart balik hidup kau yang penuh bermakna ini dengan something sweeter. life is so much fun to be regretted. setting kan segala perkara yang segala perkara yang boleh menceriakan hidup kau. yang merosakkan buang jauh2.

ingat. hidup ini tentang pilihan. dan keputusan itu kau harus buat sendiri. sometimes it's better to be alone than be with the wrong one. put out those miserable factors yang boleh membunuh itu. there is a lot more to think about daripada menyerabutkan otak dengan perkara2 tiada faedah dan bonus langsung untuk kau.

take a deep breath. hilangkan stress yang ada. tajamkan penglihatan kau. absorb segala surrounding dengan baik. jangan hidup dibayangi perkara2 yang tak munasabah.

makan jom.
lapar sudah.
ikan keli masak sambal dan bandung ais menanti aku.
aha.

tata^^

serenade

aku benar mahu. mahu berada di sudut itu.

biar semua kosong. biar hilang segala lelah. jerit rintih tak kesampaian juga. melihat paparan bisu di sekeliling buat aku selalu terfikir akan hala tuju hidup. filem realiti seperti ini mengajar aku macam-macam. terasa diri ditempelak dengan pelbagai ulasan tamparan hidup.

bukan senang nak hidup. bukan senang nak teruskan hidup. bukan senang nak alami hidup. kesenangan yang ada pada kau tak semestinya ada pada penghidup lain. begitu juga setiap kemahuan yang kau tutur aturkan pada bicara.

kesungguhan untuk menghebah sesuatu kefahaman dan kegembiraan itu adalah sesuatu yang perlu bagi menceriakan keadaan sekeliling. pun juga harus dihatikan dengan baik agar tiada terpesong dari tujuan asal. kerna tak semua antara kita sama merasa.

mengatur hidup bukanlah suatu pilihan yang mudah. ramai antara kita lebih berkemahuan untuk meneruskan saja tanpa had. kebebasan untuk melaksanakan akiviti yang digemar disuka tanpa penghalang.

bila mana kau tidak merasa susah itu, setentunya kau payah untuk memahami hidup itu pula. what goes around goes around or might comes around someday. terpulanglah untuk percaya pada karma dan sebagainya.

kau ke sana ke mari cuba mencari seorang duplikasi diri kau. untuk dibuat side mirror kepada dosa pahala yang kau lakukan. well, hampir semua orang di antara kita-kita mahukan kesempurnaan dalam kecacatan yang ada.

bila sudah muak melayan otak berfikir itu ini. bila sudah letih nak buka mulut tatkala yang diluah itu terpaksa ditelan kembali. sebab kadang2 aku, kau dan mereka tak sedar diri. tanpa sedar itu buatkan segala yang lebih penting dipandang remeh.

final aku dah tamat, bosan pula tak ada kerja nak buat sehari-hari. otak banyak jalan. kaki banyak jalan. ngantuk tak mahu tidur pula. lapar tak mahu makan pula. ngada-ngada.

hanya mahu melayan serenade.
tidur semua.
bye.


serenade in the night
from the past comes to haunt me
when i hear that refrain
oh my heart aches again
for the love lost of mine

mantovani by bixie and cherubini


sudah bosan

hidup memang begini. apa perlu kau sangsi lagi keberadaan kau? walhal kau yang selama ini mengagungkan diri kau sini sana dek kebanggaan meluap berasap itu.

aku pula. aku benar payah sekarang ini. aku goyah. tiangku gegar. hati aku sakit. jiwa aku kacau. perisa-perisa tak enak menyinggah saling.

detik berlalu dirasakan hambar. aku benar mahu jerit. teriakkan segala mahu aku. tapi pada siapa tiada tujunya. tangan ini terhayun bebas, longlai seorang. tiada digenggam.

aku mahu penunjuk jalan. aku mahu menunjuk ruang. berkongsi lelah. hadiahkan telinga mulut bagai buat seorang kekasih yang sama merasa. merindu yang lama pergi mungkin.

tidak hanya ingin di situ. tidak hanya ingin di sini. aku bermahu segalanya. ya, aku tamak. maaf.

sakit. harapan digilis berulang kali. merosakkan menghancurkan terbiar parah. aku hanya seorang aku. yang gemar bermimpi siang dan malam.

angau bukan? ini aku. jangan disalah tafsir pengamatan. mencoret ini benar buat tekak ku berpasir bertahan apa perlu.

sudah bosan berhidup beginilah. apa perlu aku tambah jelas lagi?

bosan.
aku hanya mahu merengek manja di celahan bahasa itu.
itu saja.

bukan menempel gedik di segenap ruang yang ada.

it's a fact

antara fakta yang aku jumpa bila terjah blog sendiri tengok2 soalan tag dulu2.

what's the first thing you notice about the opposite sex?
bila menatap electromagnetic punya panahan mata yg menusuk ke jantung membuatkan aku tak dapat bernafas dengan turun naik yang sempurna. aku tahu dia lelaki.

what is your natural hair color?
hitam mutu keunggulan.

when do you know its love?
bila aku kata mahu. bila aku tak keruan. bila aku agh!! tarik2 rambut hensem.

soalan paling mencabar;

do you know how to pump gas?
tak. belum pandai. tahu tengok je. em.

lesen P dah lama kot tinggal.
isi minyak tak pernah2.

speechless

untuk berhidup dan meneruskan hidup adalah suatu nikmat kepuasan. untuk punya rakan ketawa dan menangis adalah suatu anugerah. untuk punya waktu pada diri sendiri adalah suatu kepentingan. untuk memahami manusia lain adalah suatu kelebihan.

dulu aku benar gemar menghabiskan masa dengan merancang itu dan ini bagai nak rak. tapi aku rasa to be able to live to the fullest untuk masa kini itu lebih menyeronokkan. orang kata lebih fun mungkin.

malam semalam keluar melepak meraban tanpa arah tuju dengan rakan-rakan. ke alamanda; bought a book at mph and makan at noodle station. kendian 'menembak' di kawasan tasik putrajaya.

aku utarakan pendapat hati tentang hidup;

'aku rasa hidup aku sekarang macam best ah. hari2 aku rasa lain benda aku duk layan. cam tak bosan sangat. dulu2 aku selalu fikir hidup ni mundane'

'aku pula rasa hidup aku kalau cukup benda tu je mesti fun gila dah'

'apa dia?'

'duit!'

heh. so true.
=)

happy living everyone.

expressing

roomate aku semua sambung tidur lepas mentenyeh dahi cukup2 subuh tadi. dah lama tak dapat situasi seperti tadi.

aku suka sunyi begini. aku yang ketiduran agak awal iaitu jam 2am mungkin sudah tiada hati nak sambung lena setelah usai membelek lembaran ayat suci dan terkumat kamit menghabiskan beberapa surah tadi tersentak lepas habis baca ar-rahman.

tiba2 rindu zaman itu. zaman bermaharajalela membawa watak seorang perempuan melayu sopan di situ bertahun2 lalu. watak aku sendiri yang aku rindu. watak yang aku rasa orang akan angkut buat bini terus.

aku kenyang dengan suapan segala bahasa pagi ini. terlalu banyak manusia yang hebat rupanya berblogging. heh. boleh gila aku nak buat entri 10.7km panjang untuk simpulkan segala perisa hidup, lohong jiwa, redup hati, mental obsesi dan berbagai lagi.

ada yang aku baca laju2. ada yang aku baca sekali tak faham jadi baca 5x simpan dalam2. ada yang aku baca sambil geleng2 comel dan angguk2 bersemangat. ada yang aku komen senyum2. ada yang aku komen otak aktif. ada yang aku komen sekadar nak say hi.

cik ipah (nama manja yang aku je panggil), terima kasih kerana masih tertidur berselimut di katilmu. ini laptop dan broadband saya conquer tak bagitahu tapi saya tahu awak tahu sebab tadi saya dah cuba terjah alam mimpi awak.

terlalu banyak yang aku nak catatkan. terlalu banyak yang aku nak ekspresikan di sini. tapi aku rasa tak mampu sebab terlalu banyak juga. dan bila tak menaip, jadi lelah semacam pula sebab dah addicted dengan mencoret bagai di sini.

minggu depan aku akan berpulang ke negeri tercinta. aku plan nak stay situ saja sepanjang cuti hampir 2bulan. tapi aktiviti cuaca tak menentu dan banjir mungkin akan membataskan aktiviti aku. tengoklah. mungkin akan berulang alik ke shah alam.

ah. ada orang nak belanja aku mesin jahit tak? boleh aku senyap2 dalam bilik je bila rumah tak ada orang dan hujan lebat begitu. boleh saja nak beli sendiri. tapi nanti ayah pelik lagi hairan pula fikir banyak ragam betul anak bongsu dia ni.

heh. hidup is a matter of choice.

rasa yang kita semua rasa

aku hanya ingin ada di situ,
bila kau perlu aku.

dan aku juga harap kau senantiasa ada,
bila aku mahu.

kerna rasa ini tidak pasti,
buat aku goyah dan gigil saja.
rasa mahu mati,
bila kau mahu pergi.

maaf.
tak bermaksud untuk aku belot pada si hati,
tapi jiwa aku sedang memberontak.
minda aku tidak keruan.

dan aku tahu,
tahu sangat,
siapa aku di mata kau.

hanya berwatak picisan jalanan,
yang bisa kau angkut dari mana kau suka,
bila mana kau mahu saja.

maaf,
aku harus tinggalkan sini.
aku takut,
takut ditinggalkan dulu.

tapi benar,
hanya ingin di situ.
di satu sudut hati kau,
biar apa pun tiada.

boleh?
=)

aku coretkan ini di suatu kesempatan lalu.
dan masih segar rasanya buat tatapan mendatang.

+note+
agh.
faris.
i miss you already!

babai budak2 ngada2






dearest;
icha and faris.
kakak n adek.
gelenya n uduh.

stay nakal.
stay hyper.
will be missing both of you amat2.

aku rasa nak kena gelak mengilai hari2 nanti cuti ni.
dan elak berada di sini mungkin.
might be staying in kota bharu for the whole cuti.
bimbang aku jerit panggil faris uduh ngan icha gelenya berdua ni pula tiba2.

sila amati beberapa snap budak2 ngada2 yang ada ini.
sila dalami setiap detik dan riak ekspresi setiapnya.

dah boleh faham sikit kan kenapa aku dah rindu ni?
heh.

malam ni insyaAllah aku hantar mereka dan abg f.
study jom!

Tuhan.
tolong aku kuat.

abu raihan dan pilihan

entri ni khas untuk abu

satu sekolah dengan aku di mrsm pengkalan chepa dulu
lepas sekolah baru jadi kawan tak tahu macam mana
tak pernah atau pernah tapi langsung tak ingat bercakap face to face
dia ada blog, ada fesbuk

dia suka cakap aku suka buat karangan kat blog
antara kenapa entri aku compared to months2 ago semakin ringkas, pendek adalah sebab dia suka membebel cakap entri aku panjang dia lenguh nak baca
padahal aku yang malas taip panjang2 dah

dah lama dia tak komen kat sini
asyik2 silent sahaja
tapi entri aku kat bawah tu dia komen.
aha.

ni je nak taip
dia kutuk aku buat karangan kat fesbuk tadi
jadi aku cakap aku nak wat entri tajuk 'abu'

aku dah ngantuk
sepatutnya dari tadi harus study
tapi tak study

paper 7hb 1230pm manufacturing process
tapi area 1am 7hb tu my niece and my nephew and my bro in law akan terbang bersama burung gergasi merentas lautan ke heathrow sana untuk menemui cinta hati mereka iaitu kakak saya yang sibuk nak jadi student macam saya di warwick sana.

kalau tak pergi, jumpa a year later sebab tahun depan saya kalau boleh nak jimat tak mahu travel jauh2 padahal dalam hati semua negara rasa nak terjah.

ah.
ini semua tentang pilihan hidup

'adek pergi hantar budak2 tak?'
'.......tengok la dulu'

*diam*

serius, pernah kau rasa ini?

have you ever felt so upset that you'd rather die than facing the reality?
felt so afraid of losing yourself?

sila terjemahkan sendiri dalam bahasa melayu.
dan jawab aku;
'yes/no'
'pernah/tak pernah'
'entah/tak tahu'
'tak faham/??'
pilihlah.

dah2,
aku nak prepare pergi exam 'op-amp' jam 9am ni.

tahu 'op-amp' tu apa?
aku rasa aku perlu tahu,
dah kemas2 dah study bermacam rumus bagai.

habis exam lah aku cerita kalau ada tak tahu,
babai.

dah tak haus lagi

enche dreba dan rumate gua bersama henfon masing2, air masing2, roti, 2 henfon gua
yang kacip, kunci kereta ferrari merah, straw air gua.


aha.
kalau ayat secara bermadah,
'impian aku menjadi kenyataan'

kalau ayat nak lepak,
'hahahaha'

boleh faham apa aku nak cakap?
baru tadi aku mengomel comel pinta orang belanja bawa lepak mana-mana.

belum sempat aku offline dan lelapkan mata;
'lu free?'
'yaps!'

mocha blended coffee meresap penuh ke dalam jiwa.
rasa lebih tenteram bila dapat dadah begini.
lagi2,
benda free kan?

terima kasih pak!
nanti gue minta lagi.

ni hasil tangan gua gatal2 rindu lama tak jumpa olym2 sendiri.
aha.
yalah.
beberapa malam lalu olym2 jalan2 pergi rumah pena tinggalkan gua.



malas betul lah nak setadi.

*bersiul*
la la la la la

nak tahu sesuatu?
ada seorang budak perempuan duk menempel kat aku ni.
dahla sama-sama pakai baju kelawar.
konon nak manja2 la kot.
dia yang suruh taip ni.
hah!

si rumate sorang lagi pula duk makan comot2 depan aku.
dengan uniform pemain tenis.
heh.

'macam mana rupa gaya kawan aku tak kisah, asal jiwa masuk ngan aku.
jangan biadap je'

aku nak membebel

bukan senang nak jadi manusia ni.
kena bertanggungjawab nak bawa diri berhidup baik.
kau ingat senang macam membuang dalam jamban?
yang tu pun kena pakai otak gak.
jangan la duk tinggal sisa merata-rata.

s*al gila.
ingat jamban tu reban rumah kau agaknya.
tapi kau ayam ke?

nasib la semua tak tahu siapa punya kerja bangang gitu.
tak padan ngan perempuan.
agh.

meluat weh.
sekarang ni nak buka pintu jamban pun berdebar semacam.

shower pun apa kurang,
darah2 ni jangan buat main,
nak aku asapkan taruk limau sekali?

aaaaah.
aku stress ngan math ni.
persekitaran pula macam ni.
esok operational-amplifier linear circuit pula.

eh, ntah betul tidak nama subjek tu.
selalu panggil op-amp saja.

ada siapa2 nak belanja aku lepak mana2?
jom.

malas aku cool-cool camni

serius aku parah ni. kenapa malas sangat nak belek math ni?

ni mesti kes tadi jawab paper cool gila. mana tak cool. sejuk semacam dewan tu. ah. kalau aku demam ni memang aku pergi buang penghawa dingin satu dewan tu. biar berpeluh semua macam lepas main ragbi.


SOVA
homogeneous DE
non-homogeneous DE
exact DE
1st and 2nd order DE

laplace
laplace transform
inverse laplace

fourier

hafal tajuk je boleh?

dah2.
jom pergi restoran depan bawak setin sardin masing2.
baru urban.

semua doa aku lulus math II ni.
jangan duk tiru ejat tuh.
huh.

ini semua tentang pilihan

hidup tak selalunya indah.
halangan,dugaan juga antara perisa2 yang ada dalam hidup kau, aku dan kamu2.

jangan kau anggap hidup kau terlalu bahagia,
atau meratapi kekurangan yang kau punya.

Tuhan itu Adil.
Dia tahu segalanya.
dan jangan kau persalahkan takdir pula.
bila kau yang malas berusaha.

live well or live hell?
you choose
-hlovate; rooftop rants

kau pilih.
dan oh ya.

bila mana kau juga di antara manusia yang selalu, jarang2, kadang2 atau mungkin tak pernah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan hidup, aku ucapkan selamat maju jaya untuk segala yang mendatang.

hidup setentunya dan selalunya merupakan tentang pilihan. sama ada pilihan hidup atau jalan hidup yang kau wujudkan itu baik atau buruk, itu terpulang kepada diri kau dan mereka untuk menghakimi atau terus saja menghukum.

diduga dengan pelbagai huluran bagaikan syurga ataupun dilontar caci seperti di neraka terasa akan membuatkan kau ragu dan payah untuk berfikir telus membuat pilihan dalam hidup. hidup ini suatu konteks yang luas. terlalu berjela untuk aku ulas di sini. kalau kau masih bernyawa, itu namanya kau masih hiduplah.

semalam aku memilih untuk terlebih makan kerana nafsu yang hampeh dan membuatkan perut aku upset hampir gastrik. kendian aku tunaikan hutang isyak jam 147am dan bersolat mohon hajat berdiri lama berbaju kelawar berkain sembahyang bersujud sembah di bilik jiran kerana rakan2 roomate masing2 sibuk menelaah melayan radio dan bermakan2 meriah.

dan aku masih di sini. merempat di bilik sebelah. berehat seketika dari menelaah subjek technopreneurship di katil empuk rakan yang lena dalam mimpi sendiri. subjek ini subjek final pertama; yang aku akan duduki jam 1230pm sebentar lagi.

sepertimana aku tahu jika aku memilih untuk tidur jam 5am tadi setentunya aku akan ketinggalan untuk mencium sejadah di awal pagi ini.

ah, sejuk sungguh udara di luar.

kerana terlalu berharap

di situ kau pernah ada.
tinggalkan satu lohong yang dalam.
aku sering berlegar,menanti.
mengharap kau di situ di kala terik mentari.
terlalu berharap kau ada hingga buat aku terlopong.
lalu terlena di kala malam.
namun kau tetap tiada di situ.

aku rindu.
*saket*

aku cilok ini kata2 from a blog tahun lalu. aha. so, kat sini nak minta permit sama tuan punya juga jika melintas di sini.

aku rasa ramai yang pernah lalui situasi rasa ini.
itu saja.
=)

dan aku juga.
pada zaman ribena.
keh3

ah,
sekarang pun masih suka minum ribena juga sebenarnya.

tapi apa-apapun
jangan pernah berhenti berharap
dengan harapan itulah kita dapat berhidup
walau seperit mana
walau sekangkang kera cuma

sekian.

nota kaki: tak tahu kenapa tulisan separuh jadi kecil. musykil2, aku mengecil?

suatu masa dahulu

suatu masa
aku pernah bilang aku gagah
aku pernah bilang aku kuat

aku pernah bilang 123 sampai 1juta kali
dan berkali-kali
bahawa aku ini ada perasaan
aku ini ada hati
aku ini ada otak
aku ini pandai berfikir
aku ini tak bebal
aku ini sangat hebat

suatu masa.
suatu masa dahulu.

tapi kemudian
suatu hari
kata2 itu bagaikan hanya kata2
hilang lembut dibawa angin bayu feminin
tertelan
tiada lagi diluah keras
hanya mampu melihat
merenung
menatap kaku
tiada bunyi lagi

tapi enak juga bila tidak berperasaan
tidak aku tenggelam dalam mana2 dilema
tapi
terbeban juga
bila dikuasai jiwa tak tenteram

nyanyukkah aku?
aku rasa aku ada terhantuk di mana2 ni.
dem.

ah.
macam mana nak hafal nak exam ni?
dah la semalam tak pergi maskara shorties.
huhuhu
gila tak tenteram semalam
nasib lepas ngap twister jap 4am
terus lelap lupa kekesalan

tak terungkap sebab lapar?

perasaan,
sukar diungkap.

tiada kata mampu ditutur.
pemilik hati yang merasa.

resah,
gelisah,
lalu terhumban.
terpana.

sekian.

"hei hei hei orang kampung semua", kata cik pisang.
(baca dengan nada hei3 hang jebat)

aku belum cuti lah!
baru nak final je ni.
tu semua imaginasi aku sebagai planning nak cuti la.
haha.
tiket pun belum beli.
doa mas n asia tak naik harga lebih 1rat sudah
ahakz.

gian nak makan kepsi ni.
alamanda jom!

p/s: siapa nak bawak aku??

hari itu aku pernah kata

episod dulu, aku dah sematkan baik-baik agar tak koyak lagi. walau helaian lembaran itu rapuh, aku tahu ia kalis segala walau basah dipijak sini sana. aku pasti.

aku pernah kata. walau sekoyak mana perasaan yang aku perlu tempuh sehari-hari dalam hari mendatang, tak akan ada perkara yang boleh goyah lumatkan perca-perca yang ada.

episod kini, aku cuba berseronok semampu mungkin dengan kerahan tenaga jiwa hati dan kesihatan yang ada. moga aku mampu untuk terus menerus saja.

insyaAllah.

ayah.
tunggu.
adek nak balik dah ni.
he3.
rindu rumah yang amat2!
jom layan action movies sama2
makan roti canai pagi2
lepak kedai kopi pekena teh
dan adek nak join subuh masjid cam dulu2
then main buaian hirup bau pagi

kawan2.
jom makan banyak2
online sampai lebam
tidur tak ingat dunia
keluar lepak2
shopping baju bundle

pergh.
rindu rasa itu semua.

mak.
miss u lah.

cuba sentuh dalam-dalam

dalam-dalam aku rasa aku sedang sakit. dan kadang-kadang rasa seronok juga untuk beretika perasaan sebegitu. bukan aku nak pesongkan segala kewujudan, aku rasa lebih bersyukur bila selalu fikir tentang mati. aku juga selalu berdoa. yang jika mati aku itu hampir, tolong biar aku tahu agakannya bila. aku tak mahu mati ngeri dalam kemalangan. tolong jangan.

ya. semua orang akan mati. dan aku selalu seram sejuk tatkala sepi singgah di benak kalbu kotak hati dan minda bagai. tatkala malam mula berlabuh, hujan yang renyai2 meneman sama, makin sejuk aku rasa lantai tempat aku meniarap guna laptop roomate dan broadband kawan bilik sebelah ini. heh.

ironinya. bila kau bangun pagi di subuh hari. kau lihat di luar tingkap. langit tenang2 saja. redup hati sejuk mata dengan wuduk yang masih melekat, kau benar patut rasa betapa kerdil diri kau yang sebenarnya. tapi ada saja yang melayan dengkur hingga ke matahari tegak terpancar. ingin aku nyatakan di sini aku juga tidak terkecuali terkadangnya terlanjur. maaf.

hari ini aku buat keputusan. aku tak mahu terlalu bergantung sangat kepada sesiapa lagi. tapi, bukan jauh di sudut paksi hati aku lah. dekat saja aku rasa aku sangat perlu untuk mengharap kepada manusia sekeliling lagi. dan lagi. dan lagi. walau pengharapan itu tidak pernah pasti. kau dan aku sama-sama selalu saja berharap itu dan ini.

kadang-kadang kita berasa takut untuk hanya berdiam diri. takut untuk lari dari kenyataan. walau kenyataan realiti itu benar parah dan menyakitkan lubuk jiwa raga. apa yang pasti, kau masih perlu meraba-raba untuk memegang kepastian untuk diri kau dan juga orang lain.

sunyi. sepi. siapa suka untuk terus bergelap dalam dunia rekaan sendiri walau pada paparan umum kau punya hilai tawa mengalahkan jin-jin yang ada di sekitar yang mungkin turut rasa terkagum dengan kebolehan kau berdekah tanpa henti.

untuk tidak lagi berpatah ke belakang. untuk hanya hanya berhenti seketika dalam beberapa detik hidup aku dan kendian mampu untuk tersenyum puas kembali merangkak bertatih berjalan berlari melompat ke sana sini. aku selalu fikir apa lagi yang aku perlu? sungguh manusia susah untuk bersyukur apa ada.

dua hari lalu aku ada satu mimpi yang terkesan. hangat tangan itu menggenggam tangan aku buat aku rasa semacam. detak hati aku waktu itu tak usah nak cerita lah dia punya mari memang semacam yang amat. bangun2 dari lena aku pandang dan belek2 tangan aku nak cari apa2 kesan bukti yang itu bukan mimpi semata. mainan. belum jodoh rasanya.

Tuhan.
boleh aku mimpi digenggam erat seperti itu lagi?

ah.
benar aku suka beromong saja belakangan ini.
tapi.
ah, haba tangan itu masih terasa lah. bikin aku mahu terus saja tidur mencari mimpi itu hari.

kaki sejuk menendang keyboard dell si hajarey: aku sedang berevolusi lagi. cepat benar kematangan aku bertambah di kesekian hari akhir2 ini.

alalalalala bosan

kesekian kali kau berhari-hari menghadap segala apa sajian yang terhidang di depan kau. pernah kau terfikir akan apa yang difikirkan manusia sekitar kau? tentang aktiviti mereka sehari-harian. tentang kisah silam hidup mereka. tentang cerita cinta yang terselit di setiap laku yang ada. tentang masalah keluarga yang dibeban tanggung bahu yang goyah. tentang perihal-perihal apa-apa lah.

ah.
aku benar kuat berfikir ni.
babai.
makan2!
semua pesan suruh aku makan.
jangan risau.
perut aku maintain comel je.

^^

oh, hei.
aku dah ada buku fynn jamal.
aha.
satu dua dan tiga.
seronok bergolek-golek di katil membelek-belek cebisan jiwa beliau.
=)

entah

selalunya aku banyak cakap. tapi sejak bermenjak ini aku lebih gemar menyimpan kata mengunci mulut memaku lidah duduk diam-diam. entah. aku rasa dunia mula berubah. atau aku yang ketinggalan amat? entah. benar entah aku tidak tahu. dari menyakitkan hati manusia-manusia tersayang di sekeliling aku, aku lebih gemar menyimpan saja dalam hati ini. tak akan parah mungkin. entah.

heh.
tiba-tiba rasa muak.
loya-loya.
nak muntah.
oh, saya bukan mengandung.
dan ini bukan iklan racun serangga.
ini simptom gastrik.

aku belum makan rupanya.